Sunday, February 15, 2009

Colan-colannya...

Dah baca artikel ini? Front page of Harian Metro lagi.. kalau nak baca cerita lanjut, klik saja pada link itu ya..

Dipetik dari http://www.hmetro.com.my

Oleh NAZARALI SAERIL, ASMIZAN MOHD SAMIRAN dan MOHD NASIF BADARUDDIN
metahad@hmetro.com.my

Nikmat suami muda

Berdasarkan pemantauan, lima artis dan seorang personaliti televisyen wanita memilih suami yang jarak usia jauh lebih muda berbanding mereka.

Menduduki senarai teratas trend berkahwin dengan ‘pucuk muda’ ialah pelakon, Rosnah Mat Aris, 54, yang memilih lelaki bujang, Tajul Efendie Isa, 28. Perbezaan umur di antara mereka ialah 26 tahun.

Ini diikuti Khalidah Adibah Ahmad, 52, atau nama komersialnya, Aida Radzwil yang berkahwin dengan Joe Radzwill, 39, pada 2002 (beza 13 tahun).

Mereka disusuli pelakon jelita, Rita Rudaini Mokhtar, 33, dan pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak, 22,
(beza 11 tahun) melalui perkahwinan mereka yang mencetus kontroversi hujung tahun lalu.

Seterusnya, penyanyi dangdut, Rashidah Hamid atau lebih dikenali sebagai Sheeda, 40-an dan guru, Shukri Hashim 30-an (beza 10 tahun) serta personaliti TV3, Azizah Ariffin, 40, dan Eksekutif Pemasaran di Jabatan Pemasaran TV3, Mohd Khafairil Mohd Khalil 30, (beza 10 tahun).

Pasangan terbaru yang memasuki senarai ialah pelakon Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar atau Que Haidar, 30, dan koreografer popular, Linda Jasmine Hashim, 37 (beza tujuh tahun), yang selamat mendirikan rumah tangga semalam.



Tahniah.. tahniah.. semoga kekal hingga ke akhir hayat.. Okay...



Lets berangan!!!!



Bayangkan.. konon2nya aku ni artis la kan... hiks..! Agaknya saperlah yang aku nak couple yek... Mmm.. jenuh aku cari listing artis lebih muda dari aku.. hehe.. Akhirnya dapat la aku pancing 4 calon yang aku rasa memenuhi citarasa... wahh.. citarasa konon! Ekekeke. Jadi.. mari kita tengok calon2nya..



Colan-colannya adalah... trrrrrrrrrrrrrrrrrrr (drum roll!!!!!)



Calon pertama : Amirul AF4
Bekas pelajar AF season 4.
Yang ini 14 tahun muda dari aku..


Calon kedua : Afgan.
Penyanyi dari Indonesia.
Lagunya berjudul Terima Kasih Cinta femes kat radio sekarang.
Beza umur..15 tahun..


Calon ketiga : Zed Zaidi.
Pelakon drama tv dan filem Melayu.
Beza umur 6 tahun


Calon keempat : Jehan Miskin
Pelakon drama tv dan filem Melayu.
Memiliki koleksi tahi lalat yang sangat sexy.
Beza umur 5 tahun.


Tudia... perasan tak persamaan antara mereka berempat?? Sumernya ada apek look dan bermata sepet, kan? Hiks! CikTipah.. ketawa ekkk? Ekekekek.


Okay.. habis sudah beranganku ittew... hiks! Ini semua gara-gara baca artikel ni tadi.. hehe..

Back to life..
back to reality..

Back to life..
back to reality...



Salam kasih.


p/s : Esok hari belang-belang sedunia.. Yeay!

12 comments:

Ad said...

amirul??wa..ni dah kes anak2 ikan..

jgn pak belang mengaummmm plakkk!!

:: NbC :: said...

hahhahaha, kelakar.. best kalo jdkan tag ni - ajak org lain berangan sekali..

:-P

adibah said...

Ad,

Anak ikan yek??? Comel maa.. mata sepet..Pak belang marah marah sayang je.. hehehe..

adibah said...

Pinky,

Kalo rajin.. boleh.. jom berangan!! heheheh

Tijah said...

apek look? huh! i suker latina occayyy!!!

hahaha...

adibah said...

Tijah,

Aku memang suka apek2 look ini.. Latina kurang suka.. Aku tau ko suka latina nok.. kalo tak idok ler menjadi Mrs. Carlos kan..!!! Hehehehe

ciktipah said...

aku tak sangka ko bleh test2 manjer kt zed zaidi nok. tp ok laa tu kan hikhik.

su said...

hehehe....tergelak su bila tgk "colan" yg 1st tuh! hehehe...sepet tul matanye tu kak! haha...

adibah said...

Ciktipah,

Aku teringat nampak dia kat WhiteCoffee AU2, cam ciner nok..:-)

adibah said...

Su... comel kan.. sepet & comel.. hehehe

kajangmalitersedakmeehungoreng said...

*me 21/KL/m....boleh masuk list tak? plss plsss

adibah said...

Kajangmali,

R u sepet enough to be in the list,dear? Hehehehe