Wednesday, August 19, 2009

6 Missed Call.. 17 SMS


Suasana agak bising. Ada Hi-Tea buffet promotion di hotel itu.. 30% discount.. sebab tu ramai orang. Terlihat di skrin LCD disiarkan video klip lagu2 tempatan dan antarabangsa.

Di sebuah meja ada 2 orang wanita. Kedua-duanya lewat. Jesnita lewat 20an.. Rozana lewat 30an. Aku tak nampak makanan atas meja diorang.. Yang ada cuma dua gelas fresh oren.. Aku senyum... Yang tersenyum sekarang ni, cuma aku yang duduk berdepan dengan meja mereka, sedangkan Jesnita dan Rozana.. kedua2nya 'ketat' muka.

"Dah berapa lama u bercinta dengan dia?" tanya Rozana sambil jeling Jesnita. Tajam

"Tak lah lama.. rapat baru dalam setahun.. bercinta.. ntahlah" jawab Jesnita selamba.

"Masa u kenal dia.. u tau tak dia tu sapa?" Rozana dah berpitching tinggi.

"Tau.. dari awal lagi.." jawab Jesnita

"Dah tu.. yang gatal sangat tu kenapa? Takda jantan lain? Laki orang jugak yang kau carik?" Rozana sudah bertukar rentak. Hilang U dan I... semuanya sudah bahasa Melayu. Hehe..

"Siapa yang carik? Dia yang carik I.. Dia yang nak kenal I.. Dengan semua orang pun I kawan. Tak kisah.. bujang ke, duda ke, suami orang ke.. I kawan je.." kononnya Jesnita nak membela diri.

"Yang kau layan jugak kenapa? Kenapa nak ganggu rumahtangga orang? Perempuan macam kau ni..dah desperate sangat agaknya.. dengan laki orang pun nak menggatal" merah padam muka Rozana tahan marah.

Diam sekejap. Jesnita senyap. Sambil hirup fresh oren. Mungkin sedang mencari point. Ataupun mungkin menahan marah. Atau mungkin terkedu di 'smash' begitu.

"Apa istimewa sangat kau ni, sampai dia bercinta dengan kau? Tak cukup ke layanan aku kat dia agaknya? Apa yang dia dapat dari kau?" bertubi2 soalan Rozana.

Jesnita perhatikan Rozana. Dia diam lagi. Giliran Rozana pulak menghirup fresh oren. Haus agaknya..

"I rasa saya tak pernah ganggu rumahtangga U. Pernah ke dia tak balik rumah? Pernah ke dia hilang masa weekend? Semua masa habis dengan U dan anak2 U kan? Pernah tak I call dia masa dia di rumah? Takda kan?? Apa yang ganggunya?" Jesnita membela diri.
"Tapi.. sms kau ni... sangat ganggu emosi aku! Cuba kalau nanti kau dah kawen.. suami kau dapat sms macam ni apa kau rasa? Cuba kalau kau letak diri kau dalam situasi aku, apa kau rasa?" Rozana tanya. Suara bertukar lagi.. kali ini sebak.
"I tau.. macam ni lah kak.. kalau I kawen, I harap2 I takkan jadi macam U" jawab Jesnita, selamba.

"Macam aku? Kenapa dengan aku? Apa yang dia dah cerita kat kau pasal aku?" Rozana tanya. Pelik.
"Dia tak cerita apa.. I kalau dah kawen.. I make sure.. I akan jaga makan minum husband I.. masak dan hidang untuk family I.. I akan layan husband I dengan baik... I takkan mengarah husband I untuk buat itu ini.." jawab Jesnita.

Muka Rozana merah padam lagi. Marah rasanya... Ataupun terkenang tentang apa yang Jesnita kata tu ada betulnya.. Handphone Jesnita berbunyi.. message masuk, dari tunangnya Ikhwan. Kata Ikhwan, dia on the way nak datang fetch Jesnita. Lagi 5 menet, dia sampai.

"Macam ni lah Kak. I have to make my move now. Memang dulu I pernah sayang dia, dan I tau, dia pun sayangkan I. Tapi sekarang, I dan dia dah takda apa-apa. Kami dah putus hubungan. Mesej tu cerita lama, dua bulan lepas...I tau I salah.. I mintak maaf. Tapi kak.. kena fikir jugak... kadang-kadang tu kita kena juga muhasabah diri.. tanya apa salah kita, bila semua ni berlaku..." kata Jesnita sambil tangannya memegang gelas fresh oren.
"Kau nak ngajar aku pulak ke?" Rozana tanya. Angkuh.
"Tidak kak.. I cuma bagi pendapat.. cuma nak berkongsi apa yang I tau.. dan apa yang dia pernah bagitau I kat.. supaya boleh baiki apa yang tak betul.. for your own good jugak.. " kata Jesnita

"Hmm.. Kau janji kau takkan ada apa2 hubungan lagi dengan dia? Jangan kau nak gatal2 lagi contact dia!!" Rozana bagi amaran pada Jesnita.

Jesnita terbayang.. hari 6 missed call... 17 sms. Semuanya dari dia. Tak dibalas. Ignore begitu saja.. "Hmm.. kalaulah kau tau.." kata Jesnita. Dalam hati.

"Okay kak.. I promise. U don't have to worry... Tapi kak.. ada satu perkara lagi yang I nak akak tau..." kata Jesnita

"Hmmm .. apa dia?" tanya Rozana.. masih lagi berbunyi kasar..

"Macam lagu kat tv tu... cuba akak dengar lirik dia.." Jesnita tunjuk arah LCD TV.

Rozana menoleh sebentar... "Aku tak minat .. kenapa?" tanya Rozana.

"Macam lirik tu kata, kak. Kau bukan yang pertama.. dan mungkin bukan yang terakhir.." jelas Jesnita.
"Maksud kau?" Rozana hairan.
Sambil bangun.. Jesnita tersenyum. Jesnita hulur tangan... disambut Rozana. "Maksudnya.. I bukan yang pertama.. dan mungkin bukan yang terakhir untuk dia..!"

Rozana tergamam. Rasa mau sahaja dibaling air fresh oren itu ke muka Jesnita. Tapi, Jesnita sudah pergi. Di kepalanya, terbayang wajah si suami.. di rumah, di atas sofa, sedang membaca akhbar.. dengan wajah yang serius.. dan innocent sekali. Rozana pandang skrin LCD itu lagi... Mengamati..





Salam kasih.

32 comments:

akak_bieza said...

Fuh!....

Buntang bijik mata akak baca cerita nih..huhuhu

Dunia ni bulat macam roda ada karmanya masing-masing..

Terima dgn redha Tak semestinya yg tak baik itu tak baik..

Selamat Menyambut Ramadhan.

Take care =)

mamai said...

segalanya ada sebabkan betul atau salah hanya kita sendiri yang tahu jawapannya

Kapten Luffy said...

ko bela lelaki ker ni?

NouroulSuhaimi said...

moralnya..

aku yang dah berlaki ni kenalah jaga laki aku baik2. kdg2 laki kita takde apa2.. tapi orang lain yang lebih. perempuan zaman skrg sgt daring nok... kan? serammmm...

laki aku suka lagi AWAS tu... haha..

patungcendana said...

ini cereka ke dibah...

exa_belle said...

Salam kak diba...

seronok exa baca cerita akak ni...kadang kadang bila di fikirkan balik kenapa mesti ada kes kes yang macam ni berlaku di atas dunia ni ek..kesian kat orang yang menjadi mangsa..sedangkan orang yg menjadi punca hidup bersuka ria...

Selamat berpuasa...:)

Cik Cookie said...

scnadal ngn suami org nih dah jd biasa sgt dah.takut Cik Cookie.mintak2 dijauhi.Aminn...

salam Ramadhan.....

adibah said...

akak_bieza,

ye kak... ini hanya rekaan semata-mata.. kesan dari melihat situasi di sekeliling..


Selamat berpuasa kak! U take care too, ye kak..

Singgah lagi ye... :-)

adibah said...

mamai,

ye betul... setuju..

sebab tu.. cerita ini dari perspektif yang lain.. sebab selama ni.. kita biasanya nampak salahnya pada satu pihak saja..

aku bukan membela... tapi.. cuma melihat dari suduh yg berbeza.

adibah said...

Cok,

Betul cok.. tapi benda2 ni sebenarnya berlaku.. kita je kadang2 tak tau..

Apa yang penting??? KERJASAMAAAA!!!! Huhu..

adibah said...

Kapten,

Aku tak bela sapa2..

Aku dalam citer tu.. sedang bz makan buffet Hi-Tea yang ada discount 30%!!Haha..

adibah said...

patung,

kau rasa?

kisah benar? atau rekaan? atau part of it benar and part of it rekaan?

tapi aku pasti, situasi ni pernah berlaku..

adibah said...

exa_belle,

kesian kat orang yang menjadi mangsa..sedangkan orang yg menjadi punca hidup bersuka ria...

bingo!

nanti singgah selalu ye belle! :-)

adibah said...

cikCookie,

Kan? Sangat common sekarang ni..

Selamat Menyambut Ramadhan juga..! :-)

linn said...

selalu kalo kes gini pempuan akan jumpa pempuan satu lagi utk dibedal dan tak penah tanya sendiri kt husband dia. kenapa yea?

mek tak pihak pd sesapa tp bertepuk sebelah tangan takkan bunyi btol tak?

tp apa pun cite ni adalah tak logik. ada ke hotel nak siarkan lagu awas kru kt screen LCD dia? very the ketinggalan ketapi occay!

*cabutttttttttt!!!!!!!!!!!!!

adibah said...

linn,

aku suker soklanmu ittew..

tepok tangan memang sedap bunyinya.. kalo tepok dahi.. bunyi bedepek.. pastu sakit pulakt weh!!

nama pun cerita.. imejinasi nok..!

Hazey said...

nok leh tulis novel la.... keep up the good work..

adibah said...

Hazey,

tengkiu nok.. tulis novel? idok ler... saja suker2 je nok..

Edzlin said...

fuh hebatla. mcm skrip drama. benar apa yg dikata tu.huhu harap rozana paham.


p/s: takleh dgr lagu awas, mesti nak menari :p

adibah said...

edzlin,

tak hebatlah.. biasa2 je... thanks anyway, dear.

jom menari jom! :-)

Sharif John said...

Citer best... bole buat novel ni...

adibah said...

John,

Thanks.. tapi.. disebalik cerita ni.. mungkin secara tak sedar betul2 berlaku.. bila dan di mana.. we never know.. kan?

jemarisepi said...

HAI ADIBAH...
HUHHHH...NAK JUGA MEMAHAMI KES NIH...TU LAH KAN SUSAH NAK DI NYATAKAN..
APA PUN SKUNK DAH BANYAK KES CAM NIH..KES PALING BARU PUN KITA DAH TAHU BARU NIH..ANAK DARA TEMU DUDA..
TP BG JEMARI,YG RASA AKAN RASA YG TAHU AKAN TAHU..SAYANG & CINTA X BOLEH DI PAKSA...

adibah said...

Jemari,

Hi.. selamat datang..

Yang rasa akan rasa.. yang tahu akan tahu.. <-- i like this!

Sayang dan cinta itu adalah anugerah dari Allah. Cuma terpulang kepada kita.. macamana kita handle..

Kalau kita permainkan sayang dan cinta.. maknanya kita mempersiakan satu anugerah, kan?

Singgah lagi ye... :-)

sentosa77 said...

Salam singgah.. best citer ni :)

adibah said...

Zaidon,

salam.. best? terima kasih..

singgah selalu ye..! :-)

zonaku said...

penuh pengajaran...
buat wanita bergelar isteri, bila berjumpa kekasih suami, cuba tanya, apa y suami komplen pada kekasihnya itu tentang ketidakbagusan isteri itu...
kadangkala isteri terlalu bongkak, menuduh perempuan lain gatal dengan suaminya.. pernah muhasabah diri kenapa suami cari lain????
sila tanya suami dahulu, sebelum tuduh perempuan lain, bercakaran depan orang ramai, demi berebutkan seorang lelaki, jatuh maruah kita sebagai perempuan tau!

zonaku said...

hehehehee.. cam entri kat blog sdr lak..

adibah said...

zonaku,

tapi bila emosi mengawal fikiran.. susah jugak nak ngelak dari bercakaran kan? :-)

adibah said...

zonaku,

takpa.. boleh juga kongsi pendapat dengan readers lain kan? :-)

A.K.U.D.O said...

suka duka berumahtangga.
kalau aku tak jumpa dan takkan bertanya..

adibah said...

A.K.U.D.O,

Moga2 perkahwinan mereka bertambah baik lepas ni.. at least.. dah dapat tau masalah.. dan sekarang adalah masa untuk improve situasi..