Monday, February 16, 2009

Bon Voyage, Abang!

Tadi aku ke KLIA bersama dengan sebahagian keluarga besar aku. Tujuannya, untuk mengucapkan selamat jalan pada Fadhil@Abang yang terbang ke Australia untuk menyambung pelajaran. Tahniah Abang.. syukur Alhamdulillah.


Antara yang turut menghantar adalah CheAh with her mum & dad and my sis and I. Kalau arwah mak & ayah masih ada.. tentu merekalah yang paling bersyukur sekali, gembira dan teruja untuk menghantar sama.


Abang sekeluarga. Thorn among the roses. KakChik (the 2nd sister) tak dapat datang, sebab baru je daftar masuk di MRSM. Takpa KakChik, nanti kita gi visit Abang ya.. :-)


The Sepets!! hehe

Sejak baby lagi, Abang rapat dengan family aku, ke mana sahaja kami pergi, mesti dia nak ikut sama. Hujung minggunya habis di rumah aku, memanjakan diri dengan kami sekeluarga. Tapi bila dah bujang ni.. banyak duk rumah sendiri. Dah pandai segan. :-)

Dari kecik lagi, arwah mak dah kata "He's brilliant. He'll be somebody nanti, InsyaAllah." True enough, he's the A1 boy in the family. Tiap kali exam, nothing but A1. Makan apa bang eh? hehehe..


Boarding time. Masa bersalam2 tu alahai.. sedihnya... Especially bila tengok dia peluk mak dia berkali-kali. Lagi sedih bila mak dia mula mengalirkan airmata. Sebenarnya, bukan senang dapat tengok Busu nangis. Jadi, bila mula mengalir airmata dia, semua hati jadi tersentuh. Bila bersalam, lama dipeluk diciumnya anak bujang sorang ni.. Hati mak mana yang tak hiba dan sedih bila terpisah dengan anak, ye tak?

Menitis air mata dibuatnya. Sebak. Sedih bila tengok hibanya hati seorang ibu untuk berpisah dengan anak. Dan sedih bila kenangkan, arwah mak dan ayah tak sempat sama2 menghantar Abang untuk terbang tinggi..

Abang, semoga berjaya dan dipermudahkan segala urusan di sana nanti. Wishing you all the best and take care. Keep in touch okay.


SELINGAN....


Ketika aku berhempas pulas menjawab soalan peperiksaan Sabtu lepas, seseorang telah dirisik. Bukan dirisik oleh mana2 ejen perisik, tetapi dirisik dan dipinang. Eh.. mana dulu ye? Pinang dulu ke atau risik dulu? Bak kata orang kampung aku, proposed. Hehe. Tahniah CheAh. Alhamdulillah... Bulan 11 ke bulan 5 langsungnya nih? Rasanya lebih cepat lebih bagus kan.. hehe. Semoga kekal bahagia hingga ke hujung nyawa. Jangan lupa cincin AbibJiwel sebagai 'token' langkah bendul occay!! :-)


Salam kasih.

4 comments:

Anonymous said...

tahniah to him. bagusnya lah dpt peluang belajar gitu.

Anonymous said...

wahhhh...che'ah dah dipinang. bz lagi laa uols nnt nak prepare hantaran, baju pantin dan sebagainya.

nota utk brader berbaju belang :
bila lg nak jadi agen perisik?

adibah said...

Kajangmali,

Ye.. rezeki dia.. Alhamdulillah

adibah said...

Ciktipah..

Huhuhuhuhu..!!!!