Monday, May 4, 2009

Nikah & Sanding - Azmi&Busrah


Cuti panjang yang lepas, aku ke Jitra, Kedah untuk majlis nikah & sanding Azmi & Busrah. Rombongan 5 kereta ke Jitra, masing2 bergerak secara individu sebab kalau konvoi agak bahaya dan makan masa yang panjang. Kalau sorang nak melepaskan hajat, habis semua kereta kena berhenti, buang masa je kan?

Jadi kami bergerak ikut momentum sendiri. Sapa yang rajin berhenti, boleh lah berhenti selalu. Macam aku, aku suka berhenti paling banyak pun 3 R&R je.. sebab tak suka lama sangat di atas jalanraya time2 jem dan banyak keta gini...

Dan aku rasa saman speedtrap pun tak banyak sangat yang dapat dikeluarkan oleh pakpolisi sebab kereta banyak. Paling laju boleh pegi pun dalam 110km/j (within the limit, kan?) dan paling selow adalah 50km/j. Rasa nak nanges je bila kena jem nih wehh...! Uwaaa.. !!

Malam tu kat satu masjid kat Jitra ni.. telah diadakan majlis pernikahan untuk Ami&Busrah. Minggu lepas Amer&Linn nikah di Rawang kan.. kali ni giliran Ami pulak.. Kali ni, Tok Kadi tak on mikrofon.. kira kurang sikit la saspennya...


Busrah nampak tenang.. (tapi time salam aku sebelum tu.. menggigil tangan dia yang sejuk..)



Majlis membatalkan air sembahyang.
Gelang tangan for Busrah and cincin platinum untuk Ami.
I love this candid photo of them before Ami kisses his wife's forehead.


Congratulations to Azmi&Busrah..
Semoga bahagia hingga ke akhir hayat..
Welcome to our family, Bursah..!




SEMENTARA ITU.... KISAH BEHIND THE SCENE...


My auntie yang tengah-tengah tu.. with Julie and I.. (her mak andams yang duk menyiapkan dia). Her 1st attempt memakai tudung. Cantik kan? Everyone suggested that she should go to Jalan TAR more often to get new tudungs for her daily use. Hehe.


Acik (Dikna's mama) and MakPengantin (my silent blog reader). This is their 2nd pose. Sebabnya? "Nak masuk blog ke?? Mmm.. kalau nak masuk blog, amik gambar lain, nak posing dulu betul2, lepas tu tacap bagi nampak putih sket na..". Hahahahaha.. CikNa (makpengantin).. remember that.. itam manis itu adalah menawan.. dan gambar kat sini, takda tacap-tacap ye...! Hehe.


Acik, BangChik, Dikna & I.
See.. Dikna nak gak melekat kat aku ..!!
Padahal omak eh ado yo kek sobolah tu ha...
Anak sapo ntah sobonar eh dio nih..! ish ish ish


My auntie and Nad, sambil tunggu kat tepi masjid tempat akad nikah. The jemaah tengah solat Isya'. Since we already did our Jamak, terpaksalah tunggu kat tepi masjid dulu, sampailah jemaah selesai solat Isya'.

Pengantin rented 2 rumah@Taman Siswa, Bandar Darul Aman. These are the members of rumah no. 18... plus MakPengantin.. minus BangChik the kameraman & PakUsu yang tengah standby dalam keta.


Gambar cousin sister pengantin lelaki yang excited sebab dapat dua cousin-in-law dalam masa seminggu. Yeay!



Salam kasih.


8 comments:

ciktipah said...

btol laa nok. cantik ciknong pakai tudung. errr...tp anak sedara dia mcm mak ajah lak aku tgk. patut gambar ber cahaya2 suchi jer.

*larikkkkkkkkkk

adibah said...

ciktipah,

prektis nok.. perktis..!! sok nak jumpa mak mentua senang nok.. (ada ke mak mentuanya ittew) hahahahaha..

Ad said...

wah...macam nonton sinetron Mutiara hati

adibah said...

Ad,

Terima kasih dinda. Dapatkan sinetron kanda di youtube nanti ya dong! Hahahaha.. :-D

KM said...

selamat pengantin baru, moga berkekalan selama2nya.

adibah said...

KM,

insyaAllah.. mudah2an kan?

sitekateki | dD said...

senyuman tetap x lekang di bibir akak...maintain je...

adibah said...

dD,

ye ke dik? timekacih..! :-)