Monday, May 11, 2009

Panggung Lama


Setiap kali aku singgah di ChowRasta Penang, mesti aku akan parking kat area ni yang ada banyak bangunan lama yang dah ditinggal. Tempat ini, di Jalan Khoo Sian Ewe next to the Ibu Pejabat Polis.

Antara yang menarik adalah panggung wayang lama ni. Khoo Sian Ewe Theatre, panggung Majestic aku rasa namanya. Aku rasa panggung ini dah lebih 50 tahun usianya. Sebab, bangunan ni, kalau ikut dari tandanya, dibina dalam tahun 1926.






Ada tiga kaunter tiket. Yang pertama, Kelas Satu $3.00, kaunter untuk lelaki. Yang kedua, Kelas Satu $3.00, kaunter untuk perempuan. Yang ketiga Kelas Khas $4.00. Zaman dulu, seorang hanya boleh beli 4 tiket sahaja.

Aku dapat bayangkan.. bila ditayangkan cerita-cerita boxoffice, Q nya mesti panjang hingga ke luar jalan. Teringat panggung lama di Kajang, mmm.. rasanya nama panggung tu Panggung Sun . Kalau Hari Kanak-Kanak, ramai2 beratur, jalan kaki dari sekolah, pergi tengok wayang kat panggung tu. Kerusinya kerusi kayu, kipasnya bising gedek gedek gedek, dah silap2 kena gigit pijat & nyamuk. Owh.. those were the days...!


Salam kasih.

4 comments:

KM said...

nak tengok wayang gak pls plss plssssss!!

patungcendana said...

aku tengok cerita star wars, grease, saturday nite fever, menanti hari esok, semua kat panggung lama....best...kenangan lalu... :-)

adibah said...

KM,

nak tengok wayang?? jom!

adibah said...

PatungCendana,

Cerita terakhir aku tengok di panggung lama adalah Abang92. Nostalgic kan?