Kadang-kadang kalau pergi mana2 kenduri kahwin ke, kenduri doa selamat ke, kenduri arwah ke, tuan rumah akan bagi satu set makanan untuk ditapau sebagai BERKAT. Sebabkan kampung aku tu namanya Kg. Jawa dan memang tempat komuniti Jawa (aku rasa family atuk/nenek aku je yang Minang), aku tau la jugak tentang benda 'berkat' ni. Kalau yang tradisional tu, tuan rumah akan hidangkan Nasi Ambeng & tetamu akan tapau nasi ambeng tu, bawak balik umah & share dengan family.
Berkat selalunya dalam bentuk macam ni. Yang ini adalah nasi minyak + ayam masak merah + acar timun+nenas yang ada orang panggil 'jelatah'. Nampak sedap je nasi minyak niihhh...
Tapi yang ini, bukan berkat, tapi ada orang sedekah kat masjid tempat Temanku solat Jumaat tadi. Selalu aku dengar orang sedekah pisang kat masjid, tapi kali ni qariah sedekah nasi minyak pulak. Temanku bagi kat aku, suh bawak balik... Alhamdulillah.. boleh gak aku makan untuk dinner nanti. Semoga Allah kurniakan keberkataan dan makbulkan segala hajat dan impian orang yang memberi sedekah ini.. insyaAllah. Amin...

Salam kasih.
8 comments:
alaaa...tunjuk pastik je ke? isi dalam tarak?
nok sok2 mintak laa temanmu ittew amik lebih sket :p.
semoga di Berkati Allah....
biasa makan nasi ambeng, tapi tak tau sangat pasal jawa ni.
ciktipah,
Mana bleh tayang isi dalam.. tayang luaran je cukup lah.. nanti teruja pulak! hahahahaha
Zuer,
Amin... bila nak hapdate blog ni beb?
edzlin,
akak pun tatau jawa neh.. setakat sepatah dua kata je.. :-)
Aminn..
KM,
Amin... :-)
Post a Comment