Thursday, February 19, 2009

Persiapan


Event : Hi-Tea for department

Theme : Retro 70s
Date : 21st February

Venue : Bukit Bintang




Tu dia..!!!

Department aku nak buat Hi-Tea Sabtu ni. Jadi minggu lepas, sibuk jugak lah membungkus door gift yang berjaya ditaja. Banyak jugak benda yang aku nak kena buat untuk Hi-Tea ni..

Antaranya:

1. Memberi idea2 yang bernas mengarut untuk Hi-Tea ini. Katanya brainstorming kan.. idea mengarut pun, kena dengar jugak.. penat tawww fikir macam-macam.

2. Menjadi MC untuk hari ittew bersama2 dengan CikMatKhair. Masalahnya sekarang ni aku demam & batuk agak kronik jugak bunyinya.. Batuk kuat boleh kasi gegar!!!! Hari tu aku jalan2 kat Jasko, aku batuk2.. ramai pulak yang nengok!! Malunyer... aiyooo..!!! Rasa macam batuk kat microphone pulak jadinya... Malu seyy!!!

Jadi.. pelbagai ubat telah aku telan, mudah2an batuk aku akan hilang ataupun paling tidak beransur pulih Sabtu ini.. Tapi aku tau, Temanku ada petua nak bagi mengurangkan batuk.. ataupun mengalihkan batuk macam bomoh mengalihkan hujan katanya... Hiks!!!

3. Bila dah jadi MC, kena lah buat skrip. Aku bukan macam PakNil uols.. pengacara paling popular di Malaysia ittew... MC amatur macam aku & CikMatKhair harus berskrip bagai.. (yang ni tak siap lagi... padahal Sabtu pagi nak rehearsal katanya...)

4. Memberi idea untuk persembahan kumpulan. Setiap team kena buat persembahan masa Hi-Tea ittew.. Team lain semua gigih berlatih sakan macam cerita dalam blog Zuer ni.. tapi team aku.. baru tengahari tadi start berlatih. Siap ada kenduri KFC dulu sebelum berlatih.. bak kata orang, "Gendang gendut tali kecapi, Kenyang perut baru idea mari". Gittew..!

5. Menyiapkan kostum untuk Dikna. Disebabkan temanya Retro 70s aku kenalah siapkan Dikna dengan costumenya... Puas duk pikir cemana la nak buat untuk Dikna ni.. Akhirnya aku belikan dia baju similar to this model kecik.. ekekekkeke...


Gambar diambil tahun 70an

Aku berjaya cari overall skirt lebih kurang macam ni.. tapi jeans overall skirt. Walaubagaimana pun overall untuk Dikna tak singkat sangat.. paras lutut taww.. mana boleh overall dia atas pada lutut... itu sudah kira lawan tokey..!!! Ekekeke..

Group aku buat persembahan apa?? Cuba dengar lagu latar (latar katanya..) kat blog aku.. Ittewlah lagunya.... Jeng .. jeng.. jeng.. jeng....... Ohooooooooooooo Hoiiiiiiiiiiiiii!!!!!!!!!!!!!!!! Boleh menang kah??? Tunggu...!!!!


Salam kasih.


12 comments:

zino said...

semuga majlis berjalan lancar

adibah said...

Zino,

InsyaAllah.. Terima kasih.

Anonymous said...

teruskan usaha gigih anda, pasti berjaya mendapat tempat...tempat nombor ke bape? tak kisah kan kan... janji dapat masuk next round lah.


jgn lufe brek batuk masa jadik mc :)

Ana Ali said...

Have a wonderful event ,and enjoy urself..me..heh hopefully by that time aku dah sampai atas Gunung Datuk kat rembau nun ( membawa diri hahahah....)

Anonymous said...

bz2 ngan persiapan dikna, persiapan ahkak dikna cemana lak? pakai rambut afro kah? atau bell bottom kah? atau bagaimana?

nok...cer huloq2 sket adiah yg dibungkus tu kt aku. nak laaa gak. takmo jemput aku kewwww??? hikhikhik.

Anonymous said...

*me pelik lak..pagi tadi komen bukan kemain dah tapi tengok kul 4 ptg pun lom kuar-kuar gak....ish ishh...sangkut kat tapisan keselamatan kut hehe.

menang kalah tu adat lah kan..janji dpt masuk next round uoals...semoga uols dpt kalahkan tatiana dan danny tu ye..teruskan usaha murni anda hehe

Ad said...

selamat meng cik mek molek kan diri yerrrrrrrrrrrrrrrr

adibah said...

KM,

Thank you. Taknak sungguh2 sangat pun. Sekadar nak have fun & enjoy the moment. Bersungguh2 sangat, nanti kot kalah nanti, frust pulak kan..

Break untuk batuk? Batuk is getting better, Alhamdulillah. Dah dapat ubat yang serasi. :-)

adibah said...

Ana,

Will do, thank you. Have a safe trip up to Gunung Datuk. Its fun to bawa diri sometimes dear... Yang penting, ENJOY!! Oh yeah.. safety first! :-)

adibah said...

CikTipah,

Ahkak Dikna ini, biasa-biasa aja.. Sebagai MC... mek akan tukar baju 3 kali (termasuk sekali baju persembahan. Kalah lindaON uols!!!! Ekekekeke

adibah said...

Ad,

Cek memang molek!! Ekekekekeke... Thanks dik.

adibah said...

Kajangmali,

Tuan rumah sibuk ke sana sini... baru la ni sempat nak jenguk rumah..

Terima kasih ya.. Doa2kan lah. Mudah2an dapat kemenangan.