Wednesday, May 27, 2009

Adehhhh!!


Bila sesuatu itu menjadi sebuah rutin, kadangkala kita lakukan tanpa kita sedari. Dan bila sesuatu yang rutin tu tak dibuat, akan timbul rasa kekok dan janggal.

Macam yang jadi kat aku hari ini. Selepas selesai urusan kerja, aku akan memandu terus ke satu tempat ni. Untuk temujanji. Satu rutin harian. Yang aku lakukan secara sukarela dan rasa bahagia. Dan bila dah 3/4 perjalanan, aku akan hantar text, bagitau yang aku dah sampai. Itulah rutinnya.

Hari ini pun.. bila dah habis selesai kerja di ofis, aku terus ke arah kereta. Start enjin.. dan teruskan perjalanan seperti biasa.. ke lokasi rutin.. Dah separuh perjalanan .. hampir sampai di hadapan IJN tadi.. baru aku tersedar.. tidak ada janji untuk bertemu hari ini.. Kesuntukan masa.

Bila dah sedar tu, aku drive terus ke bulatan Pekeliling.. dan buat U-turn, untuk balik ... hahaha... Macamana boleh terlajak nih... dan ini bukan kali yang pertama.. hahaha..

Adehhhhh!!!




Salam kasih.

6 comments:

Edzlin said...

hehe tapi kalo dah rutin, memang kekadang leh berlaku

adibah said...

edzlin,

betul! betul! betul! :-)

Ana Ali said...

sometimes routine makes our life mundane, check out the variety in life dearie..jangan kerana yang satu..ko lupa untuk meluaskan pemandangan di sekeliling mu itu...

p/s aku cuba juga...

adibah said...

Ana, I'm trying my very best to get rid of routine.. wish me luck, okay?

U take care too..

KM said...

alamakkk!!

adibah said...

KM,

hahahaha..