Saturday, February 28, 2009

Away..


Aku keluar kota.. sendiri.. kerana awan sudah mendung..

harap-harap

bila aku kembali.. mentari akan menampakkan cahayanya kembali..




Salam kasih.

Thursday, February 26, 2009

Hari Ini...


Hari ni serba tak kena. Sejak dari sebelum subuh lagi. Mula-mula, kereta tak leh keluar, kena halang dek kereta Saga yang double parking dan dengan selamba tak turunkan handbrake.

Lepas tu, lunch date yang tak jadi. Disebabkan oleh communication error. Takpalah.. takda rezeki. Semoga hari yang akan datang lebih baik. Amin..

Then, aku drive ntah ke mana-mana walaupun ujan lebat. Pusing sana sini.. tengok2 sampai Kajang. Straight to Bandar Baru Bangi, since nak jumpa member kat sana. Tapi, kensel sebab kawan aku takleh datang. Ada hal. Takda rezeki aku nak jumpa dia hari ni.

Aku singgah Warta Bangi. Pusing2. Then, singgah beli waffle sebelum drive balik KL. Sambil drive, duk pikir nak ke mana. Hmm.. tengok wayang lah.. Aku gi KLCC, naik tingkat 3, ke TGV. Since Slumdog Millionaire menang besar masa Oscar baru2 ni.. aku pun teringin ler nak tengok.


"Dik, Slumdog Millionaire, paling awal kul berapa?"

"Takda kak. Dah habis untuk hari ni."
Aduhai.. takda rezeki. Aku pun turun ke concourse floor. Nak gi jalan2 dalam KLCC, rasa takda mood. Aku keluar dari parking, drive guna AKLEH dan straight ke AEON AU2. Aku nampak satu kedai ni.. dan fikir. "Hmmm.. i think i should get one for myself. Dah lama dah teringin nak beli, tapi ada je aral yang melintang".

Aku pun masuk ke kedai tu. Belek sana sini. Cari macam apa yang aku duk diskus ngan CikTipah malam tadi. Apek kedai tu, sibuk suh aku cari jenis yang lain. Aku kata takmo. I am certain with my decision. Aku nak jenis yang ini jugak. Belek punya belek (sambil belek dompet, tengok bajet), aku pun tangkap sekor..




CikTipah, aku dah berjaya tangkap sekor.. mu bilo lagi??


One good way to end my serba-tak-kena-day. Aku dah lama dah nak beli jam sejak jam lama tu rosak. Dari beli 10 pasang jam kat PS tapi baru 2-3 kali pakai akhirnya rosak, CikTipah and I, sebulat suara (dan muka..hiks!) setuju untuk beli jam yang ori dengan harapan jam tu nanti akan tahan lama.

Setelah sepanjang hari tak kena, akhirnya aku happy ler sikit.. Jadi, walau apa pun cabaran dan dugaan yang dihadapi.. walau macam mana serba tak kena nya hari anda, hidup mesti diteruskan. Macam lirik lagu ini.. Kalo pandai.. cuba teka lagu apa ni.. kalo lagi pandai.. cuba sambung lirik dia.. Hehe..

Hidup mestilah rukun.
Sabar paling perlu..
Cinta setiap hari..
Senyum mesti selalu.
Oh oh oh oh..


Salam kasih.

Tolak Kereta

Kadang2 pepagi sebelum subuh aku dah mula eksesais. Eksesais tolak kereta. Kadang2 satu keta, kenkadang 2, 3 kereta. Ikut keadaan. Semuanya sebab kat apartment tempat aku tinggal ni, parking sangat terhad. Jadi, ada la kereta2 yang double park.

Macam biasa keluar dari lift, aku pegi kat kereta, tekan alaram, start enjin. Dan tengok berapa keta yang aku kena tolak untuk aku keluar. Tengok2 ada 2 keta yang aku kena tolak. Satu Wira dan satu lagi Saga. Aku tolak wira dulu.. sebab nak bagi space untuk saga itam ni. Bila dah siap tolak wira.. aku tolak saga pulak. Tapi.......


TAK NAK BERGERAK UOLSSS!!!!!


Apa kes???

Ah.. sudah!!! Bila aku intai kat dalam kereta, elok je cantik handbrake tu pose2 naik mencanak!! Driver ni tak turunkan handbrake! Cemana lah keta tu nak gerak kan??? Nak panggil Superman tolak, pun belum tentu bergerak keta ni. Ya ampun!!!!!!!! Sakitnya hati aku...! Aku cari kalau2 dia ada letak phone number kat dashboard ke.. kat mana2 ke.. untuk aku contact driver ni suruh alih kereta. Satu benda pun tarak! Mim nga kap wau kap betul!!!


Ikutkan nafsu amarah, hati dan perasaan, mau je aku calar2kan keta dia. Aku nak engrave perkataan "BODOHNYER" kat body keta dia, macam engrave nama Temanku yang ada kat belakang jam baru dia. Nak bakar keta tu lah.... wahh.. bakar tu.. hiks.. ! Kensel.. kensel... sebab nanti keta aku pun terbakar sama. Rugi wooo....!!! Sabar.. sabar.. ! Aku pun off engine, kunci balik keta & naik atas. Aku call cikMatKhair.. bagi laporan dari tempat kejadian.. "tak leh gi ofis.. bla bla.. bla.. itu ..ini.." Tukar pakai baju rumah & sambung tido!


Apa-apa pun.. kalo korang double park, jangan lupa turun handbrake & gear tu bagi "free gear". Kalo keta auto, handbrake kasi turun, gear kasi taruk kat "N". Barulah boleh tolak..



Salam kasih.


Nasi tambah:

i)Area umah aku, jauh dari jalan besar. Mana nak ada cab pepagi buta kul 5.2oam.. Nak mintak Temanku hantar, dia pun tak bangun tido lagi time tu. Hmmm.. nak kena belajar bawak moto nih...
ii) Aduh.. rugi cuti.. rugi inconvenience allowance.. (RMXX@sehari) aduhhh!! Rugi.. rugi.. rugi...!
iii) Aku pernah tolak 4WD , rasa nak tercabut urat kentut!! Terus keluar muscle lengan beb!! Haha

Terperanjat Aku!!

Ingat tak kat entry sebelum ni.. aku ada citer tentang keywords? Aku tulis;

"Agaknya betul kata CikTipah, kalau kita type perkataan2 yang panas-panas macam politik wang, skim cepat kaya, bogel, lucah, melayu sex, aksi terlampau, ghairah, tambah power tenaga batin, tongkat ali power, kacip fatimah, gambir sarawak, pilihanraya kecil, pancing undi, akar umbi (owhh... u know how much i hate this word rite, Temanku?), calon pilihanraya kecil, DUN (penatnya menaip perkataan2 ni!!!) mesti bertambah ramai visitor yang klik pada blog address dan kemudiannya menyesal sebab sebenarnya takda apa2 pun..Hiks! Bulan depan aku akan check semula 'keyword' listing aku di Nuffnang. Hahahaha."

Baru je beberapa minit tadi.. disebabkan aku takda kerja... aku pergi kat nuffnang.. nak tengok lah dah berapa hasil kutipan aku dan klik kat keywords.. Biasanya orang tersinggah dalam blog aku bila cari tentang kem herba sungai congkak, pendidikan seni visual ataupun telekung vietnam. Dalam hati hati duk kata "Mmm.. nak tengok lah.. ada tak keyword yang ngarut2 macam dalam entry lepas". Sekali........ Hambik ko!!!!!!!


Ada 2 hit untuk cari "tip lepas dari kastam bandung". Errr... rasanya takda pun aku tulis tip2 ittew.. Musykil.. musykil.. Tapi yang paling buat aku terperanjat adalah..."ajak bini main ramai-ramai"???? Dua hits okay!!!!!!! Woittttt!!!!!! Kau biar betul labuuuuuu!!!!!!!!!!

Aku pun tak pernah terfikir langsung ada orang yang sanggup gugle menaip ayat2 ittew taw.. I am innocent and naive tawww!!!!!.. Ajak main congkak ke.. main scrabble tu aku tau laaaa.. ini dah len macam je bunyiknyerr!!!! Ish ish ish..... Aku musykil..! Entry mana laaaa yang boleh buatkan keluar blog address aku bila dia type perkataan tu?? And I wonder, apa la ada dalam kepala otak orang yang duk google tu eh...??? Ish ish ish... simpang.. simpang...!!

Sekejap aku gelak.. kejap aku gelang kepala.. kejap aku gelak.. kejap aku geleng kepala... wakakakakakaka!! Ish ish ish.. wakakakakakaka!!!!


*teringat pulak kat nenek yang sound aku sambil wink2 ... "and u don't be notty!" Ekekekekeke.


Salam kasih.

Tuesday, February 24, 2009

500? Betul !Betul !Betul!


Tak sangka ini adalah entry yang ke 500. Tidak termasuk entry yang aku terpaksa delete disebabkan perkara2 tertentu. Duhhh!!! Bila aku browse balik entry2 aku sebelum ni.. mmm macam-macam yang aku typekan rupanya. Kongsi pengalaman(termasuk pengalaman jumpa hantu di asrama dulu2), mintak pendapat, bagi pendapat, kisah berjalan2, kisah makan2 dan juga kisah dia dan aku. Hehe.. Ada yang bila aku baca aku ketawa sorang, ada jugak yang bila aku baca, aku nangis sorang jugak.

Aku seronok dapat jumpa/kenal ramai kawan baru. Dapat mengenali orang dari gaya penulisan. Dapat membaca hati dari tulisan, sebab pendapat peribadi aku, orang menulis menggunakan akal fikiran dan hati. Blog ini kan salah satu medium stress herapy... Kadang2 membaca tulisan di blog seperti membaca hati penulis. Dan macam2 jugak hal yang aku alami sepanjang berblog ni. Pengalaman tambah ilmu. Pengalaman tambah kawan. Pengalaman yang menggelikan hati. Pengalaman dikutuk dan dimaki tak tentu pasal. Macam2 ada...!

Bodohnya mereka itu mencari pasal dengan aku. Aku bukannya orang berada. Aku orang biasa. Tak da faedahnya cari pasal dengan aku. Kalau tak puas hati, mari la kita berdepan. Mata ke mata. Buat apa kamu berperangai macam budak tadika..?? Opss.. maafkan aku.. budak tadika mungkin perangainya lebih bagus dari kamu sebab budak tadika ni mudah dibentuk kerana masih rebung. Ha... kan aku dah membebel...!!

Di blog CikTipah tadi, ada entry tentang keywords yang link ke blog dia. Aku cuba juga check keywords untuk SeptemberSebelas dari Nuffnang. Hasilnya.. ada jugak yang jejak ke blog aku dengan keyword Kemban dan Sekodeng!!!!



Agaknya betul kata CikTipah, kalau kita type perkataan2 yang panas-panas macam politik wang, skim cepat kaya, bogel, lucah, melayu sex, aksi terlampau, ghairah, tambah power tenaga batin, tongkat ali power, kacip fatimah, gambir sarawak, pilihanraya kecil, pancing undi, akar umbi (owhh... u know how much i hate this word rite, Temanku?), calon pilihanraya kecil, DUN (penatnya menaip perkataan2 ni!!!) mesti bertambah ramai visitor yang klik pada blog address dan kemudiannya menyesal sebab sebenarnya takda apa2 pun..Hiks! Bulan depan aku akan check semula 'keyword' listing aku di Nuffnang. Hahahaha.



Tak sangka, rasanya belum lama aku publish entry yang pertama... dan sekarang dah entry ke 500. 2/3 daripada masa aku di tahun 2008 dihabiskan di beberapa hospital kerana meneman arwah ayah yang itu sudah mula sakit kuat dan memerlukan pemerhatian dan sokongan dari isteri dan anak2. Jadi, banyak jugaklah entry aku tentang keadaan arwah ayah dan luahan hati. Tentang kerisauan, harapan dan redha seorang anak. Mujur Temanku banyak membantu dan memberi kekuatan untuk aku menempuh segala dugaan Allah. Thank you so much, Temanku.

Entry2 yang akan datang, ku harapkan akan lebih berwarna gembira dan ceria. Harapnya kuranglah rasa melankolik. Kurang rasa sedih. Mudah2an. However, this blog is about life. About journey. Unpredictable. Dan aku sudah bersedia untuk satu pengembaraan. Pengembaraan yang aku harap berakhir dengan happy ending. Macam pengembaraan Geng, filem yang aku tonton petang tadi.


Untuk filem Geng ini, aku bagi 4 bintang.


Jumpa lagi di entry yang ke 501 dan seterusnya ya..


Salam kasih.

Monday, February 23, 2009

Wajah Wajah

DIsebabkan bertugas pada waktu itu, aku tak banyak koleksi gambar. Gambar2 yang aku snap semua ini adalah gambar2 selepas event. Bila dah bagi kata2 penutup, dah ucapkan selamat malam, bila semua tamu dah beredar, bila tinggal ahli2 majlis sahaja, barulah aku sempat nak amik gambar.



Gambar setelah selesai majlis


Selepas dapat hadiah2 utama. Happy!! Yeay!!



KakLin melayan perasaan dengan lagu SeriDewiMalam. Sebelum tu, aku telah sama2 berduet dengan KakLin, menyumbangkan lagu Sejak Ku Bertemu Padamu by Sanisah Huri. Cuba on speaker, mesti boleh dengar lagu tu di blog aku sekarang.



Zuer pun sama2 melayan lagu2 retro. Aku gelakkan style rambut dia sama panjang harkatnya dengan dia menggelakkan aku time mekap tadi. Hahaha.



Bila dah selesai semua, barulah balik ke bilik. Barulah rasa penat tu datang. Penatnya.. Bilik pun bersepah2. Kotak kasut Dikna pun tak sempat nak dikemas lagi. Sebelum mengemas, aku posing2 dulu. Hehehe. Kali pertama seumur hidup berbulu mata palsu. Rasa berat je mata. Pandangan pun terganggu untuk 3 minit yang pertama. Hahahaha. Nak wat cemana.. mekap artisnya udah dibayarin.. Biarin aja dia menconteng2kan mekap ke mukaku ini.. Hehe.


Salam kasih.

Tag Gambar Dari CikTipah

Kena tag dengan CikTipah. Ceritanya begini....

The challenge is:
Go to your photos folder in your computer.

Go to the 6th folder of photos.

Go to the 6th picture in that folder.

Put the picture on your blog and description of it.
Invite six friends to join the challenge.
Link them in your blog and let them know they have been challenged.



Apparently, my 6th folder consists of latest photos from Saturday's Hi-Tea. And.. the 6th photo is...


Taraaaaa.....!!!

Photo description :

Photo taken yesterday, during the Retro 70s Hi-Tea.
Baju : Overall (Jasko kid)
T-shirt : KeyKoKids
Stokin: SoxWerld
Kasut: Barby (pilih sendiri nih.. terkejut aku!!)
Aksesori: Outlet kat Jasko Ceras Selatan (pun pilih sendiri.. pheww!!)

lham dari:

Gambar 70an ini.. :-)

HASILNYA.......




Dapat hadiah Best Dress (Girl). Masa amik gambar ni, cermin mata itam yang bertangkai kaler2 dah ditanggalkan. Aku rasa spek itam retro dia tu yang buat dia menang. Haha. Apa2lah dik.. janji enjoy!!!! Hiks!

CikTipah, soalanmu ittew sudah berjaya aku jawab. Sekian. Terima kasih.


Salam kasih.


Jumpa Mimi


Tadi bukak Facebook, tengok status Mimi "Nak gi Bukit Bintang". Owh.. ada kat KL rupanya. Terus aku call dia, ajak dia gi dinner. Lepas Maghrib, fetch Mimi kat The Mall.

"Kitak maok dinner apa Mie?"

"Apa2 jak.."

"Kita gi OldTown coffee maok?"

"Okay.. mana2 jak"

Aku kalo jumpa dia terus tukar cenel. Kalo cakap bahasa KL rasa kekok la pulak. Dapat kelakar Sarawak baruk best!!! Kan...! Dan sebagai duta (hiks!) OldTown KopiPutih, haruslah aku ajak Mimi gi dinner kat sana. Terus aku drive dia gi cawangan (cawangan katanya....!!) Yap Kwan Seng. Dan inilah rezeki kami untuk dinner tadi..


Owh yes.. the irresistable 100Cold. Aku promote kat Mimi, since dia tak sihat.. dia amik hot drink. Aku yang baru nak baik batuk ini.. tetap jugak order 100Cold. Baru ngam!!


Ni boleh jadi duta gak ni... :-)


Mintak maap lah ye.. tudung gwe buat hal lagi.. Lama dah tak jumpa adik angkat aku nih. Last jumpa masa pergi Kuching untuk reunion last November. Masa kat Kuching dulu, dia bawak kitorang jalan2 dan belanja makan. Jadi.. tak bestlah kalo dia gi KL aku wat dunno je kan.. !

Lepas makan kitorang jalan2 gi Tesco. Tengok2 baju. Tengok2 toys untuk her kids. Tapi agenda yang terpenting adalah mencari kotak sebenarnya, untuk luggage. Nasib baik adik keje Tesco tu baik.. "Amik je kak, kotak mana akak nak". Wah..!! Terus jadi rambang mata, pilih kotak cantik2. Hehehe..


Salam kasih.

Seven is My Favourite Number...!


Selesai sudah Hi-Tea department aku. Alhamdulillah. Tak boleh nak harapkan satu majlis yang perfect.. mesti ada salah dan silap kan.. Yang penting, semua tak balik dengan tangan kosong. Aku tak banyak amik gambar, since kena bertugas menjadi Pengacara Tak Popular!! Hahaha..


70s <--- 7!!! Ada ong nihhhh!!!


Aku pun tak balik empty-handed. Yang aku bawak balik adalah..


1. Door gift - seperti biasa setiap event kan ada door gift.


2. Hadiah persembahan terbaik. Terbaik uols.. dari 7 kumpulan yang bertanding petang ittew.
Pertama dari 7 kumpulan..!!!

Time keputusan nak diumumkan, aku & team aku memang cuak. Sebab, tengok group2 lain pun hebat2 belaka. Aku siap tak pandang stage, duduk tercongok sorang2 kat tepi. Pastu.. bila Boss umum kumpulan LipLapLipLap yang menang.. sungguh tak sangka..! Bayangkan.. hari Khamis baru pikir step, hari Jumaat prektis 3 kali je, hari Sabtu perform.. hari Sabtu gak menang! Ekekekekekke. Alhamdulillah...



Persembahan Terbaik - CekMekMolek

Memula hadiah berupa barang2 je.. titiba bila dah selesai semua persembahan.. VIP jadi excited dan sangat terhibur. VIP sponsor pulak cash money untuk jadi hadiah. Alhamdulillah. Tempat pertama RM300. Wah... bestnyaaaa!!!! Alhamdulillah.. team aku yang dapat. Hmm.. bila masuk ofis nanti, aku nak buat team meeting,. Nak tanya depa, nak wat apa dengan duit RM300 ittew.


Owh.. bukan itu sahaja hadiah yang aku bawak balik... Tak lama lepas tu, aku terima sekeping kertas yang telah di'laminate'kan.. Kertas itu ialah......



GRAND PRIZE UOLSSSSSS!!!!!!!!!

Best giler....!!!! Nombor aku petang tu adalah 133. Lets congak 1+3+3 = 7!! Hmmm.. 7 is my favourite number. Kat IC ada no. 7, kat phone number ada, kat staff ID pun ada... mmm.. fevret nihh.. faveret...!! Alhamdulillah..


Salam kasih.

Saturday, February 21, 2009

Lagi Separuh Perjalanan


Tadi buat online registeration untuk semester depan. Nampaknya aku akan berkampung di kampus dari pagi hingga ke petang setiap Ahad, untuk 13 minggu yang akan datang.


I've registered for Law and QDM classes for next semester. Law?? I studied Business Law long, long, long, long, long time ago and didn't get good marks for that paper. Setakat lulus je... wat malu je kan? Memang i tak minat. Malas nak bagi alasan.. takut nanti jadi macam lagu Bangau oh Bangau.. duk salah sana sini.. sedangkan sebenarnya salah sendiri, kan?

The other subject would be Quantitative Decision Making. Katanya "basically it will covered on probability concepts, statistical estimation and hypothesis testing, regression and correlation analysis, ANOVA, non-parametric statistics and optimization techniques. "

Mmm.. this gonna be very intersting. I hope. Need to complete all the subjects before move on to specialization in Islamic Banking & Finance. InsyaAllah.

Tak sangka.. rupa2nya dah separuh perjalanan berjaya ditempuh untuk menuju puncak impian dihati. Alhamdulillah...


Salam kasih.

Friday, February 20, 2009

And You Don't Be Notty!! *wink2


Petang tadi, aku perlu ke hotel tempat kami Hi-Tea esok. Untuk tengok stage. Tengok set up. Buat sound check (dengan menyumbangkan beberapa lagu).. Kalo time aku nyanyi mikropon tak pecah, cawan tak pecah, stage tak roboh.. kira okay la untuk esok. Perfect!!


Jadi bila dah pukul 5 petang, aku call Temanku. Tanya laporan trafik dan memberi pesanan keselamatan jalanraya. "Jam but slow moving" katanya. Bila dia kata slow moving, aku pun.. nyanyi lagu penutup (sempat lagi tuhhh.. hehe), kemudian mintak ijin dari KakLin & CikMatKhair untuk balik. Pergi jalan kat lift, tekan butang ke atas untuk ke tingkat 3 tempat aku park kereta. Ting..! Pintu lift terbukak. Ada elderly couple omputeh. Depa senyum.. aku pun senyum.


Berlakulah dialog ini di dalam lift ittew:


Auntie Omputeh : You going up?

Aku: Yea.. 3rd floor. To the car park.

Auntie Omputeh: (Cakap kat Uncle Omputeh) She knows we're going up.

Aku: (Senyum) Are you on your holiday? (Apake bodo nyer soklan aku kan?? Takkan lah dia keje kat hotel nihh)

Auntie & Uncle: Oh yeah.. we're on holiday.

Aku: Owh.. hope you have a great time here. Enjoy your stay here yea..

Auntie & Uncle: Thank you.

Pintu lift pun terbukak...


Aku: Okay.. Have fun.. Bye2.

Auntie: Bye2. And you don't be notty!!




Lepas dia abes je sebut perkataan notty tu.. dia kenyit mata kat aku dengan gaya yang sangatttt comel & cunning!

Aku terus terkedu.. dan aku gelak besar!!! Bila on the way gi kat keta.. aku terfikir2 jugak.. masalah nih.... masalah...! Masalahnyer....

CEMANA NENEK OMPUTEH TU BOLEH KATA CAMTU YEK???
NAMPAK KE AURA NOTTY ...
PADA KESUCIAN WAJAHKU INI...!!!!?????

HAHAHAHAHAHAHA!!!!!!!!!
Salam kasih.

Thursday, February 19, 2009

Persiapan


Event : Hi-Tea for department

Theme : Retro 70s
Date : 21st February

Venue : Bukit Bintang




Tu dia..!!!

Department aku nak buat Hi-Tea Sabtu ni. Jadi minggu lepas, sibuk jugak lah membungkus door gift yang berjaya ditaja. Banyak jugak benda yang aku nak kena buat untuk Hi-Tea ni..

Antaranya:

1. Memberi idea2 yang bernas mengarut untuk Hi-Tea ini. Katanya brainstorming kan.. idea mengarut pun, kena dengar jugak.. penat tawww fikir macam-macam.

2. Menjadi MC untuk hari ittew bersama2 dengan CikMatKhair. Masalahnya sekarang ni aku demam & batuk agak kronik jugak bunyinya.. Batuk kuat boleh kasi gegar!!!! Hari tu aku jalan2 kat Jasko, aku batuk2.. ramai pulak yang nengok!! Malunyer... aiyooo..!!! Rasa macam batuk kat microphone pulak jadinya... Malu seyy!!!

Jadi.. pelbagai ubat telah aku telan, mudah2an batuk aku akan hilang ataupun paling tidak beransur pulih Sabtu ini.. Tapi aku tau, Temanku ada petua nak bagi mengurangkan batuk.. ataupun mengalihkan batuk macam bomoh mengalihkan hujan katanya... Hiks!!!

3. Bila dah jadi MC, kena lah buat skrip. Aku bukan macam PakNil uols.. pengacara paling popular di Malaysia ittew... MC amatur macam aku & CikMatKhair harus berskrip bagai.. (yang ni tak siap lagi... padahal Sabtu pagi nak rehearsal katanya...)

4. Memberi idea untuk persembahan kumpulan. Setiap team kena buat persembahan masa Hi-Tea ittew.. Team lain semua gigih berlatih sakan macam cerita dalam blog Zuer ni.. tapi team aku.. baru tengahari tadi start berlatih. Siap ada kenduri KFC dulu sebelum berlatih.. bak kata orang, "Gendang gendut tali kecapi, Kenyang perut baru idea mari". Gittew..!

5. Menyiapkan kostum untuk Dikna. Disebabkan temanya Retro 70s aku kenalah siapkan Dikna dengan costumenya... Puas duk pikir cemana la nak buat untuk Dikna ni.. Akhirnya aku belikan dia baju similar to this model kecik.. ekekekkeke...


Gambar diambil tahun 70an

Aku berjaya cari overall skirt lebih kurang macam ni.. tapi jeans overall skirt. Walaubagaimana pun overall untuk Dikna tak singkat sangat.. paras lutut taww.. mana boleh overall dia atas pada lutut... itu sudah kira lawan tokey..!!! Ekekeke..

Group aku buat persembahan apa?? Cuba dengar lagu latar (latar katanya..) kat blog aku.. Ittewlah lagunya.... Jeng .. jeng.. jeng.. jeng....... Ohooooooooooooo Hoiiiiiiiiiiiiii!!!!!!!!!!!!!!!! Boleh menang kah??? Tunggu...!!!!


Salam kasih.


Wednesday, February 18, 2009

CikTipah Punya Pasal..


Sedang aku meng'hibernate'kan diri.. tiba2 teringat pulak hari ni 19 haribulan. Tak boleh jadik!!! Kena bangun nih...!!! Owhh..Terus terjaga dari meng'hibernate'kan diri. Mana boleh lupa besday CikTipah nih.. hiks!!

CikTipah, sempena besday yang ke ___ (sila isi tempat kosong dengan nombor yang sesuai), aku ingin menyampaikan sebuah sajak (sajak katanya.. hiks!) yang bertajuk Semoga..

Semoga...

Hari-hari uols indah semuanya
Angan dan cita2 uols tercapai segala
Ringgit uols semakin berganda
Love uols semakin membara
Ingin aku nak nengok uols naik pelamin
Nanti jangan lupa jemput aaaa....
Aku doa....

Suksessss!!! Suksesss!!!


Happy birthday, CikTipah!!

Hibernating


ZZZZzzzzZZZZZzzzzzZZZZ



I'll come back.. InsyaAllah.

Monday, February 16, 2009

Bon Voyage, Abang!

Tadi aku ke KLIA bersama dengan sebahagian keluarga besar aku. Tujuannya, untuk mengucapkan selamat jalan pada Fadhil@Abang yang terbang ke Australia untuk menyambung pelajaran. Tahniah Abang.. syukur Alhamdulillah.


Antara yang turut menghantar adalah CheAh with her mum & dad and my sis and I. Kalau arwah mak & ayah masih ada.. tentu merekalah yang paling bersyukur sekali, gembira dan teruja untuk menghantar sama.


Abang sekeluarga. Thorn among the roses. KakChik (the 2nd sister) tak dapat datang, sebab baru je daftar masuk di MRSM. Takpa KakChik, nanti kita gi visit Abang ya.. :-)


The Sepets!! hehe

Sejak baby lagi, Abang rapat dengan family aku, ke mana sahaja kami pergi, mesti dia nak ikut sama. Hujung minggunya habis di rumah aku, memanjakan diri dengan kami sekeluarga. Tapi bila dah bujang ni.. banyak duk rumah sendiri. Dah pandai segan. :-)

Dari kecik lagi, arwah mak dah kata "He's brilliant. He'll be somebody nanti, InsyaAllah." True enough, he's the A1 boy in the family. Tiap kali exam, nothing but A1. Makan apa bang eh? hehehe..


Boarding time. Masa bersalam2 tu alahai.. sedihnya... Especially bila tengok dia peluk mak dia berkali-kali. Lagi sedih bila mak dia mula mengalirkan airmata. Sebenarnya, bukan senang dapat tengok Busu nangis. Jadi, bila mula mengalir airmata dia, semua hati jadi tersentuh. Bila bersalam, lama dipeluk diciumnya anak bujang sorang ni.. Hati mak mana yang tak hiba dan sedih bila terpisah dengan anak, ye tak?

Menitis air mata dibuatnya. Sebak. Sedih bila tengok hibanya hati seorang ibu untuk berpisah dengan anak. Dan sedih bila kenangkan, arwah mak dan ayah tak sempat sama2 menghantar Abang untuk terbang tinggi..

Abang, semoga berjaya dan dipermudahkan segala urusan di sana nanti. Wishing you all the best and take care. Keep in touch okay.


SELINGAN....


Ketika aku berhempas pulas menjawab soalan peperiksaan Sabtu lepas, seseorang telah dirisik. Bukan dirisik oleh mana2 ejen perisik, tetapi dirisik dan dipinang. Eh.. mana dulu ye? Pinang dulu ke atau risik dulu? Bak kata orang kampung aku, proposed. Hehe. Tahniah CheAh. Alhamdulillah... Bulan 11 ke bulan 5 langsungnya nih? Rasanya lebih cepat lebih bagus kan.. hehe. Semoga kekal bahagia hingga ke hujung nyawa. Jangan lupa cincin AbibJiwel sebagai 'token' langkah bendul occay!! :-)


Salam kasih.

Sunday, February 15, 2009

Colan-colannya...

Dah baca artikel ini? Front page of Harian Metro lagi.. kalau nak baca cerita lanjut, klik saja pada link itu ya..

Dipetik dari http://www.hmetro.com.my

Oleh NAZARALI SAERIL, ASMIZAN MOHD SAMIRAN dan MOHD NASIF BADARUDDIN
metahad@hmetro.com.my

Nikmat suami muda

Berdasarkan pemantauan, lima artis dan seorang personaliti televisyen wanita memilih suami yang jarak usia jauh lebih muda berbanding mereka.

Menduduki senarai teratas trend berkahwin dengan ‘pucuk muda’ ialah pelakon, Rosnah Mat Aris, 54, yang memilih lelaki bujang, Tajul Efendie Isa, 28. Perbezaan umur di antara mereka ialah 26 tahun.

Ini diikuti Khalidah Adibah Ahmad, 52, atau nama komersialnya, Aida Radzwil yang berkahwin dengan Joe Radzwill, 39, pada 2002 (beza 13 tahun).

Mereka disusuli pelakon jelita, Rita Rudaini Mokhtar, 33, dan pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak, 22,
(beza 11 tahun) melalui perkahwinan mereka yang mencetus kontroversi hujung tahun lalu.

Seterusnya, penyanyi dangdut, Rashidah Hamid atau lebih dikenali sebagai Sheeda, 40-an dan guru, Shukri Hashim 30-an (beza 10 tahun) serta personaliti TV3, Azizah Ariffin, 40, dan Eksekutif Pemasaran di Jabatan Pemasaran TV3, Mohd Khafairil Mohd Khalil 30, (beza 10 tahun).

Pasangan terbaru yang memasuki senarai ialah pelakon Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar atau Que Haidar, 30, dan koreografer popular, Linda Jasmine Hashim, 37 (beza tujuh tahun), yang selamat mendirikan rumah tangga semalam.



Tahniah.. tahniah.. semoga kekal hingga ke akhir hayat.. Okay...



Lets berangan!!!!



Bayangkan.. konon2nya aku ni artis la kan... hiks..! Agaknya saperlah yang aku nak couple yek... Mmm.. jenuh aku cari listing artis lebih muda dari aku.. hehe.. Akhirnya dapat la aku pancing 4 calon yang aku rasa memenuhi citarasa... wahh.. citarasa konon! Ekekeke. Jadi.. mari kita tengok calon2nya..



Colan-colannya adalah... trrrrrrrrrrrrrrrrrrr (drum roll!!!!!)



Calon pertama : Amirul AF4
Bekas pelajar AF season 4.
Yang ini 14 tahun muda dari aku..


Calon kedua : Afgan.
Penyanyi dari Indonesia.
Lagunya berjudul Terima Kasih Cinta femes kat radio sekarang.
Beza umur..15 tahun..


Calon ketiga : Zed Zaidi.
Pelakon drama tv dan filem Melayu.
Beza umur 6 tahun


Calon keempat : Jehan Miskin
Pelakon drama tv dan filem Melayu.
Memiliki koleksi tahi lalat yang sangat sexy.
Beza umur 5 tahun.


Tudia... perasan tak persamaan antara mereka berempat?? Sumernya ada apek look dan bermata sepet, kan? Hiks! CikTipah.. ketawa ekkk? Ekekekek.


Okay.. habis sudah beranganku ittew... hiks! Ini semua gara-gara baca artikel ni tadi.. hehe..

Back to life..
back to reality..

Back to life..
back to reality...



Salam kasih.


p/s : Esok hari belang-belang sedunia.. Yeay!