Sabtu dah tiba.. tugas aku adalah untuk sediakan meja pengantin & aku volunteer gak nak siapkan bunga untuk flower girl. Nama pun flower girl.. kan.. kena la ada flower. Nak dijadikan cerita, Jumaat sebelumnya, 15 menet sebelum pergi Petaling St. aku call CheAh, nak bagitau dia aku nak guna fresh flowers untuk meja pengantin instead of guna bunga plastik. Aku pun dah siap plan bunga apa nak beli, banyak mana.. cemana nak arrange etc.. Tiba2 CheAh kata "Pengantin pakai meja bulat". Aduh!!!
Kalo meja bulat, mesti ada benda pusing2 tu nak letak lauk kan? Apa nama dia eh? Dome ya?
Alahai.. lama nyer dah tak lepak2 minum coffee kat Dome.. jom Ciktipah..! Jadi, aku pun pegi Petaling St. bertemankan CikMatKhair, sebab dia dah biasa beli bunga kat kedai tu. Aku amik kelopak2 bunga okid dua plastik + bunga ros 20 kuntum + bunga apa ntah yang putih2 macam snow tu + 3 pemegang bunga untuk flower girls = RM61. Murahkan?
Aku letak kulit kayu manis & bunga lawang sebab kan ala2 KemHerba gittew. Nasib baik aku tak letak daun kari ke.. serai ke kan.. hahaha. Aku terlupa nak letak bunga cengkih sekali.. orang kata elok untuk elak semut datang dekat dengan makanan. Deco yang boleh dibuat adalah susun kelopak orkid tu keliling dome selang seli dengan rempah2 (rempah2 tu Linn the bride yang susun.. kreatif kan? Thank you Linn ...). Untuk majlis ni pengantin2 turun padang sekali untuk tolong2 buat preparation. Lagi 2 1/2 jam lagi nak sanding, baru balik rumah, untuk bersiap.
Inilah hasilnya.. simple je..
Bunga orkid yang belen2 tu, aku mintah Diyah (my kazen) susun kat sekeliling food counter untuk VIP (rombongan family pengantin perempuan). Kata Azmir.. ini bukan konsep Kem Herba.. ini dah jadi Hawaiian wedding! Hahaha..
The Penanggah Boys imported from UM. Kawan2 BangChik, 20 orang kesemuanya. Rajin betul depa nih.. Thank you, brothers.
My brothers tengah prepare things for the Pencuci Mulut kaunter. Ada cendol pulut (aku tak sempat nak rasa.. huhu), ada kuih2 Melayu.. diorang ni memang tak menang tangan. Ramai betul yang serbu kaunter diorang ni.
Hafiz, the youngest in pengantin's family. Photographer sedang merehatkan diri, cari air untuk basahkan tekak. Aku geram betul nengok D90 dia tu.. aiyohhh... bilalah agaknya nak dapat pakai DSLR ni ye..
The flower girls, Dikna, Aliah and Aini. Diorang jugaklah yang bagi gula2 for the kids yang datang.
Dua flower girls yang dah kepenatan dan bertukar kepada uniform santai. Masing2 tengah menghitung jam nak mandi sungai. Sabo beb.. tunggu abih kenduri baru mandi (tapi lepas tu hujan... mandi sungai postponed to Sunday).
Aku tak sempat nak keluarkan kamera mengambil gambar orang datang, gambar pengantin, etc. Sebab tengah sibuk duk sambut tetamu+sambut hadiah dan tunggu pengantin datang sebab nak standby budak2 flower girls yang berkeliaran ntah ke mana-mana.
Malamnya aku kepenatan giler. Tengok AF pun sampai part Hafiz nyanyi lagu KauBungaCintaku je.. lepas tu.. ZZZZzzzZZzzz. Dan tadi (Ahad pagi) ada mid-term exam untuk paper Business Law. Penatnya masih belum hilang, tapi dah nak kena fikir pasal presentation for Statistic pulak next Sunday... Gosh...
dan aku juga sedang rinduSalam kasih.