Thursday, December 31, 2009

2009 Yang Aku Lalui


2009 dah sampai ke penghujungnya.. macam2 perkara yang telah berlaku sepanjang tahun ni.. dengan hanya 417 kisah (termasuk entry ini) yang aku kongsikan bersama.


Study - Alhamdulillah.. aku dah sampai ke semester kedua terakhir. InsyaAllah dalam tahun depan, selesailah pengajian. Mudah2an. Banyak cabaran masa study ni.. dugaan bz dengan kerja, dengan urusan keluarga dicampur pula dengan beberapa cebis kemalasan.


Kerjaya - Macam biasa.. sama seperti dulu. Kadang2 happy.. kadang2 stress. Mungkinkah akan berlaku perubahan dalam kerjaya usai pengajian? Wallahualam. Aku belum ada perancangan lagi..


Keluarga - mmm.. life has been up and down. Setahun tanpa mak & ayah, Alhamdulillah.. berjaya diharungi. Its not easy walaupun umur dah banyak. Kadang2 datang juga rasa rindu. Kadang2 datang juga rasa sunyi. Alhamdulillah mySis semakin sihat selepas OpenHeart Surgery (CABG) September lalu.. terima kasih untuk kawan2 yang sama2 berdoa untuk kesihatan dan keselamatan mySis semasa surgery yang lalu.. Dan bertambah sudah 2 ahli keluarga, my two lovely cousin-in-laws.. Hehe..


Travel - owh.. tahun ni aku ke Bandung & Jakarta bersama CikTipah dan kawan2 yang lain. Dan aku ke Cherating.. hasil dari kemenangan dari Lucky Draw semasa Hi-Tea pejabat aku. Aku ke Cherating sendirian. Travel solo hingga ke KT. Mencari ketenangan. Mencari pantai.


Kawan-kawan - 2009 ni aku tambah ramai kawan hasil dari blogging. Ramaiiiiii!!!! Dan aku juga berjumpa dengan teman2 seni aku.. bermula dari PatungCendana, Addyaholix, Geng2 Paradoks dan Mamai & Jasmin nyer yang aku teringin benar nak jumpa.. Korang memang best..! Tapi kadang2 jadual padat aku on weekend dan waktu kerja aku yang lain dari orang lain.. buatkan aku payah nak join aktiviti mereka. InsyaAllah.. dah abis study nanti... aku free....!


Facebook
- sesuatu yang sngat hot sekarang... hehe.. aku baru kenal Facebook. Dan dengan Facebook, aku bertemu dengan kawan2 lama... kawan2 sekolah, kawan2 study, kawan2 zaman IRC dulu dan kawan2 rapat yang dulu2.. owh.. Meeting them again after years memang sangat mengujakan!! Ada yang lain sungguh penampilannya sekarang.. contradict dengan imej yang dulu.. dan yang bertambah vogue, bertambah macho adalah ramai!! Good to see you guys again!!


Relationship - mmm.. tahun ni.. kisah aku dengan Temanku tamat secara rasminya. Aku sedaya upaya bertahan.. but.. something happened. And i just can't take it anymore.. Pada awalnya, sangat perit dan menyakitkan.. Setiap tempat yang aku pergi boleh dikatakan banyak memori. Sampaikan beberapa kalu aku terbuat perkara rutin kami balik dari kerja sedangkan pada masa tu, aku dan Temanku sudah tiada apa-apa. Tipu kalau aku kata aku tak menangis. Menangis tu ada.. tapi.. Alhamdulillah.. berkat sokongan kawan2 & family, aku semakin kuat sekarang. Aku dah boleh pergi servis kereta sendiri, pergi beli barang2 untuk servis kereta sendiri, pergi tukar tayar sendiri.. Sebelum ni aku dimanjakan, semuanya dia yang tolong uruskan.. aku sekadar teman.. tapi sekarang.. sendiri bikin la.. huhu...! Aku doakan Temanku akan bahagia dan dirahmati Allah selalu, insyaAllah.

Selesai episode Temanku, ada seorang yang singgah dalam hati. Tapi.. tahannya hanya sebulan lebih sahaja. Katanya aku ni jahat.. aku ni kaca.. bukannya permata yang dia cari. Segalanya tentang aku ni tak ada yang baiknya.. Dihinanya aku.. tapi.. aku tak peduli. Mungkin sejarah hidup buat dia begitu. Dan rupanya, aku tau.. bukan aku sorang je yang dicap jahat... ada jugak yang lain.. Dengan orang lain.. katanya akan kahwin, dengan aku katanya dah kahwin.. hmmm.. now the true colors really glow... !

Sekarang, aku sangat berhati-hati. Aku lebih senang berkawan rapat tanpa ada rasa cinta watsoever. Rasa sayang itu ada.. rasa amik berat tu ada.. tapi.. hanya sebagai kawan. Aku lebih selesa begitu. Sebab perpisahan itu menyakitkan.Dan bukan mudah untuk memulakan sesuatu yang baru. Cinta...? Biarlah ia datang dengan sendirinya... Owh ya.. sijil kawin.. aku dah ada!! hehe..

2009 akan lenyap dari pandangan... Alhamdulillah... diberi peluang Allah untuk menghadapi tahun 2009. Aku bersyukur dengan nikmatNya sepanjang tahun.. dan aku juga bersyukur kerana telah berjaya menempuh dugaanNya.. Alhamdulillah.. Semoga tahun 2010 ini lebih baik.. mudah2an...insyaAllah..


Resolusi? Untuk tahun 2010, aku tiada senarai azam... :-)





Salam kasih.



Wednesday, December 30, 2009

Sebelum Hatinya Beku




LEWAT SEMESTA - RANDY PANGALILA

Satu kata bertulis cinta
Telah merasuki ku
Tak berwujud tak tersentuh hanya ku rasa

Dan jika wujud nya menjelma
Pada sebentuk hati
Bukankah itu amanah dari yang kuasa

Menjaganya.. menjaganya..

Wahai insan yang di sana
Mungkin saja ini kau dengar
Melewati semesta ini
Aku sampaikan

Begitu ingin berbagi batin
Mendengarkan hasrat di jiwa
Oh Tuhan pertemukan aku
Sebelum hatinya beku




Lovely song.. Enjoy..!





Salam kasih.

Friday, December 25, 2009

Semoga Selamat


Mmm... dah berapa kali type dan delete dah nih..Delete. Type. Delete. Type. Delete. Duh... mana hilang idea nih? Banyak makan semut agaknya.. Hmmm....

Untuk MantanKekasih.. semoga selamat dalam perjalanan.. dan dipermudahkan urusan, insyaAllah.. Sampaikan salam rindu aku pada Rasullullah s.a.w. Salam rindu aku pada Baitullah.. Doakan untuk aku waktu kau di Jabal Rahmah nanti... Dan doakan mudah2an aku juga akan menjadi tetamuNya suatu hari nanti.. insyaAllah.


Walaupun sudah berakhir.. tapi kenangan itu abadi..



Salam kasih.

Tuesday, December 22, 2009

Those Were The Days



Facebook mempertemukan kami semula... ecewahhh... ayat skema giler..! Heehehe.. Kan tak pasal2 orang duk komen yang blog aku ni blog jiwang.. huhu..

Kisahnya begini..


Back in early 90s, masa tu aku kat ITM. I was one of the committee members for the Orientation Week. Dulu2 dipanggil Pembantu Minggu Silaturrahim ataupun PM. Sebelum tu dipanggil Orientation Committee (OC). Seronok duk jaga adik2 freshie ni.. yang majoritinya baru kali pertama berpisah dengan parents, hidup berdikari sendirian.

Kalau korang noticed... kalau time freshie2 dulu.. muka innocent je... muka skema.. Aku suka la duk nyakat junior2 nih... Ada yang aku suruh nyanyi. Ada yang aku suruh baca ayat2 lazim depan aku. Ada yang aku suruh amikan makanan kat DewanMakan. Seronok..! hehe.. Dan setiap junior tu perlu tulis surat komen untuk semua PM. Dapatkan tandatangan semua PM sebelum Majlis Penutupan/Declaration Nite.

Jadi.. nak dijadikan cerita.. sorang junior aku ni.. muka dia adalah comel innocent. Cakap pun tak keluar suara... suara lembut jer... Jadi makin rajin la aku & member aku ni duk nyakat dia.. hahaha.. Setiap hari memang kena panggil la dengan aku. Kadang2 aku berdiri sebelah dia.. tanya soalan macam2.. tanya style seorang senior yang poyo.. haha.. Dan yang paling aku ingat lagi, aku & member aku ni, duk suruh dia baca surat komen untuk kitorang depan2.. dan gunakan batang penyapu sebagai standing mic. Kesian dia.. merah2 muka dia baca tu sampai menggigil pegang kertas. Huhu..

Bila sampai declaration night, bila dah habis official event, kami bersalam2 la dengan freshies ni... kemudian tu.. what i remembered was.. he came to me and seat on the next chair. Kemudian dia tanya aku..

"Kakak PM ni umur berapa?"
Aku perati dia.. aku kata "20 lah.."

Then dia pandang aku

"Sebenarnya, saya 21.. saya lahir tahun awal dari awak".

Lepas tu dia senyum.. Aku yang tergamam kat situ dah merah padam muka.. Malu.. Terus aku mintak maaf sebab selama ni duk nyakat dia. hahaha.. padan muka aku..!

And paling segan lagi adalah bila rupanya2 dia ni 'mamat surau'. Kadang2 dia yang azan bila masuk waktu solat... dan paling aku ingat adalah tiap malam Jumaat, boleh dengar dia recite Yassin dari surau. Mak terpikat uolssss!!! Tapi dengan suaranya jer lah... sejuk hati mendengar.. ecewah...

Sejak dari tu.. we became good fren. Of course aku grad dulu dari dia. Terpisah la kan.. aku balik KL dan dia kat Sarawak. Dan kebetulan, bila dia grad, kami contact semula.. Dia merantau kerja kat Semenanjung ni.. dan rajin jugaklah kami jumpa. Tak lama lepas tu.. kami lost contact. Ntah kenapa ntah.. aku pun tak ingat dah cemana leh lost contact ni...


And thanks to Facebook.. dah jumpa semula...! Minggu yang lalu, berpeluang jumpa untuk makan tengahari sambil mengupdate cerita masing-masing. He's happily married with 3kids, Alhamdulillah.. dan semakin mengembang.. macam aku gak..! Hahahaha.. It's good to see your old buddies again via FB lah... terasa muda kembali.. :-)



Salam kasih.

Mau Yang Ini


Jika aku mampu memilih
Di waktu ini
Bila hati rasanya begini
Aku mau yang ini!

Mengadu pada pantai
bercerita dengan ombak
tentang rasa hati
sendiri...




Salam kasih.

Monday, December 21, 2009

Ini Baru Sorang...!


Hujung bulan.. hujung tahun.. Seronoknya, hujung tahun ni.. kalau ada bonus.. maka bertambah teballah wallet masing-masing.. Alhamdulillah.. rezeki Allah.. Tapi selalunya hujung tahun, banyak belanja yang perlu dikeluarkan. Especially to those who have kids aged 4 and above. Sekarang ni nak daftar tadika pun.. kena RM500 and above. Tu tak termasuk duit transport etc.

Hari tu.. pergi shopping untuk baju sekolah Dikna. Tahun depan dia masuk Tahun 4. Dilantik menjadi Pembimbing Rakan Sebaya. Perlu uniform sekolah yang lain dari biasa. Kasut dan stokin bertukar ke warna hitam.. bukan lagi putih seperti biasa.


Perlu beli 2 pasang baju warna Purple, 2 pasang kain warna biru untuk sekolah kebangsaan, 2 pasang baju warna putih dan kain hijau untuk sekolah ngaji.. 2 tudung putih & 2 purple. Total RM224.60!! Aduhai.. itu baru sorang.. dan itu tak termasuk kasut sekolah & stationaries dia lagi.
Juga tak termasuk yuran PIBG, duit bas sekolah, duit belanja harian, duit buku latihan, itu dan ini.. Rasanya boleh mencecah hingga RM500.

Mind you.. ini baru belanja untuk primary school. Sekolah menengah nanti ntah macamana la agaknya... Dan.. ini baru belanja untuk seorang.. i wonder how if u have FIVE kids.. ada yang sekolah menengah.. ada yang sekolah rendah.. ada yang nak masuk pre-school. Owh.... my..!!



Dikna with her new outfit. Dia mula bertudung ke sekolah rendah next year.. Alhamdulillah.. And i keep on reminding her that.. tudung is not part of the school uniform.. its more than a school uniform.. especially when she reaches the age of puberty..

Anyway.. back to the main story.. rasanya kena spare sedikit duit dari gaji bulanan. di sepanjang tahun untuk keperluan pendidikan anak2.. especially bila nak mula musim sekolah yang baru... kalau tak.. payah jugak jadinya nanti sekiranya bajet lari...

Untuk yang belum shopping untuk anak2 sekolah... selamat bershopping...!!



Salam kasih.




Friday, December 18, 2009

Never Knew I Needed You

Watched The Princess and The Frog with Dikna and mySis at MBO Ampang.. and this song was one of the soundtracks..




NEVER KNEW I NEEDED - NE YO

For the way you changed my plans
For being the perfect distraction
For the way you took the idea that i had
of everything that i wanted to have
and made me see there was something missing...

For the ending of my first begin
For the rare and unexpected friend

For the way you're something that I'd never choose
but at the same time something i don't wanna lose
and never wanna be without ever again...

You're the best thing I never knew I needed
when you were here i had no idea...
You're the best thing i never knew i needed
so now it's so clear i need you here, always...

My accidental happily (ever after)
The way you smile and how you comfort me (with your laughter)

I must admit you were not a part of my book
but now if you open it up and take a look
you're the beginning and the end of every chapter...

You're the best thing i never knew i needed
when you were here i had no idea...

You're the best thing i never knew i needed (that i needed)
so now it's so clear i need you here, always...

Who knew knew that I could be...
So unexpectedly...
Undeniably happy (yeah)
With you right here, right here next to me...

You're the best thing i never knew i needed
when you were here i had no idea...

You're the best thing i never knew i needed (that i needed)
so now it's so clear i need you here, always...

...Now it's so clear, I need you here always



Enjoy the song..



Salam kasih.


Harapan Tahun Baru


Salam... Selamat Tahun Baru untuk teman2... Sempat baca doa akhir tahun dan doa awal tahun tadi? Kalau sempat.. Alhamdulillah... Kalau tak sempat.. tak mengapa.. insyaAllah.. tahun depan ada lagi... Kalau dapat bersama2 di masjid atau surau lagi beruntung... macam aku.. cuma mampu menadah tangan berdoa bersama2 melalui TV je...

Oleh kerana, tahun Hijrah dan tahun Masehi ni dekat2 je tarikhnya.. jadi.. proses me'recall' detik2 yang paling meninggalkan kesan sepanjang tahun.. akan aku buat, insyaAllah di hujung December nanti..

Semoga tahun ini lebih baik dari tahun yang lepas, insyaAllah... semoga diberi kekuatan untuk menerima segala cabaran dan dugaan sama ada yang baik ataupun yang buruk dengan tenang dan mudah, insyaAllah...

Kalau diduga, janganlah hingga dugaan itu membuatkan diri rasa kecewa dan putus asa... dan kalau dikurniakan rezeki.. janganlah kerana rezeki itu.. buatkan diri lalai dan alpa.. Nauzubillah..


Amin....




Salam kasih.

Wednesday, December 16, 2009

Ada Cinta - Satu Malaysia





Ada Cinta - Jac, Sheila & Karen


Andai aku buta kan mata
Dapatkah kau mendengarkan jujurnya
Andai engkau tutup telinga
Dapatkah kau melihat keikhlasannya

Aku cinta bukan dibayang mata
Jauh dari bahasa
Dekatkan ertinya
Aku cinta bukannya disengaja
Jauh dari wasangka
Dekatkan hatinya
Memang cinta ada dalam jiwa kita

Andainya cinta itu buta
Dapatkah kau mengubah pesonanya
Andai mengalir air mata
Dapatkah kau membezakan jelingnya

Oh mengapa ada saksi yang tak memahami
Wow..wow..wow..wow..
Oh mengapa ada saksi yang disalah erti
Oh aku cinta
Oh jauh dari bahasa

Memang cinta ada dalam jiwa kita...



Lovely song... Enjoy..!



Salam kasih.


Monday, December 14, 2009

Bersama Daun Kaduk

Eksperimen pertama bersama daun kaduk. Aku tak pernah makan daun kaduk. Aku tak pernah tau pun nama daun ini adalah daun kaduk.


MySis bawak balik dari ofis. Ulam dauk kaduk katanya.. Cara makan simple.. bersama bahan2 'iringan' iaitu kacang, kelapa goreng, udang kering, bawang merah, cili padi, bawang putih, limau nipis dan sos thai..


Macam ni.. letak semua bahan2 iringan tu di helaian daun kaduk tu.. kemudian.. lipat2 macam sireh dan ngappp!!


Aku buat stlye lain.. macam orang nak bungkus kacang putih.. buat satu 'kon' dan isi dengan bahan2 iringan tu.. then.. ngappp!! Mula2 makan memang rasa pelik.. tapi lama2 layan jugak.. MySis kata kawan dia belikan dari Kelantan. Dan ulam ni famous kat pantai timur.. Agaknya la kot..

gambar dari www.deliciousmalaysia.com


Kalau diperhatikan rupa daun kaduk ni lebih kurang rupa daun sireh.. Sebab tu lah, kata ofismate aku.. lahirnya peribahasa.. Kaduk naik junjung.. Kisahnya.. bila dah tak da sireh untuk dibuat sirih junjung.. orang gunakan daun kaduk.. sebab seakan2 sama bentuknya.. dan terjadilah daun kaduk yang eksen.. (agaknya).. sebab dapat naik junjung daun sireh tu.. Mungkin jugak daun kaduk ni eksen .. sebab dia tak ler pahit macam sireh.. agaknya kan...?? Hehe.. pepandai jer aku kan.. haha..


Cubalah...!! Untuk mereka yang suka ulam2an.. aku rasa korang mesti suka..


Salam kasih.

Friday, December 11, 2009

Bad Tudung Day


Hari Jumaat.. penuh berkat. Tapi hari ini.. adalah "Bad Tudung Day" untuk aku.. sejak dari awal pagi aku keluar dari rumah untuk ke ofis. Insiden pertama, bila ada satu kereta nasional yang pemandunya mungkin sakit perut memulas2 perlu ke tandas yang menyebabkan kereta di'parking' macam @#*&$^@%%!! Buatkan aku susah nak keluarkan kereta..

Kemudian.. ada pulak satu kereta bukan nasional.. pemandunya lelaki.. dan sebelahnya ada aweks. Takmo bagi jalan kat aku.. di jalan yang hanya muat satu kereta (disebabkan di tepi kiri dan kanan orang dah parking kereta). Aku dah 3/4 jalan.. dan dia baru 1/4 jalan.. Aku suruh dia 'gostan' dia takmo.. siap depankan kereta dia lagi.. sambil bagi lampu.. Akhirnya, aku yang perlu berundur.. dan dengan selamba.. aku berundur dengan 'high beam'. Padan muka ko!!! Rasain dong!! @(&#^%^@_!!!!

Dan dari sebab tu.. mood aku merundum.. Aku cuba sedaya upaya untuk menghidupkan mood aku semula.. with borak2... phone calls.. tapi ada jer yang tak kena.. Rasa nak nangis.. What?? Nangis?? Uh... Takmo lah...

Akhirnya aku buat kerja sambil sumbat telinga dengan earphone.. dan dengar mp3 sambil nangis dalam hati.

Bila balik.. sangkut pulak dalam traffic jam yang melampau.. dari Jalan Tun Razak to KLCC adalah sejam!! Owhh my!!!!!! #$%^&^^&*!!




Cukuplah sehari "Bad Tudung Day"..


Aku harap.. hari2 mendatang akan menjadi lebih baik.. insyaAllah..



Salam kasih.

Thursday, December 10, 2009

Berita Gembira


Aku sedang sangat bz sebenarnya.... perlu submit project paper outline sebelum bertukar tarikh esok. Tapi.. aku tetap nak kongsi satu berita.. Berita paling menarik yang aku dengar dari BuletinUtama TV3 untuk tahun ini... dan berita ini juga telah aku petik kisahnya dari www.bharian.com.my

Kadar baru mas kahwin di Selangor RM300

SHAH ALAM: Mulai 1 Januari tahun depan, kadar mas kahwin di Selangor ditetapkan sebanyak RM300 berbanding kadar semasa iaitu antara RM40 dan RM80 yang dilaksanakan sejak 1978.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk Mohamed Khusrin Munawi, berkata kadar baru itu ditetapkan setelah mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, selaku Ketua Agama Islam di negeri itu.

Beliau berkata, kadar baru itu dikuatkuasakan setelah mengkaji beberapa perkembangan semasa termasuk menyeragamkan jumlah mas kahwin kepada wanita tanpa mengira status mereka seperti sebelum ini.


Ntah kenapa.. titiba aku rasa happy sangat dengar berita ni... Nanti kalau orang tanya aku soalan cepu platinum.. boleh lah aku jawab...


"Aku memang saja tunggu sampai mas kawin naik RM300"


Hehehe.. untuk sesiapa yang berchenta dengan anak2 Selangor.. cepat2 ler korang kawen.. takut nanti makin ditangguh, makin naik mas kawinnya ....


Okay.. need to get back to work... Take care everyone.. !



Salam kasih.

Tuesday, December 8, 2009

Serupa Tapi Berbeza

Salam... malam tadi, aku tengok Buletin Utama TV3... sambil2 tu makan megi.. (ye.. aku malas masak/keluar makan)... dengan cara memintal2 megi dengan garfu.. seperti makan spagetti jer rupanya... Sedap.. campur bawang besar, cili api, limau kasturi dan sedikit sayur2an dan sosej. Yummy...!

Okay..back to the story...


Aku rajin tengok Buletin Utama.. tapi untuk 5 menet yang pertama jer.. Kemudian tangan ku dengan sepantas kilat menekan punat yang ada perkataan 'INFO' di remote Astro itu.. Terus tukar ke 702. Tengok Oprah Winfrey Show.. Aku suka nengok show ni.. tapi.. kadang2 aku pilih gak topik nya.. kalo menarik.. aku stay tengok sampai habis.. kalo tak.. ku tekan semula punat INFO itu... dan carik program lain di channel yang lain pula...

Oprah Show malam tadi, memang best. Memula pasal akak sorang ni.. yang jadual hariannya padat dari bangun tido sampai ke tido. Sian.. Sebab tu aku respek akak2 dan adik2 yang menjadi surirumahtangga.. dah lah tak leh nak mintak cuti ataupun MC.. keje tak henti2... I salute u ladies!! Bravo...!!

Kemudian tu pasal sorang akak ni jugak.. single mother of triplets.. cikgu sekolah.. di surprisekan oleh bestfren dia .. untuk buat makeover .. preparation untuk gi reunion kengkawan sekolah.. Owh.. pergi reunion.. u perlu prepare urself.. pergi vogue.. dan nampak presentable dan happy sokmo.. kalo tak.. ko akan menjadi bahan gosip kawan2 sekolah..! Kan? Jadi.. berlakulah saat2 kegemilangan akak ni... sebab membawa Nate Berkus sebagai partnernya untuk majlis reunion ittew....!! Owh.. bahagianyer dia.....



Episod malam tadi.. adalah macam misi Nate Berkus ni.. untuk appreciate ibu2 yang mempunyai jadual hidup yang padat... Dia bantu akak yang surirumahtangga tu.. dan juga menjadi date untuk akak yang cikgu tu.. Owh.. bahagianyer depa...

Tapi dalam tengok tadi... aku ada jugak terfikir sesuatu diluar jangkaan.. Disebabkan citer Oprah Show ni.. ada subtitle dalam Bahasa Melayu.. jadi.. secara tidak langsungnya.. aku baca gak la subtitle dia tu kan... Eh... jangan tak tau.. cikgu English aku masa Tingkatan 1 dulu.. duk galakkan kitorang belajar English melalui subtitle. Try to guess what the actor/actress will say thru the subtitle that pop-ups before the dialog... lebih kurang camtulah pesanan cikgu aku tu dulu...

Jadi.. bila baca subtitle tu.. bila subtitle tu ada perkataan "Nate".. aku tiba2 terbaca secara ejaan Melayu.. iaitu N.A = Na... T.E. = Te... Terus aku gelak sensorang... And the thing that pops up in my mind was...

"OWH.. NATE NI TAK BOLEH PEGI KELANTAN NIH.....
LAIN JADI NAMA DIA NANTI..."

U get what i mean, bebeh? Kalo tak tau.. sila tanya kengkawan yang berasal dari sana.. :-)



Salam kasih.

Sunday, December 6, 2009

Mimpi Ngeri


Malam tadi ku bermimpi.. Dah lama tak mimpi yang boleh diingat walaupun waktu sudah terjaga. Tapi aku malam tadi.. aku ingat sampai ke waktu ini.. waktu aku type entry ni..

Kisahnya.. adalah group aku dan kawan-kawan.. Ada Mr. A, B, C, D dan Miss E, F, G, H. Kami sekumpulan macam kat satu tempat.. where we had something going on.. Dan tiba2.. aku diberitahu oleh Miss F, yang Mr. A dah meninggal.. So masing2 macam pelik. Kehilangan. Tak percaya.. sebab dalam mimpi tu Mr. A adalah ketua kami.

I saw Mr. A lying down.. terbaring macam orang yang dah tiada.. Yeah.. in my dream.. he's dead. Sudden death gittew... And everyone seems busy macam nak uruskan Mr. A. And yang peliknya dalam mimpi aku tu.. Mr. A yang dah mati ni.. which his body was lying down on the carpet.. boleh pergi jumpa orang.. untuk bersalam dan bermaaf2an.. dengan kawan2 ku.

Dalam mimpi tu aku tanya "eh.. bukan ke dia dah takda?". And a friend jawab "ye.. but selagi dia belum dikebumi.. he is free to go anywhere".. Boleh? Giler tak logik... hahaha...


Kemudian, datanglah Mr. A ni ke arah aku..



Mr. A : hai..

(.. waktu ini.. hati aku telah cair.... he look so gorgeous! huhu)

Aku : hai.. u are dead.

Mr. A : yes.. i wanna say goodbye

Aku: okay.. but.. just wanna let you know that i love u

Mr. A: me too.. i want to tell you that actually.. i love u too



and we were holding hands macam ni... and then.. he went off... sebab ada orang panggil dia untuk prepare himself untuk pengkebumian... sangat tragis!! :-(


Adoi... ntah apa la mimpi camni.. Ada ke mimpi orang mati..!! Tak lama lepas tu aku terjaga... dah kul 6.30! Lepas tu aku senyum sorang... sebab duk pikir.. "ada ke orang dah mati bleh bangun balik untuk jumpa orang to saya goodbye!!".. hahahahaha.. mimpi cakap omputeh plak tu... wakakkakakaka.. giler sewel!! :-)


Aku rasa ini semua gara2 membaca entry cik abang nih hari tu... Katanya...

  • owhhh yes saye suke yang ini... tepuk2 lah bntal smbil menyebut name pojaaannnnn hati anda sebelum tido... saye sudah try... berkesan... due hari selepas kejadian menepuk bntal.. sye di datangi mimpi mengerikan tntang si "dia"... miahahahhaha (afiq,2009)

Terus dapat nitemare akak dik... Hehehe.. Anyway... harap2 panjanglah umur Mr. A tu... insyaAllah..





Salam kasih.

Friday, December 4, 2009

Ada Astro?

Tadi, aku sembang di YM dengan member lama... Jumpa semula di FB setelah bertahun.. bila lama dah tak sembang.. terasa ada sedikit perbezaan.. dulu dia lain.. sekarang lain.. dulu aku lain.. sekarang lain.. biasalah.. pantai pun berubah kan..

Cerita punya cerita.. tak sedar waktu dah lewat... Aku pun mulalah berhentikan chat secara berperingkat dan mengikut etika ber'chatting'. Eh.. ada ke etika chat eh??


Aku: Okaylah eh.. aku dah nak kena out nih.. ada kerja nak buat

Dia: Okay.. nice chatting with you

Aku: Me too.. see u again..

Dia: Okay.. see u.. bye..

Aku: Daaaaaaa!!! *sambil letak icon melambai

Dia: Eh? Kenapa?

Aku: Kenapa apa?

Dia: Kenapa kau type daaaa? Ada apa?

Aku: Daaaaa tu... tata@bye2 dalam bahasa Indon :-)

Dia: Owh.. bahasa Indon..

Aku: Ye la.. kan kat tv skrang ni banyak citer Indon..

Dia: Owh.. rumah aku takda Astro.

Aku: *speechless & terus sign out*



Rupanya kawan ku ini .. masih ada yang tak berubah.. Rupa2nya penyakit blur dia tu masih ada...!! Ekekekekeke...



Salam kasih.

Tuesday, December 1, 2009

Untuk En. Anuar Zain


Korang rajin melayari FB? Aku rajin.. kadang2 kat ofis pun duk check jugak FB nih... walaupun terpaksa guna handphone. Mobile pun mobile lah.. Malam tadi, ku tido awal.. jadi takde la melayari FB waktu malam..

Lepas dinner tadi.. aku baru sempat online.. sebab seharian duk bz kat ofis.. Mood hari ini adalah tak keruan .. ntah kenapa.. nak katakan disebabkan nak kemunculan "bila masa tu" rasanya lambat lagi... mungkinkah perubahan hormon apabila semakin dewasa ni... aduhai...

Tapi.. bila aku nampak status ni.. yang based on menjawab soalan2 yang dikemukan di FB.. hatiku rasa gembira kembali.. hehehe...
Kawanku yang seorang ini.. memang tahu aku minat kat AnuarZain.. hehehe. Thank u dahling.. u really make my day... :-)


Kalaulah Anuar Zain terbaca entry ini.. satu soalan je.. satu request jer dari aku..

"Encik Anuar... Saya ingin membelanja En. Anuar makan malam di Menara KL, sebagai tanda aprisiasi.. kerana En. Anuar telah sudi menyanyikan lagu Seruling kegemaran saya, semasa konsert di Istana Budaya KL tempohari, yang mana kali terakhir saya mendengar En. Anuar menyanyikannya adalah semasa saya dibangku sekolah rendah lagi..

Saya akan berasa berbesar hati dan gembira sekiranya En. Anuar sudi memenuhi request saya untuk kali ini..Terima kasih.."


Aku harap permintaan aku ini, akan dapat dibaca oleh En. Anuar Zain.. insyaAllah..




Tudia aihhhhh!!!! he.. he.. he..





Salam kasih.

Monday, November 30, 2009

Tidur Time


Tadi sambil2 tengok Oprah Winfrey Show di Hallmark Channel.. ada keluar ads sempena Biggest Loser Asia, tentang tips untuk kuwos.. dan katanya.. ikut pemahaman aku ler ye.. adalah.. tidak elok tido kurang dari 5 jam.. sebab boleh memberi kesan kepada berat badan.. boleh obese.. Kekurangan tido juga ada kena mengena dengan hormon.. dan sebagainya.. seperti yang ditulis di website ini.. boleh tengok kat link yang ini ye... sila klik di ayat ini..


Oleh kerana itu, malam ini.. aku akan cuba untuk tidor awal.. Kerana, tiap2 weekdays, aku perlu bangun sebelum 5am. Jadi kalau ikut seperti kata ads kat tv tu.. aku perlu tido selewat2nya jam 11 supaya total sleeping hrs akan menjadi lebih dari 5 jam. Untuk itu.. malam ini.. harusnya tido awal..



Selamat malam semua..! Jangan tidur lewat2 ye... nanti bertambah berat badan.. hehe.. Jom tido jom!


Salam kasih.

Sunday, November 29, 2009

Cemana Tak Gemuk...bira!!


Salam Iduladha untuk semua... Bagaimana sambutan ye...? Tahun ni keluarga besar aku beraya di Kem Herba Sg. Congkak.. ramai2 kat sana.. Semua kazens & kazen-in-law pun ada sekali.. jadi sangat meriah sekali.. terutamanya sessi bergossip dan mengupdate latest news kaedahnya...

Rendang, ketupat Adabi.. masih ada.. ditambah pula dengan soto yang mabeles.. owh ye.. ada juga pulut yang ditanak untuk dimakan bersama rendang daging.. dan kuah kacang yang dibuat untuk dimakan bersama ketupat Adabi. Tak lupa juga, cubaan pertama untuk membuat Sambal Goreng Jawa sebagai juadah hari raya.. Nampak gayanya, cubaan pertama itu berjaya.. oleh itu.. mulai tawun depan.. wajib ada Sambal Goreng Jawa ini..

Gambar takda ye teman2... sila imejin sahaja... hehe..


Itu adalah kisah hari pertama..


Hari kedua.. berlaku sessi berjalan2.. Aku, mysis, Nad & Julie ke Alamanda, Putrajaya.. Kenapa aku suka sangat gi sana.. hanya Allah jer yang tahu sebabnya.. Aku pun pelik.. suka benor aku gi sana.... Sebelum drive balik ke rumah.. singgah di Secret Recipe Presint 14 (sederet ngan Mydin) untuk sessi memanaskan badan. Hujan lebat you... jadi singgah ler.. lagipun memandu di waktu hujan lebat adalah merbahaya ye teman2...


Rupa2nya ada promosi minum petang.. Beli satu kek, dapat kopi secara gratis. Gratis itu bermakna percuma. Percuma itu adalah free. Jadi kami pun order ler...

This is Nad's Nugget Cake ke apa ntah namanya..


This is Julie's Chocolate Indulgence yang sangat popular..


This is my caramel cream cheese ... sodap eh...


And my white coffee.... yummy..!!




Cuba membuat aksi kuwus hahahahahaha.. Ye.. sepanjang Idul Adha ini.. makanan adalah meriah sekali.. makanan di mana saja aku berada.. Cemana ler.. tak gemukbira!!! Hahahaha... Gambar mereka2 yang lain.. mysis, Nad & Julie pun takdek.. sebab mereka semuanya kurus.. hahahaha.. sila imejin sahaja.. hahahaha..


Salam kasih.



Wednesday, November 25, 2009

Mau Poligami?


Disklemer: Entri ini tidak ada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah tiada.. kalo ada persamaan, adalah secara kebetulan sahaja... tak sengaja la namanyer tu.. Salam Aidiladha..



Aku sekarang ni addicted to Zuma Game. Sedang giler menghentam bola2 berkaler2 ni.. nak reverse la.. nak bom la.. nak tembak bebanyak la.. Memang layap bak kata orang Sarawak. Layap itu bermaksud khayal ye adik-adik... Aku main Zuma yang adventure tu.. jadi bertukar-tukar bentuk 'path' yang ada.. Ada yang satu jer lubang tengkorak..ada yang dua.

Dalam bermain game ni.. fikiran kita berjalan jugak.. Macam-macam yang aku duk fikir sebenarnya.. sambil main Zuma nih.. macam2.. kreativiti muncul bila duk melayan batu berkaler kaler nih..

Bila dah sampai level 2, akan muncul 2 kepala tengkorak nih.. Bola kaler2 ni datang dari dua arah yang berbeza.. arah kiri dan kanan.. atas dan bawah.. Jadi. kena pasang strategi.. ecewahh.. !!! Ye kawan kawan.. nak main game pun kena ada strategi.. mana satu nak tembak dulu.. kejap belah kiri.. kejap belah kanan kena attack. Mata kena cekap, tangan kena laju.. mouse kena canggih ye.. kalo mouse lembab.. mata tak cekap.. tangan selow.. kemsalam!!



Memula level 2 rilek lagi.. bleh sambil2 tengok FB sapa yang update status.. Tapi dah sampai level 5 nih.. mula kelam kabut lite2.. ada yang nak kena letup, nak kena reverse.. macam-macam datang serentak.. Kalo tak biasa tu.. berpinar jugak biji mata...

Titiba.. aku terfikir.. mmmm... "Sapa nak poligami, kena try ini.. prektis untuk berjaya berpoligami.." hahaha.. Cemana leh kesitu ye....?

Ye lah kan.. imagine, u have two wives ataupun two (or more) girlfriends and a wife..(gila statement!!) ... aku rasa your life would be like this level kot.. Sorang ajak lunch, sorang ajak breakfast, sorang merengek nak mintak top-up, sorang mengiaww nak suh belanja beli baju; sorang ajak naik keta, sorang ajak naik moto; sorang merayu2 ajak gi klenet, sorang lagi suruh bank-in duit nak beli tiket nak balik raya haji.. aduyaiiii.. mau pengsan kan?

Lagi2 la nak raya2 ni.. cuti sekolah ni.. Yang sulung ajak balik kampung dia.. yang bongsu pun ajak balik kampung dia. No. 1 ajak gi Bandung, yang No. 2 ajak gi Phuket.. cemana agaknya ye.. ?? Hmm... perlu ada strategi... kerana bak kata P.Ramlee '.. jangan sampai hai pecah tembelang..."

So, aku rasa level ni sesuwai untuk prektis 'cara-cara untuk berpoligami'. Bagaimana mau kasi settle dua bahagian dalam satu masa.. Its like kena entertain 2 different entity at one time. Kena hati2.. kalo tak nanti.. abis terngaga tengkorak tu... huhu.. Amacam? Ada berani??? Muahahahahahahahhaha....



Salam kasih.

Monday, November 23, 2009

Owh My!!!

RASA NAK TEPUK DAHI...ADEIHHH
TAPI
NAK KETAWA PUN ADA...HIKSSS!!


Entry untuk peringatan diri sendiri.. supaya lebih beringat dikemudian hari... untuk tidak mengulangi perkara yang sama...!!! Ever and ever....!! Duhhhhh......!!!!!!



Sunday, November 22, 2009

Macam Ketupat

Sekarang ini.. sejak bermulanya semester yang baru ni.. weekend aku padat..



... macam ketupat...



Eh.... dah nak raya haji la...


pandai buat ketupat??


jom.. kita belajar dari akak nih... aktiviti pembelajaran di luar bilik darjah ...





Selamat mencoba...!!

Friday, November 20, 2009

Hanya UPSR


Balik dari kerja tadi aku singgah ke pasar... nak beli sayur & bahan2 untuk buat Nasi Goreng Cina & Paprik Campur. Sambil2 aku membelek kobis bunga, datang sorang anak sekolah, terus ke arah tokey kedai sayur tu.. Terus tokey kedai tanya.. "Ha.. dapat berapa?"... Kemudian si anak sebut.. "1A, 2B, 2C". Tokey sayur tu pandang ke arah anak.. "Tak boleh harap! Makan banyak.. tapi tak pandai!". Aku perati anak sekolah itu. Tak nampak gemuk pun.. ensem & comel je.. Kemudian anak sekolah tu garu kepala.. yang aku pasti tak gatal.. cuma tindakan refleks dari komen si ayah tadi.

Aku sambung pilih sayur.. mereka sembang.. riuh sepasar.. bersahutan pembantu2 pasar yang rata-rata mereka "mentertawakan" dan "menyampaikan" result anak sekolah tu.. Tak ada satu pun yang memuji ataupun memotivasi. Semuanya ketawa. Bunyi sinis. Sedangkan mereka2 itu (read:PATI) .. entah habis sekolahnya entah tidak.. Hmm....


Kemudian anak sekolah tu capai semula kertas keputusan dari ayahnya. Katanya "nak balik lah ayah..". Kemudian si ayah kata.. "takyah lah balik rumah dah.. pegi la main lagi..!". Secara refleks, aku terus menoleh ke arah tokey sayur tu. Tapi aku tak ingat, bagaimana ekspresi wajah aku.. harap2 aku tak jeling dia.


Ayah dan ibu...


Walaupun kecewa dengan keputusan peperiksaan si anak.. terimalah dengan redha. Sekurang-kurangnya, hargailah usaha anak itu untuk belajar.. walau sedikit mana pun.. itu adalah usaha. UPSR itu hanyalah satu titi kecil.

Kawan sekolah menengah aku, Penilaian Darjah Lima (nama zaman sekarang adalah UPSR) nya tiada A, dapat nombor tak pernah kurang dari 30 (dari 35orang murid) di dalam kelas. Tapi, sekarang ni sudah pandu Toyota Camry, rumah SemiD.. ada business sendiri.

Langkah si anak baru bermula.. siramlah dengan doa, pujuklah dengan motivasi, jangan diracun akarnya... Well.. it's just UPSR anyway...

Maaf, entry ini sedikit emosi... Cuma hanya ingin berkongsi pendapat dan rasa.. Nantilah, kalau aku rajin.. aku kongsi cerita sedih aku zaman sekolah2 dulu..




Salam kasih.

p/s: kalo aku jadi anak sekolah itu, betul2 aku tak balik rumah agaknya...!!


Thursday, November 19, 2009

Coba Kau Coba


Masa Ramadhan yang lepas, aku ada meluahkan tentang kesungguhan aku mencari kuih Talam Keladi Berlauk di seantero Pasar Ramadhan yang aku nampak.. Malangnya sampai sudah... nan ado uolss...!! Akhirnya dengan berbekalkan resepi yang aku letak kat entry dulu tu.. aku gagahkan diri, untuk mencoba... Bermotivasikan kata2 dari FaizalTahir.. "coba kau coba.... coba kau coba....." lalu aku pun terus mencoba..



Semuanya tangkap muat jer.. rumah aku mana ada loyang untuk kuih talam segala... jadi aku masukkan semua adunan tu dalam bekas kek mysis.. & kukus mengikut dari ajaran dari resepi dari entry hari tu.. Full of bawang goreng & cili merah potong... *meleleh air liur bila teringat kenangan terindah membuat kuih nih... aduh.. nasib baik tak preknen.. kalo tak.. sian nanti baby akak meleleh ayaqlioq sentiasa, kan? Ekekekekeke...



Beginilah jadinya bahagian yang dah dipotong dalam saiz manjer2 untuk individual portion.. dituang dengan sos cili DIY yang tak berapa nak menjadi rasa aku... kena belajar buat sos lagi nih.. Mereka2 yang makan.. kata sedap.. Alhamdulillah...

Aku menarik napas lega.. mujur takda yang kena food poisining lepas makan talam keladi berlauk tu.. Nasib baik takda yang komplen.. lagi depa rekuest buat time raya ada ler.. hehe.. Kalo ada sesiapa yang berminat nak try... boleh check kat entry yang ini ye... .Silakan... :-)

Wednesday, November 18, 2009

Text Dari Alien


Aku dah lama nak buat entry pasal ni.. dan macam2 style entry sebenarnya aku boleh buat. Marah boleh, kutuk boleh, geram sekali pun.. aku boleh buat.. Kalo ikut keadaan, semuanya boleh.. Tapi, sebagai seorang yang telah dihantar ke sekolah oleh mak bapak sejak umur 6 tahun lagi... aku tau, segala tindakan bercampur emosi adalah tidak baik... no.. no.. no.. no good!! Hiks!

Jadi.. entry kali ini akan aku akhiri dengan serangkap persoalan. Persoalan yang muncul dari fikiran aku bila keadaan ni jadi.. Dan kalo rajin.. korang bolehlah bagi jawapan pada persoalan aku ni ye...


Kisahnya begini...


25hb bulan lepas, sedang aku lepak2 riang ria selepas sarapan pagi di depan tv dengan kakak& kazen aku sementara menunggu waktu nak keluar bershopping, aku dengar bunyi sms masuk. Aku pun amik la telefon, dan tengok sms dari no. alien.. Nombor alien tu maksudnya nombor yang tak ada dalam phonebook aku.



Aku pun bukak baca... terkejut gak.. kenapa titiba ada message nih.. bila baca.. aku dapat agak dari sapa.. tapi ... aku cuma la la la la la la la la.. & gelak.. Kakak & kazen aku tanya kenapa? Aku terus pass phone aku.. bagi diorang baca text tu.. dan diorang macam pelik.. then gelak.. Text itu aku ignore. Ayat terakhir text itu adalah.. "jangan jadi barang lelong plak nnt". Duhhh!!



Aku pun sambung baca paper.. sambil nengok tv.. kemudian masuk lagi satu text. Dari nombor yang sama... Aku baca... "Dimane hero?" .. kendian aku gelak.. sambil aku bayangkan Superman baru lepas mandi & tukar uniform sambil menyidai sepender merahnyer..!! hahahahahaha...


Kemudian, text bunyi lagi... untuk kali ketiga.. Aku baca. Reaksi aku sama.. lalalalalalala, gelak.. kemudian aku passkan pada kakak dan kazen aku.. Ayat pertama dalam sms tu berbunyi "Lelaki suka test perempuan bgaimana untuk djadikan isteri... ". Haiyooo!!! Hehe..

Aku tak peduli dengan ayat2 yang ada dalam text tu.. lelong ke, keluar malam ke, lelaki ke, bebas ke.. Aku tidak emosi. Tak rasa apa pun.. Cuma yang aku herankan adalah.. sms tu dihantar oleh seorang yang katanya, baru berkahwin sebelum Ramadhan, di waktu pagi, di hujung minggu.. !!!???

I wonder... apa yang buatkan dia teragak nak hantar text pada aku di awal pagi begitu..? Adakah dia bermimpi aku malam itu? Adakah dari lepas solat subuh hingga ke jam lapan lebih begitu.. dia duk teringat kat aku? Bukankah perkahwinan itu masih lagi dalam mood berhoneymoon... kenapakah aku yang ditext SAMPAI TIGA KALI BERTURUT TURUT di waktu pagi sebegitu? 8.38 a.m? 8.46 a.m? 8.53 a.m? Umang aiii!!!!!



Owhhh.. tedah....!

Tuesday, November 17, 2009

Tulis Dari Hati


Ramai jugak kawan2 yang tanya kat aku.. kenapa dah tak kerap update blog macam dulu.. Aku cuma jawab, aku busy.. memang betul pun aku busy.. dengan kerja, dengan study, dengan personal life. Aku ingatkan masa cuti semester (yang tak sampai sebulan) yang lepas.. nak jugak aku menulis entry banyak2 dan buat scheduled entry, dalam sehari ada 2-3 entry auto published, tapi lain pulak jadinya.. Aku jadi sibuk dengan urusan peribadi.. ke sana ke mari.. hinggakan kadang2 cuma dapat tidur malam untuk 2-3 jam sahaja..

Tadi, aku online chat di facebook. Ternampak kawan aku ni.. yang amat jarang sekali online.. dan sekali lagi.. aku ditanya soalan begini..


why u kurang update your blog nowadays?



Sebenarnya aku dah hilang rasa untuk menulis. Aku dah tak tau nak tulis apa.. Hilang. Dan tadi baru dia sedarkan aku semula.. yang selama ni aku selalu menulis dari hati. Ye.. nak update blog perlu ada hati, ada perasaan.. kalau takda rasa.. jari jemari akan jadi kaku di keyboard. Tak bergerak. Beku. Seperti biasa.. aku selalu kalah dengan kawan aku ni.. dia yang mampu baca hati aku. Selalu. InsyaAllah.. aku akan rajin menulis lagi... dari hati.



Salam kasih.

Sunday, November 15, 2009

Masih Menunggu


...biler ler.... nak ujung bulan nih...






...he he he... layan...!!

Friday, November 13, 2009

Tinggal Dua Semester

Alhamdulillah.. result untuk final exam semester lepas dah di'publish' di website 'sekolah' aku jam 6 petang tadi. Saspen... sebenarnya.. Bila bukak tu.. perasaan bercampur baur.. ada rasa sedih sebab satu paper tu resultnya agak sedih.. nasib baik yang lain tu adalah berbaur ceria.. jadi boleh dua keceriaan itu boleh meng'cover' rasa kesedihan itu..

Dan Alhamdulillah.. result semester ini secara keseluruhannya lebih baik dari semester yang lepas.. dan aku harap CGPA aku semakin baik untuk 2 semester yang akan datang, mudah2an.. Aku cuma ada 2 semester sahaja lagi... can't wait actually.
Semester ni, akan lebih fokus pada 'specialization' aku untuk program ni.. with one elective subject that is Financial Analysis for Strategic Decision Making.. which requires me to become ... AHLI NUJUM PAK BELALANG... !!!




Salam kasih.


Tuesday, November 10, 2009

Rasa Itu


Rasa itu
Yang beri semangat
Yang beri erti hidup

Rasa itu
Yang sentuh hati
Yang sentuh jiwa

Rasa itu
Yang telah pudar
Yang telah hilang

Rasa itu
Kembalilah
Sebelum aku terlupa
Rasa itu apa..



Salam kasih.

Monday, November 9, 2009

DIkNa & Fesbuk


Jumaat lepas, seperti biasa.. aku amik Dikna, overnite kat rumah aku tiap hujung minggu untuk tuisyen dengan mySis. Biasanya weekend adalah masa untuk aku mempertimbangkan segala permintaan/request dari Dikna.. kalo approve.. dapat ler dia.. kalo idak.. senyap je lah dia..

Minggu ni request dia berbeza dari minggu2 yang lain.. nor shopping neither tengok wayang watsoeva.. Minggu ini.. request agak berbentuk keremajaan iaitu..

"tolong..buatkan FESBUK untuk Dikna.."


Alahai.. budak kecik ni nak fesbuk pulak.. Email account pun takdek lagi.. Sebagai seorang kakak yang memahami kehendak anak2 yang meningkat remaja ini... **blur semenet** aku pun setuju. With one condition.. segala email dan fesbuk ID adalah dalam perhatian aku. Aku create email ID dia.. create FB ID dia segalanya aku buat..

Mana ler tau kan.. ada pulak AvangBlack ke.. AvangYaAliBaba ke.. yang try nak ngorat dia kang.. ajak gi oversea ke.. suh bawak beg Barbie yang memusykilkan ker... aku gak yang menagih tak berayaq mata nanti kan...!!! Tak pasal2 jer kan.. Cuba tengok kat Buletin Utama Jumaat lepas... orang2 dah besar panjang pun bleh kena .. inikan pulak budak kecik cam dia nih...

Jadi, aku akan bertindak menjadi biro penapisan fesbuk dan email DikNa.. Bila selesai aku create ID Fesbuk tu.. dia pun pilih gambar mana nak letak.. type ler apa2 jer info yang dia nak letak.. dan segalanya... Bila dah selesai.. aku pastikan informasi yang mendapat izin penapisan fesbuk dia jer yang terkeluar kat fb.. which at the moment aku masih belum gunakan kuasa penapisan at the moment.. phewww.. nasib baik...

Walau bagaimanapun.. yang akak tak bleh tahan tu.. bila dia letak nota "Diri Ku" kat fesbuk dia . Kat FB aku pun takda nota.. Notanya berbunyik..

saya seorang yag ceria . sya mempuyai kawan baik. namanya iyalah wxxie,faxxh,nxxin,naxxxya,dan axxa. saya seorang yang pandai bergaya. saya suka mata pelajaran bm,bi, dan psv.hobi saya berenang , menonton tv dan melayari intenet.saya suka warna pink sya suka al.

Pengakuan jujur dari seorang kanak2 berusia 9tahun.. typo itu adalah perkara biasa.. tapi salah ejaan tu.. aku sedikit nak silambam jer dia...!! Dush! Yang tak bleh tahan tu.. "saya seorang yang pandai bergaya" katanya... hahahaha.... akak gelak giler okay..!! Kemudian 3 perkataan yang terakhir itu... "sya suka al". Aku ingatkan typo dari seorang kanak2 umoq 9 tahun.. ataupun al tu adalah watak katun kat Disney Channel ke.. Astro Ceria ke.. tak pun katun alihbahasa TV9... Aku pun tanya dia.. al tu apa? Jawabnya.. "al tu adalah Al-Ghazali anak AhmadDhani tu.. yang nyanyi aku bukanlah supermen tu..".

CikTipah.. bolehlah korang join.. gi konsert sama2.. sorang minat anak.. sorang minat bapak.. ekekek.. Cemana pun... aku telah terdiam beberapa saat..! Terkenang zaman dulu.. dalam umoq2 dia jugak lah.. aku suker kat Shahrul Anuar Zain lagu Kuda Kepang tu...! Kemana tumpahnya gravy kalau tak ke mashed potato ye dak? hiks!


gambar dari google image

Inilah AlGhazaliAhmadDhani yang menjadi pojaan hatinyerr.. bukak youtube video clip diorang.. tersengeh2 jer minah tu .. bukak youtube lagu Munajat Cinta Dewa19 pun.. sengeh2 jugak.. bahaya nih.. Gi besday party anak kawan aku.. main musical chair berbackgroundkan lagu Supermen tu pun.. dia sengeh2 sambil keliling kerusi tu... wahhhhh!!! Angau sudah... Tapi dalam hatiku berkata... bleh tahan jugak taste mu ini Dik... hehehehehe...



Gambar dalam fesbuk dia.. nampak eksklusif ala2 gaya ekuestrian yang tak sempat nak tukar seluar tido terus naik kuda , kan? Macam ala2 anak hartawan jer ko dik kan....?? Padahal kalo lah orang tau yang sesungguhnya dirimu itu sebenarnya menunggang kuda-Taman-Tasik -Titiwangsa-yang-sekali-pusing-bayar-RM1 ... mesti depa gelak kan??? Hiks!

Dikna cuba meng'add' Al-Ghazali ini untuk menjadi kawannya di fesbuk... yang sekarang ini masih berstatus "awaiting for approval"... berjaya atau tidak? Aku pun sedang nebes menunggu.. hehe..




Salam kasih.

Saturday, November 7, 2009

The Lucky Laki


Sekarang ni ... di mana2 pun.. budak2 suka nyanyi lagu ni... lagi dari anak2 Ahmad Dhani.. Teringat zaman aku kecik2 dulu... kami sibuk dengan Anuar&Ellina.. Kain Pelikat... Kuda Kepang etc... Zaman aku dulu.. kalau ada persembahan kanak2... nyanyiannya lagu kanak2 .. bukan macam anak2 sekarng ni.. duk nyanyi lagu putus cinta..kisah cinta itu dan ini.. sedangkan apa itu cinta pun.. diorang tak berapa nak faham sebenarnya...

Dikna pun suka betul dengar lagu ni.. duk masuk Youtube tengok video clip setiap kali dia online..




Ada cerita disebalik TheLuckyLaki ini... something got to do with this band.. + Dikna... + FB. Aku terkesima semenet... lepas tu.. gelak.. lepas tu.. teringat zaman kanak2 dulu... Nampaknya.. kuah telah tumpah sedikit ke dalam pinggan.. adeihhhhh!!! hehe...

Enjoy the video ya... !



Salam kasih.

Thursday, November 5, 2009

Istikharah & Aku


Solat Istikharah, basically adalah solat yang dikerjakan untuk mendapat petunjuk bagi mencari pilihan yang terbaik. Misalnya nak pilih sama ada nak pindah rumah atau tidak, pilih nak beli kereta Honda City ataupun Vios (ada kawan aku pernah cerita tentang hal ini), tentang jodoh.. nak pilih encik A atau B, nak pilih kursus apa di universiti dan sebagainya.

Untuk dapat info lebih lanjut tentang Solat Istikharah ni.. sila google ye.. ataupun rujuk pada buku2 yang ada di pasaran.. akak tak arif sangat.. takut nanti ada yang tersilap atau tersasul..

Cuma yang boleh aku kongsikan adalah tentang pengalaman aku. Cerita kisah aku dan Istikharah. Ceritanya begini..

Perhubungan kami makin rapat. Aku rasa tambah sayang kat dia. Hati dia.. hanya Tuhan yang tahu.. tapi aku dapat rasa yang dia sayang kat aku jugak. Sebab bak kata entry hari tu... yang aku tangkap imej dari Mimpi Berat hari tu.. 'Cinta itu kita tak cakap, tapi kita buat'. Dan aku nampak banyak yang telah dia buat... yang kami buat untuk menunjukkan cinta. Bak kata lagu Nurul&Ajai... begitu sherashi bershama.. Hiks!


Jadi satu malam, usai solat Maghrib, aku teringin sangat nak buat solat Istikharah. Aku nak kepastian, sama ada betul kami ni berjodoh. Jadi dipendekkan cerita.. sebelum tidur, aku solat Istikharah dan basically berdoa untuk mendapat petunjuk dari Allah tentang hubungan aku & dia.

Pada malam tu.. aku bermimpi. Dalam mimpi tu, aku berjalan2 dengan dia.. dan sampai satu tempat, kami berhenti. Aku berdiri sebelah dia dalam mimpi tu. Tiba2 arwah mak pegang kedua2 lengan aku.. kemudian ajak aku berjalan pergi dari dia. Dalam hati aku kata.. "eh.. tidak.. itu dia.. itu dia..". Kemudian, mak bawak aku jalan, sambil tangannya masih memegang lengan aku, seperti diseret aku.. dipaksa berjalan meninggalkan dia.. Mak letak aku disebelah seorang lagi lelaki.. which i dunno who.. tak nampak muka. Lepas letak aku berdiri di sebelah lelaki tu, mak berlalu pergi. Dan kemudian aku terjaga..

Mulanya aku bersifat denial.. macam tak percaya dengan mimpi tu. Bagi alasan pada diri sendiri. Tapi, sebenarnya.. selepas tu.. hubungan aku & dia semakin jauh.. makin 'panas'.. hingga akhirnya aku & dia break off. Betullah... dah diberi petunjuk yang dia bukan untuk aku dan aku ini bukan milik dia..

Sampai sekarang, aku masih ingat mimpi ini... dan sampai sekarang.. lelaki itu masih lagi misteri..

Entry ini adalah pandangan peribadi dan pengalaman aku... Selamat Menyambut Malam Jumaat dan Hari Jumaat yang mulia ini ye... Wallahualam.



Salam kasih.

Wednesday, November 4, 2009

Kerna Bulu Kaki


Salam everyone.. lama dah tak menulis. Dah masuk bulan baru, kan? Selamat menyambut bulan November ye.. Azam tahun 2009.. dah berapa % pencapaiannya? Aku pun tak ingat.. apa azam aku untuk tahun ni.. rasanya macam takda... Sebab, mengikut pengalaman diri sendiri.. jarang bebenor rasanya azam tu berjaya dilaksanakan.. azam lebih kepada angan2..

Itu dia intro yang takda kena mengena dengan benda yang aku nak cerita... kalo exam.. dah tolak markah neh... Adeihhhh...

Sebenarnya aku nak kongsi kisah dialog antara aku dan Dikna.. Masa tu kami tengah duk makan kat Johnny Restaurant.. sambil menunggu sup mendidih dalam periuk stimbot tu.. aku pun sembang2 lah dengan Dikna.. hal sekolah.. hal klinik.. hal mainan.. hal family.. etc.. titiba dia tanya aku..



Dikna : bla.. bla.. bla.. bla..... dah lama Dikna tak jumpa Uncle AAAA.
Aku : Adeihh.. Dik.. takyah lah Dik.. kisah lama tu..

Dikna : Ye la.. Dikna suka dia... (bley????)... dia tak macam Abg. XXXX. Dikna tak suka Abg. XXXX yang dulu tu... (sambil cebik bibir..)

Aku : Kenapa ?

Dikna : Sebab dia ada banyak bulu kaki. Banyakkkkk..... bergulung-gulung.. Dikna tak suka!!!

Aku & kakak aku secara berduet gelak.. gelak.. dan gelak... tak sangka Dikna perhati sampai begitu sekali... Dan tak sangka.. restu dari seorang adik itu boleh hilang.. hanya semata-mata kerana BULU KAKI!!! Hahahahahahaha...


Dikna... Dikna... love is not a matter of BULU KAKI yang lebat dan bergulung2 dahling... Nasib baik la... tak jadi.. Kalo tak.. harus hari2 kena sound cukur bulu kaki...!! Hahahahaha.. Lepas ni.. untuk future hubby.. aku kena tanya soalan dulu... "Bulu kaki you lebat tak...?"... mungkin masa date yang ke-5... hahahaha



Salam kasih.

Thursday, October 29, 2009

2 Ladies, A Gentleman and Satay Station


Tu dia.. tajuk macam buku cerita kononnya.. hiks! Sebenarnya nak bercerita tentang keluar gi dinner... Selasa lepas, kami (Addy, my sis and I) ke Satay Station, Jalan Kg Pandan. Mujur orang tak berapa nak ramai.. selalunya full house.. Mungkin sebab dah penghujung2 bulan.. jadi kurang customer.. Dapatlah kami duduk kat area dalam rumah Satay Station tu.. Sembang2 sambil makan. Suasana yang nyaman dan santai. Sekejap bersila, sekejap bersimpuh, sekejap melunjur kaki sambil bersembang itu dan ini..


Satay: Ayam, Daging atau Hati. Pilih saja, tanya selera..


Mee Rebus yang mabeles..!


Jus epal + asam boi.. yang paling popular di SatayStation


My sis and I. This is her first satay after CABG aka OpenHeartSurgery.
She only had 2 sticks of satay ayam. Okay ler.. sekadar nak rasa.. :-)


with Addy

Cubalah ke SatayStation Jln Kg Pandan kalau teringin nak makan satay & mee rebus sambil bersantai. Dapatkan seat di dalam rumah.. suasananya lebih selesa, santai dan nyaman... tak sedar masa berlalu. Banyak dah blog yang tulis tentang tempat makan ni.. lebih2 lagi bila dah pernah keluar dalam rancangan TV3, Jalan Jalan Cari Makan.. Cubalah...! :-)


Salam kasih.