Aku nak kongsi cerita. Boleh? Kisah zaman chatting di mIRC dulu2. Back in late 90's. Dulu2 aku memang rajin chatting. Kengkadang dari terbit matahari hingga ke terbenam matahari. Rehat untuk mandi, makan, melepaskan qadzial hajat & solat je.. lepas tu.. duk tercongok kat depan pc. Kerja gila! Hahaha.
Aku pernah chat kat satu channel IPTA nih.. padahal aku bukannya study kat sana. Masuk kat channel tu pun sebab diajak oleh sorang kawan. Kemudian melekat kat sana. Ramai jugak member aku kat sana dulu.. tapi skrang ntah gi mana ntah adik2 aku tu.
Yang masih contact dengan aku sampai sekarang ni, cuma ada dua orang je. Seorang perempuan dan seorang lelaki. Masa aku kenal mereka, dua2 adalah orang asing. Hanya kenal chatting je (itupun rajin gaduh kat 'public screen') haha.. Takdir Allah, dua2nya volunteer jadi adik aku. Hehe. Takdir Allah juga.. dalam masa yang sama.. dua2 putus cinta
Aku pun.. menggunakan 'kuasa' yang ada.. (hahaha).. pukul kompang. Bila berborak dengan si Dara, aku cucuk jarum tentang si Uda. Dan bila aku chat dengan si Uda, aku tanyakan pasal si Dara. Bukan senang kerja menyucuk jarum ni ye.. tapi berjaya juga aku 'mengayat' mereka ni.. hehehe.. Alhamdulillah.. akhirnya, mereka bersatu juga..
Tak sangka dah 4 tahun dah diorang berkahwin.. dah ada sepasang cahayamata yang comel.. ! Tahniah untuk Dr. Hanie & Jamal. Dan aku sangat terharu, bila baca reply comment di blog diorang ni..
h4ni3 said...
Happy sangat, sebab berjaya membantu sepasang kekasih membina masjid. Alhamdulillah... Menjadi jugak aku match make orang ni kan?? Hiks!
Salam kasih.
24 comments:
terer gak kau ya...:-D
Wahh.. ini dah kire special entry ni. Malu I!! hehehe (*blushing*)
Yup.. true.. kalau dah jodoh kan.. tapi kalau tak ada Kak Mimi, tak jadi juga ;)
Buat Kak Mimi.. Jasamu kami kenang sepanjang hayat.. Doakan jodoh ini berkekalan selamanya..dan sehari selepas selamanya :D
PatungCendana,
Kebetulan kot.. Kau nak aku jadi match maker jugak ke? Hahaha..
*browse carik calon untuk PatungCendana. Hiks!
tahniah kerana terbina nya sebuah masjid... kenalah praktikkan kat org lain pulak hehe
Hanie&Jamal,
Sebenarnya dah tulis panjang2..tapi dah diedit. Terus sampai ke conclusion je.. Hehe.
Sila cari calon untuk akak sekarang! LOL.
Semoga bahagia hingga akhir hayat..
bila ko nak match aku plak nok? hikhik.
Zino,
InsyaAllah.. sebenarnya, ini bukan pasangan pertama dan terakhir. Kat office pun ada jugak..
Masjid sendiri je belum terbina lagi.. :-)
ciktipah,
Kan aku dah lama aku serahkan M.A. kepada kau nok... pandai2lah kau jaga dia.. <-- statement kamikaze nihh
*larikkkkk!!!!
terer tererrrr...
nak guna khidmat laaaaaaaa
bagus bagus bagus :)
patotlah ko tanya aku pasal IRC hari tu ek? tp siyes masa tu sgt best layan IRC kan? aku duduk berejam2 dekat cc masa tu.. huhu!
Hehehe.. BERATnya conclusion itu..!!
Nanti kita pukul canang la..
"Wahai rakyat Malaysia sekalian.. barang siapa berhajat untuk berkenalan dgn Miss Adibah yang baik hati... bla bla bla.. (ayat sambung sendirik.. kekeke)
tak sayang molot!!!!
aku nak MB ke MC ke MD atau ME laaa.
kuehbakar,
kita matchmake sendiri nak? ekekekekeke <-- statement tsunami nih.. hahaha
KM,
yea KM... mereka ini adalah junior2 kamu di universitas dulu.. yearssssssss junior than u.. :-)
Cok,
Betul cok.. layannnn giler IRC beb..!
Hanie,
hahahahah.. teruskan usaha anda! :-)
ciktipah,
kasik settle MA dulu.. kalo dah boleh settle, baru proceed to the next alphabet okay..! :-)
sejarah kat ukm dulu, ada satu mamat ni classmate i la..dia minat tu kat satu minah (classmate gak)...then ada lah satu guy lain tolong sampaikan keminatan mamat tu kat minah tu...minah tu jawab kat guy utusan tu..nak jadi pakwe dia mesti putih, tinggi dan kaya...malang sungguh satu habuk pun tak sangkut syarat tu kakkakakakkaaa... teringin sgt nak tahu how the life that gal tu skrang...
KM,
cuba carik kat facebook.. boleh jumpa jugak agaknya.. :-)
wah tahniah pada pasangan tersebut. jarang nak jumpa perkara sebegini. siapa sangka, mmg akak matchmaker.hehe.
edzlin007,
akak nak buat part time matchmaker lah... edzlin jadi PI ok? (007 kan..) hehe
Kudos, you!
whoaamelli,
Thank you for visiting..! Please come again, ya..! :-)
Post a Comment