Tuesday, May 19, 2009

Nasi Lemak Buah Bidara


Nasi Lemak Buah Bidara
Sayang Selasih Hamba Lurutkan
Buang Emak Buang Saudara
Kerana Kasih Hamba Turutkan

Biasa dengar pantun ni kan? Mmm.. aku rasa ada betulnya. Ada orang yang sanggup buang keluarga, buang saudara kerana cinta yang sebenarnya ntah apa-apa. Kerana cinta yang takkan ke mana-mana. Kerana cinta yang takda hujungnya. Biar putus saudara. Persetankan apa orang lain kata. Pekakkan telinga, butakan mata, kunci suara. Semuanya kerana cinta. Cinta itu tidak buta. Manusia yang BUTA, PEKAK dan BISU kerana cinta..!!!

Buailah hati dan perasaan tu dengan cinta.. berbuailah hati.. selaju buaian Bawang Putih (kamukan suci dan murni......) asalkan nanti tak terjatuh dari buain itu.. sebab kalau kamu jatuh.. ramai yang akan BERTEPUK TANGAN dan KETAWA tanda simpati.


Maaf kalau entry ini sedikit emosi...


Salam kasih.

12 comments:

KM said...

dalam nyer makna entry nih.....

*me terpinga pinga tak faham pe

adibah said...

KM,

Dalam? takda lah.. biasa2 je..

ciktipah said...

alamak...ckp pasal nasik lemak ni teringat nasik lemak jln raja abdullah plak.

haihhhhhh...aku pun emosi laa tingat rasa paru tuh!

adibah said...

CikTipah,

Jom! Mai KL!

Ana Ali said...

Dib, Jangan yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran kan..kena belajar untuk menelan semua yang pahit kan.

p/s aku mengira setiap detik dan saat itu

adibah said...

Ana,

Betul tu, Ana. I'm happy with what I have now bila semuanya dah jelas.
Tapi ada juga orang yang sanggup BUTA, TULI & BISU kerana cinta. Pelik kan?

KM said...

tu lah kan, bab kata Ana Ali (weiii Ana...ko angguk je lah iye hehe) cinta itu adalah ubikayu, dah memang ubikayu buta, tuli dan bisu, mana la nak cari ubikayu rebus nih?

adibah said...

KM,

Ubi kayu rebus? sedapnya makan dengan kuah kicap pedas.. adoii laaa... (i know u'll eat with kelapa & gula, kan..) hehe

:: NbC :: said...

Dibah,

tersirat betul entry ni - trying my best nak paham, susah tul, hehe..

whatever it is, i hv to admit that cinta itu indah, sgt.

adibah said...

Pinky, it is a cerita tentang seseorang.. :-)

kueh bakar said...

kalo emo lagik kick dia punye poem

adibah said...

KuehBakar,

Hahahaha.. ye.. ye.. :-)