Thursday, May 28, 2009

Entry ke 643


Ini adalah entry yang ke 643. Banyak ke? Aku rasa takda lah banyak mana pun.. untuk blog yang dah nak masuk umur 2 tahun.. 643 entry tu adalah biasa. Sebab aku bukannya rajin update blog, ada 3-4 entry untuk sehari macam blogger ni.. Ikutkan aku ni.. bila ada banyak idea, banyaklah entry blog ni.. tapi bila takda idea, terus tak ber'update'.

Kadang-kadang, ada banyak sangat idea. Macam2 yang nak dikongsi. Nak dicerita. Nak diluahkan. Nak disampaikan. Dan ada kalanya tu, takda idea langsung.. jadi buntu. Pandang je kat skrin, tapi rasa kosong. Nak mula menaip pun takda idea.

Kadang-kadang jenuh fikir... "nak update apa ya.."? Cerita pasal makan2? Mmm aku jarang gi makan2 lately, kala tak masak, aku akan tapau je food kat mana2. Tentang pergi berjalan2? Aku lama dah tak jalan-jalan. Minggu depankan final exam.. cemana nak berjalan.. Tentang isi hati? Ada masanya susah nak luahkan.. Sebab, kalau nak luahkan rasa dalam hati, sebelum menulis kena fikir 1000 kali. Kena jaga bahasa. Kena jaga hati. Tapi kalau dah emosi.. blasah jer.. lepas tu.. lu fikirlah sendiri!!! Hehe...

Aku nak tulis puisi? Aku memang minat puisi ni sejak sekolah lagi.. Aku minat penulisan. Time sekolah2 dulu, aku rajin baca novel, cerpen, puisi. Tapi aku bukan student aliran sastera. Jadi, aku takda ilmu penulisan. Aku cuma try tulis puisi kat blog ni (yang sebenarnya lebih kepada luahan hati). Ada sorang kawan sekolah aku, yang kali terakhir jumpa dia tahun 1991.. mmm dah 18 tahun lost contact, terjumpa semula kat fesbuk..thank you fesbuk. Katanya;


aku ingatkan ko kerja bab tulis menulis ni.. kan ke dulu ko suke gile puisi2"

InsyaAllah, nanti aku cuba tulis puisi lagi..kalau datang mood dan kena pada situasi. Cuma Temanku, dia kata dia payah nak faham puisi2 ni. Lirik lagu pun dia tak leh nak faham. Hehe. Nak buat macamana... Temanku seorang saintis. Mungkin untuk dia faham puisi tu sama susahnya macam aku nak faham Fizik, Kimia & Biology zaman sekolah2 dulu.. Hehe.


Salam kasih.

p/s: kalau 143 = I(1) + Love (4) + You (3); 643 pulak apa ye?


10 comments:

adie said...

tahniah untuk anda! kira percapaian yg hebat juga tu.

h4ni3 said...

643 = adibah (6) + love (4) + you (3)
hahaha.. terer tak kiraan matematik saya? :P

adibah said...

Penyubiru,

terima kasih.. tapi penyubiru nih lagi hebat!!

adibah said...

hanie,

pandai!!! kurang tepat.. tapi tetap pandai!!!

kueh bakar said...

tahniah..hebat wooooooo..
tulislah puisi nanti kita buat buku!
koleksi of bloggers jilid 1

adibah said...

kuehbakar,

terima kasih... :-)

Ana Ali said...

ahahah.. there's a poet in everyone of us, kerana sesugguh nya jiwa manusia itu halus dan mudah tersentuh, cuma terpulang kepada kita merealisasikan nyer..cam aku gak..kenkadang terkeluar gak kupuitisan itu

adibah said...

Ana,

betul.. setuju.. yang beza cuma cara kita meluahkan puisi..

KM said...

tahniah.

Ana berpuitisan? kakakkakakkaaka hahahhahhaahaaa

adibah said...

KM,

:-)