Friday, August 14, 2009

Moga Syurga Buatmu


Semalam dikejutkan lagi dengan satu lagi kehilangan.. Kembalinya ke rahmatullah Ustaz Asri Rabbani. Aku terbayangkan keluarganya. Isterinya dan enam orang anak2 yang masih memerlukan kasih sayang seorang ayah.. Semoga Allah memberi kekuatan kepada mereka untuk meneruskan perjalanan hidup .

Aku copy paste ayat2 ini dari blog beliau ditulis dengan begitu indah di header blog..

"Aku adalah pengejar syurga akhirat, bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas. Ke manapun dan sampai bila-bila syurgaku selalu bersamaku..."

Aku hilang kata-kata sebenarnya.. Moga tenanglah dirimu di sana, insyaAllah. .. semoga tempatmu di syurga idaman.


Al-fatihah.



Salam kasih.

6 comments:

Edzlin said...

Al-Fatihah buat arwah Ustaz Asri dan takziah kepada keluarganya.

cukup selesa dengan sikap yg dimiliki arwah, seorang yang tidak memandang pada luara seseorang. kemerduan suaranya dalam nada murni/rabbani, bacaan ayat Al-Quran dalam album Zikrullah...

Ustaz Asri kini "Pergi Tak Kembali"

adibah said...

edzlin,

betul... terasa betul kehilangan arwah... Harap2 familynya kuat,insyaAllah.

Jard The Great said...

al-fatihah.. ku pon baru je buka blog die..

adibah said...

Jard,

sedih aku baca notes kat header dia tu..

ko dah sehat ke, Jard?

Lyn Yusoff said...

Al-Fatihah...
hilang lagi seorang insan seni yg memperjuangkan nasyid untuk menyampaikan ilmu kepada org ramai..
sebak....

adibah said...

Lyn,

Al-fatihah..