Wednesday, May 6, 2009

Singgah Penang


Tiap kali kalau ke utara, mesti tak lepas untuk lalu jambatan Pulau Pinang ni. So, Ahad lepas kami singgah di Penang, masa on d way balik ke KL dari Jitra. Hajat di hati nak makan nasi kandar Hamedia yang dekat dengan Pasar Chow Rasta tu, tapi tutup pulak.. tak da rezeki kami hari tu..

Straight to Batu Feringgi konon2nya nak berehat tepi pantai. Tapi.. tengoklah ombak yang bukan main kuat lagi.. ngeri jugak tengok ombak ni.. terbayang tsunami yang pernah melanda pantai yang sama dulu.


Aku rasa aku pernah posing macam ni masa kecik2 dulu..
Nantilah kalo terjumpa gambar tu balik.. aku scan dan letak kat blog ni.


Lepas snap gambar ni, Dikna sibuk nak main ombak. Aku pegang tangan dia, tak lepas. Tiba-tiba ada 2 orang mamat local lalu.. then dia kata "hati-hati.. ombak kuat tu.. kena tarik sat gi". Aku pun tarik tangan Dikna naik atas.. tanpa berlengah lagi. Saspen beb..! Tak pernah aku rasa cuak macam tu..!


Keluar dari Penang guna feri, sebab at least aku boleh rehat untuk beberapa minit sebelum sambung drive ke KL. Aku terbayangkan berapa umur feri yang aku naik ni.. sebab dalam cerita Ibu Mertuaku pun ada adegan naik feri.. hmmm.. sampai bila agaknya feri ni boleh bertahan ye?


The famous Komtar


Sedang asyik memerhatikan obor-obor


Bila nampak kapal ni, terus teringat kat Adindaku yang jauh di mata.


Aku pun tak tau kenapa aku suka sangat gi Penang, mungkin sejak kecik kot.. pantang cuti sekolah je mesti gi jalan gi Penang satu family. Banyak kenangan terindah kat Penang ni. Kan CikTipah? *titiba.. hehe.



Salam kasih.

2 comments:

Mr PenyuBiru said...

oh! dah lama tak ke Penang.

restoran mamak hamedia tu ke yg tersebar melalui emel tentang harganya yg mencekik darah tu.

adibah said...

MrPenyuBiru,

Hamedia cekik darah? No lah.. rasanya tak pernah pun rasa tercekik darah.. Mungkin Hamedia yang lain kot..