Monday, May 11, 2009

Tiada Jalan Terus


Aku rasa sekarang ni ramai anak-anak sekolah yang tengah tungkus lumus nak prepare untuk exam kan.. mid-term exam sebelum startnya cuti sekolah 2 minggu awal Jun nanti. Dan selalunya parentslah orang yang paling risau sekali. Aku selalu dengar member2 duk ngomel kat office "Anak aku tu.. dia nak exam.. nampak rilex je... aku pulak yang nervous..".

Aku tengok budak2 sekarang ni, banyak yang sibuk kejar A, berbanding dengan zaman aku dulu.. which aku rasa sama je zaman korang dengan zaman aku, kita dah dapat B pun rasa sangat happy. Masa SRP (PMR) dan SPM orang cuma tanya soalan "Berapa Aggregate??".. tapi sekarang ni orang akan tanya "Berapa A?". Itu adalah lumrah hidup. Cara zaman sekarang. Jadi tak hairanlah hingga ada yang sanggup bunuh diri sebab tak puas hati dengan keputusan peperiksaan.

Macam officemate aku, anak daranya berkurung dalam bilik, sehari semalam, tak makan, tak minum sebab dapat 4A untuk SPM. Peliknya...! Hidup sekarang ni penuh dengan tekanan rasa aku. Makin maju, semakin banyak tekanan.

Tapi, cuba tanya pada kita.. yang dah lama tinggalkan zaman sekolah dulu. "Zaman bila yang rasanya enjoy sekali?" Mesti jawapannya zaman sekolah, ataupun zaman di kolej ataupun zaman universiti. Sebab zaman tu, peningnya hanya pasal study, assignment dan exam. Kalau sekarang, dah kerja.. peningnya datang dari pelbagai sumber. Macam aku yang study & kerja dalam masa yang sama.. lagilah.. DOUBLE PENING!
Tiada jalan terus.
Sediakan payung sebelum hujan.

Tidak ada jalan terus dalam hidup untuk berjaya. Bayi yang lahir tu, bukan terus pandai berlari dan berkata-kata ... perlu belajar makan (menyusu), meniarap, merangkak, berjalan dan akhirnya barulah pandai berlari. Dalam belajar itu, pernah tertonggeng, tergolek, tersadung dan tersungkur. Anggaplah exam tu sebagai pembuka untuk meneruskan perjalanan hidup yang sangat demanding, mencabar dan penuh warna warni ini. Janganlah kalau kalau gagal dapat A, rasa sangat hampa dan kecewa... terimalah dengan adanya..

Yang penting kita kena usaha. Usaha, doa dan tawakal. Sebab, hari-hari yang mendatang, kadangkala adalah unpredictable. Kenapa aku kata macam tu? Nantilah... aku ceritakan pengalaman aku sendiri, bila aku dah bersedia. Pengalaman aku disindir dan digelak sinis, hanya kerana kelemahan aku dalam subject tertentu. Pengalaman berpuluh tahun dulu, yang sampai sekarang ini.. terlekat dalam hati.



Salam kasih.

10 comments:

YUSRIE MOHD YAMIN said...

memang tidak ada jalan terus.
tp realitinya skrg ni ramai yang suka "shortcut" utk capai apa yang dicapai...dan shortcut itu biasanya dshortcut yg terlarang.

adibah said...

Yusrie,

Selamat datang.

Kalau shortcut, selalunya pencapaian tu sekejap je.. kan?

Nanti singgah lagi ye.. :-)

ZULKIFLI BIN MOHAMED said...

Salam petang Adibah,

kunjungan pertama aku,

apa yang dicatatkan oleh saudari memang ada benarnya, tiada yang mudah untuk kehidupan ini, tapi aku sedikit sedih melihat ada sebilangan anak-anak bangsa sendiri yang semakin "malas" untuk mencapai cita-cita mereka;

paling malang yang langsung seperti tiada arah tuju untuk tentukan kehidupan mereka sendiri.

salam kenal.

adibah said...

Salam petang Zul,

Terima kasih sebab sudi singgah.

Anak2 kita ramai yang dah 'sakit' dan mereka sangat-sangat perlukan 'ubat' dari kita untuk merawat kesakitan sebelum melarat. Kan?

Salam kenal untuk Zul juga.. singgah selalu ya..

patungcendana said...

kecemerlangan pendidikan bukan hanya terlatak pada bilangan A yang diperolehi...kan?

aku setuju...kerja sambil belajar memang sangat2 suash...aku pun buat masters masa dah kerja...rasa macam nak mati...

nasib baik habis...:-)

adibah said...

Patung,

Betul.. apa guna semuanya A tapi adab dan sopan ntah kemana. Tak pandai bermasyarakat. Hanya diam membatu sahaja.

Rasa macam nak mati itu adalah rasa aku sekarang ini.. tensionnyer... !

zino said...

anak zino pun nak ambil SPM sorang tahun ni... dia kena tunjuk kepada abang2 dia pun boleh!!!

patungcendana said...

huhuhu...aku faham perasaan tu...tabah...:-)

KM said...

jalan terus..highway utara-selatan
jalan bengkang bengkok..jalan tapah naik ke cameron highland..

betul ker ni?

adibah said...

mmmmm...