Thursday, August 20, 2009

Bebelan Pre-Ramadhan


Bila Ramadhan nak datang.. semakin banyak aku 'diperingatkan' tentang benda ni... Semakin banyak aku tengok di sekeliling aku..

Iklan jualan perabot... sofa baru.. meja makan baru.. katil baru.. Persoalannya.. kenapa bila nak raya je banyak iklan macam ni.. tapi tidak di waktu nak sambut perayaan yang lain-lain.. Masih ada lagi ke yang tukar perabot setiap kali nak raya? Semakin ramaikah tetamu masa raya nanti, kalau tukar sofa baru? Ada ke tetamu yang buat 'checklist' tentang apa barang2 di rumah yang baru atau yang lama? Pelik...



Iklan barang2 letrik... seperti peti ais, aircond, tv dan termasuklah blender. Perlukah tukar sempena nak raya? Sekarang ni musim TV Plasma.. aku bajet.. itulah yang paling laku sekali.. Tapi, kalo beli TV Plasma baru.. mesti nak 'matching' kan dengan sofa baru ye dak? Takkan tv plasma meletop.. tapi sofa ala2 sedih.... hehe.. owh my.....!


Iklan kapet... adoi...! Everywhere..! Tukar kapet baru? Setiap kali raya? Mungkin yang mampu bolehlah berbuat demikian.. Kapet sekarang ni dah murah atau makin mahal? Aku tak tau.. sebab aku tak pakai kapet.. aku pakai tikar rotan. Kurang sikit debunya...


Harap2nya dalam sibuk2 kita membelek katalog ini.. jangan lupa pengertian sebenar Ramadhan dan Syawal ye.. Mari kita nantikan.. pada Ramadhan yang ke berapa agaknya.. tercederanya 'saintis-saintis muda' yang gagal semasa menjalankan ujikaji mercun ciptaan sendiri. Ruginya...hmmm *sigh.


Mmm.. kan dah membebel..... haha






Salam kasih.

10 comments:

A.K.U.D.O said...

re : salam ramadhan buat adibah.semoga kita sentiasa dilindungi dr godaan nafsu dan juga hasutan bershoping.

adibah said...

A.K.U.D.O

Mudah2an.. amin...

Salam Ramadhan to u too.. :-)

sentosa77 said...

Salam Ramadhan ya.. nanti ada sales boleh ler tengok haarrga karpet.. :)

Kapten Luffy said...

godaan nak shopping le tu

adibah said...

Zaidon,

Selamat berpuasa..! :-)

adibah said...

Kapten,

ye.. betul.. selamat berpuasa, kapten! :-)

Lyn Yusoff said...

kak mimi,
time nak raya shopping sakan..
pas raya.. gigit lah jari...
bahaya gitu..
alamatnya lepas raya mkn maggi lah.. hehehe

adibah said...

Lyn,

sekarang maggi pun dah mahal kalo makan kat kedai mamak.. :-)

Edzlin said...

salam ramadhan kak.

hmm, family saya tak shopping time raya, rimas ramai org. selalunya kalo beli apa2 bila jumpa yg nak je.

adibah said...

edzlin,

selamat berpuasa ye..! :-)