Sunday, February 8, 2009

Nonton Teater


Lepas exam semalam.. (Alhamdulillah).. terus balik rumah, siap2 untuk ke Istana Budaya. Gwe pergi nonton teater Puteri Gunung Ledang The Musical. Sebenarnya pernah tengok masa Season 1, disebabkan dah jatuh chenta terus setuju nak join sekali teman2 lain yang pergi nonton.


Aku ke PGL The Musical dengan Isz & Ima & 2 orang lagi kawan Isz. Meeting point dekat cafe Istana Budaya. This was their 1st PGL The Musical. Oh ya.. malam tadi, aku ada masalah tudung. Tengok la tu.. dah lapan ratus kali cuba adjust.. masih gak terkelepet sana sini. Tension tul la!!! Ish ish ish.

Sempat bergambar dengan Dato' Zahim Albakri, the director/book writer of PGL The Musical. Seronok dia bila aku kata, "this is my 2nd PGL". Personally aku rasa Dato' ni macam Richard Gere.. makin tua makin ehem...! (wink2 cikTipah). Tapi kan.. cuba tengok tudung aku... ish!!!!!! Ko kenapa hah????? Dari tadi aku repair.. ko tak mau gak elok2!

Aku tak sangka Isz boleh dapatkan tiket untuk malam Sabtu tu. Sebab biasanya malam ni ramai VVIP yang nonton. Kira ala2 premiere show. Aku nampak banyak juga familiar faces. Masing2 bergaya. Tiba2 ada announcement "Mengumumkan ketibaan ke bawah Duli Yang Maha Mulia, Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dan Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agong". Disebabkan adanya tetamu DiRaja, jadi sudah pasti pelakon2 akan all-out dan berikan persembahan yang paling terbaik malam ini. Owh.. we're so lucky! Alhamdulillah.

Masa intermission, semakin banyak familiar faces yang aku nampak. Ramai jugak artis yang ada. Erma Fatima, Umi Aida, Zahida Rafik, Ahmad Idham, Vanida Imran & Shidee, Douglas Lim to name a few. Personaliti tv ada juga, like Dang Suria, Syed Faradino etc. Takda gambar, sebab gwe ke mari mau nonton teater, bukan mau gambar sama artis2!

Seperti biasa, selesai persembahan, semua mereka dapat standing ovation dari penonton. PGL The Musical hebat! Semakin lama aku rasa the main cast semakin 'sebati' dengan watak masing2. Especially the main cast. Tiara & Stephen Rahman memang berjiwa Gusti Puteri Raden Adjeng Retno Dumilah & Hang Tuah. Adlin Aman Ramli is so kewl! AC Mizal sebagai Gusti Adipati Handaya Ningrat.. hebat! Ida Mariana sebagai Bayan, pengasuh Gusti Puteri dan Yalal Chin sebagai Patih.. mereka juga dapat tepukan gemuruh dari penonton yang sangat teruja dengan persembahan mereka. juga sangat berkesan dalam jalan cerita.

Sempat jugak aku bergambar dengan dua orang pelakon PGL ini. Yang sebelah kanan aku, namanya Nabil dan yang di kiri namanya Zukhairi. Seronok sungguh diorang bila aku ucap tahniah dan aku puji pesembahan mereka. Ini adalah PGL mereka yang pertama, selepas audition dan latihan sejak December lalu. Ada aku tanyakan mereka, kenapa tak dipentaskan PGL The Musical ini di Indonesia, sebab ceritanya kan tentang Majapahit & Melaka. Aku letakkan di sini biodata mereka berdua yang aku ambil dari website PGL The Movie.

Nabil, Currently a TESL student in UiTM Shah Alam, Nabil is on his way to becoming a teacher. With a deep interest and passion in musical theatre, PGLM is a dream come true for him. He has been actively performing since his schooldays for Taman Seni Budaya Johor as well as private functions.
Zukhairi, aged 27, is a lawyer by profession and has a great passion for music and the performing arts. This is his first experience being part of an ensemble in a musical. His passion started off as a hobby. He then decided to take lessons in both singing and dancing of which he has been doing for the past 3 years. In 2008, he became one of the top 45 dancers in the dance reality programme ‘So You Think You Can dance’.
Bila nak balik, member Isz ajak tunggu main cast PCL untuk bergambar. Sampai ke sudah depa tak nampak muka. Sebab mesti busy dengan interview etc. Tapi sempat jugak bergambar dengan Vanida Imran & Shidi. Sweet ajer diorang nih.. Cuba tengok tudung aku tu!!!!! Ish ish ish! Dah nak balik pun masih tak betul jugak! Hampeh tul!

Aku teruja nengok bunga Tuberoses di dalam pasu hiasan di IstanaBudaya ni. Kalo nama Melayunya, Bunga Harum Sundal Malam. Selalu kalau kat kedai bunga cuma ada yang kuncup je.. kudup je.. takda yang dah kembang macam ni. Kami ada di sana hingga lewat malam. Lebih dari 12 tengah malam. Dan bila dah lepas 12tengah malam, bunga ini semakin wangi. Owh.... barulah aku dapat melihat bukti, kenapa namanya sebegitu unik sekali..


Had a great time last nite. The best way of stress therapy! Alhamdulillah, satu exam dah lepas. Tinggal lagi satu.. this coming Saturday.


Salam kasih.

8 comments:

linn said...

huh...dato makin tua makin ehem? opsss..mek tak masuk campur occay! kalo richard gere mek setujuew gitu. tp aku tau..baju tu dr jakarta kan? ekekeke.

*apsal komen aku takde yg berkaitan ngan PGL the musical lansung?

adibah said...

Linn,

Bukan ke uols taste2 Richard Gere gittew..! Baju ittew baju dari jasko, bukan jakarta. Sila cuba mentar lagi mbak! Huhu

Zuer said...

la kenaper tunjukkan jer Staff kad rhb kita...dapat 10 % discount lagi...

adibah said...

Zuer, itu harga tiket lepas discount. RHB staff dapat 10% discount, Celcom dapat 15% discount.

Anonymous said...

wahh!!! bestnya, mesti terus ilang stress exam kan kan.. hehe

adibah said...

Kajangmali,

Stress exam dah hilang separuh.. sebab lagi satu exam menyusul Sabtu ni..

Ana Ali said...

I am waiting for the 5th installment of PGL..(whenever that will be)

adibah said...

Why waiting for 5th ya? Now is only the 3rd. Hmm.. *wonder