Tuesday, February 24, 2009

500? Betul !Betul !Betul!


Tak sangka ini adalah entry yang ke 500. Tidak termasuk entry yang aku terpaksa delete disebabkan perkara2 tertentu. Duhhh!!! Bila aku browse balik entry2 aku sebelum ni.. mmm macam-macam yang aku typekan rupanya. Kongsi pengalaman(termasuk pengalaman jumpa hantu di asrama dulu2), mintak pendapat, bagi pendapat, kisah berjalan2, kisah makan2 dan juga kisah dia dan aku. Hehe.. Ada yang bila aku baca aku ketawa sorang, ada jugak yang bila aku baca, aku nangis sorang jugak.

Aku seronok dapat jumpa/kenal ramai kawan baru. Dapat mengenali orang dari gaya penulisan. Dapat membaca hati dari tulisan, sebab pendapat peribadi aku, orang menulis menggunakan akal fikiran dan hati. Blog ini kan salah satu medium stress herapy... Kadang2 membaca tulisan di blog seperti membaca hati penulis. Dan macam2 jugak hal yang aku alami sepanjang berblog ni. Pengalaman tambah ilmu. Pengalaman tambah kawan. Pengalaman yang menggelikan hati. Pengalaman dikutuk dan dimaki tak tentu pasal. Macam2 ada...!

Bodohnya mereka itu mencari pasal dengan aku. Aku bukannya orang berada. Aku orang biasa. Tak da faedahnya cari pasal dengan aku. Kalau tak puas hati, mari la kita berdepan. Mata ke mata. Buat apa kamu berperangai macam budak tadika..?? Opss.. maafkan aku.. budak tadika mungkin perangainya lebih bagus dari kamu sebab budak tadika ni mudah dibentuk kerana masih rebung. Ha... kan aku dah membebel...!!

Di blog CikTipah tadi, ada entry tentang keywords yang link ke blog dia. Aku cuba juga check keywords untuk SeptemberSebelas dari Nuffnang. Hasilnya.. ada jugak yang jejak ke blog aku dengan keyword Kemban dan Sekodeng!!!!



Agaknya betul kata CikTipah, kalau kita type perkataan2 yang panas-panas macam politik wang, skim cepat kaya, bogel, lucah, melayu sex, aksi terlampau, ghairah, tambah power tenaga batin, tongkat ali power, kacip fatimah, gambir sarawak, pilihanraya kecil, pancing undi, akar umbi (owhh... u know how much i hate this word rite, Temanku?), calon pilihanraya kecil, DUN (penatnya menaip perkataan2 ni!!!) mesti bertambah ramai visitor yang klik pada blog address dan kemudiannya menyesal sebab sebenarnya takda apa2 pun..Hiks! Bulan depan aku akan check semula 'keyword' listing aku di Nuffnang. Hahahaha.



Tak sangka, rasanya belum lama aku publish entry yang pertama... dan sekarang dah entry ke 500. 2/3 daripada masa aku di tahun 2008 dihabiskan di beberapa hospital kerana meneman arwah ayah yang itu sudah mula sakit kuat dan memerlukan pemerhatian dan sokongan dari isteri dan anak2. Jadi, banyak jugaklah entry aku tentang keadaan arwah ayah dan luahan hati. Tentang kerisauan, harapan dan redha seorang anak. Mujur Temanku banyak membantu dan memberi kekuatan untuk aku menempuh segala dugaan Allah. Thank you so much, Temanku.

Entry2 yang akan datang, ku harapkan akan lebih berwarna gembira dan ceria. Harapnya kuranglah rasa melankolik. Kurang rasa sedih. Mudah2an. However, this blog is about life. About journey. Unpredictable. Dan aku sudah bersedia untuk satu pengembaraan. Pengembaraan yang aku harap berakhir dengan happy ending. Macam pengembaraan Geng, filem yang aku tonton petang tadi.


Untuk filem Geng ini, aku bagi 4 bintang.


Jumpa lagi di entry yang ke 501 dan seterusnya ya..


Salam kasih.

10 comments:

Anonymous said...

wah wah wahhh..kemain lagik tulis pnjg2 keyword tu yea. nnt nak try gugel dpt ke tak hikhik.

Tijah said...

terima kasih kerana selalu datang ke blog aku...

*sopankan tijah tu?

adibah said...

ciktipah,

selamat hari raya! hahahahah :-)

adibah said...

Tijah,

Blog kau macam tempoyak.. kalo takda tak sodap den nak makan!!! hwaaahwaaahwaaa

NouroulSuhaimi said...

500 dah? dah buleh compile buat bukukan?

adibah said...

Cok,belum lagi nok.. bila dah 1500 entry, aku nak pose2 duduk kat tepi tingkat cafe macam writer Harry Porter tu.. meletop!!!! :-)

Anonymous said...

keyword akar umbi tu tukar lah dgn akar ubi, ada gak pekdahnye..

adibah said...

KM

Akar ubi tak femes sangat.. akar umbi sangat femes bila time2 nak mini election nih..

zino said...

semuga terus berblog...

adibah said...

Zino,

InsyaAllah.. terima kasih ya..