Sabtu lepas, ada kenduri besar di Kem Herba, Sg. Congkak. majlis sambut menantu untuk dua pasang penganting, the twin brothers, Azmir&Linn dan jugak Azmi&Busrah. Jumaat sebelum tu, ada majlis rewang. Ye.. aku tak involve dalam projek kupas bawang etc, sebab keje ya.. Petang Jumaat baru aku sampai kat sana.
Hari Jumaat tu, balik je dari kerja, aku terus balik umah, kemas itu ini then straight to Petaling Street cari bunga untuk nak hias meja makan pengantin & untuk flower girl nanti. Nasib baik takda yang melahirkan rasa tak puas hati kat aku sebab aku sampai lambat.. tapi kalo ada pun... ada aku kesah? Wakakakaka..
Sampai2 aku nengok CheAh, Julie and Linn the bride.. tengah sibuk duk basuh daging untuk masak gulai for tomorrow. Aku tolong ler jugak sedikit sebanyak. Lepas tu.. amik kamera.. snap sana sini.
Nad sibuk jadi logistic manager. Glamer dia hari tu.. Macam2 request orang mintak kat dia. "Nad.. mintak besen!!". "Nad.. mintak tapisan". Nad mana itu .. mana ini.. Tapi aku senang je.."Nad.. posing sket!". Hiks!
Canggih zaman sekarang ek... dah tak pakai kayu api.. letak jer stove yang besar tu.... bagi api full blast! Jadilah kawah moden.
Tengah masak rendang. Ni dah tinggal bab mengeringkan rendang. Aku tak masuk campur pun masak rendang nih, sebab masa aku sampai.. menda ni dah 3/4 siap. Kang aku pose2 ala2 kacau2 rendang kang.. apa plak kata orang yang dari tadi tungkus lumus merendang. Gittew!
Pelamin in the making. Yang ni sekali package dengan mak andam. Yang dah siap,.. aku tak sempat nak amik gambar.
Simple tapi cantik..
Kucing-kucing suma dah diletak dalam kandang masing-masing. Duk dendiam aaa.. Jangan kaco.. Kang tak pasal2 kena gulai kang..
Yang dua orang ni ha.. takmo duk dendiam. Duk mengikut aku ke sana ke sini. Lepas tu tanya "bila Dikna nak sampai?" Berulang-ulang kali occay..! Akhirnya, bila Dikna dah balik dari sekolah, aku bawak Aliah & Aini ni ikut sekali aku gi fetch Dikna kat rumah.
Salam kasih.
4 comments:
bagus juga tu.. majlis di dalam taman.. nanti boleh plan macam juga kan hehe
Zino,
Boleh.. boleh.. nak buat kat KemHerba ni pun boleh.. harga boleh dirunding :-)
kem herba atau kem bunga nih? bila tengok pics dah jadi konpius
KM,
jadi kem bunga untuk beberapa jam je..
Post a Comment