Wednesday, August 12, 2009

Fresh Oren Yang Popular


Musim panas. Ramai yang demam. Ramai yang batuk. Bahaya virus H1N1.. nauzubillah... Dengan jerubu lagi.. Hujan pun sekejap-sekejap.. Cuaca tak menentu.. Bila cuaca macam ni.. selalunya tekak kering. Perlu minum banyak air .. jus kurma dan jus buah2an. Aku dapat email katanya minum Jus Epal Hijau bagus untuk kawal virus H1N1. Betul atau tidak, aku tak pasti. Nanti aku cuba retrieve balik email tu dari mailbox email ofis aku... mungkin boleh share kat sini, insyaAllah.


Bila cerita tentang jus ni.. aku teringat sembng2 kami di ofis minggu lepas.. Tajuknya: Kenapa dalam drama/movie tempatan, kalau minum di hotel/restoran ataupun di rumah orang kaya.. kenapa mesti "Fresh Oren"?


Mungkin ada yang perasan dan mungkin ada yang tak perasan... selalunya drama/muvi tempatan.. kalau scene melibatkan makan kat hotel/restoren.. mesti pelakon tu akan mintak fresh oren.. Kalau ceritanya tentang orang kaya pun.. bila time makan, minumannya fresh oren. Bila lepak2.. orang gaji hidangkan fresh oren. Kenapakah fresh oren ni sangat signifikan dalam filem/drama tempatan?


Aku rasa mungkin dah jadi kebiasaan.. jadi 'image' yang ter'project' dalam minda setiap kali berfikir . Misalnya;

  • mee segera => maggi
  • ubat gigi => colgate
  • ubat sakit kepala/demam => panadol
  • minuman 'glamer' => fresh oren

Kenapa tidak Jus Tembikai, Jus Honey Dew, Jus Epal, Jus Durian Belanda ataupun Jus Belimbing? Mmm.. air sirap limau pun sedap apa.... hehe.

Sekarang ni.. setiap kali aku terpandang Jus Oren, pasti aku akan teringat drama tv/movie...! Fresh Oren.. kau sangat popular...!



Note: Entry ke 777 ... love number 7!


Salam kasih.

18 comments:

mamai said...

the power of brand name tu namanya...bila satu benda dah jadi kemestian

Tijah said...

tak pun skaijus kan???

adibah said...

mamai,

the first thing that pops up from someone's mind kan?

adibah said...

Tijah,

Ye.. oren jus & skaijus.. sangat fofular..

afiq said...

die memang sngat popular...minuman ruji kan..omputih pepagi mentekedarah oren gak....itu pasal la kot...yang si melayu.....hai klass la minum tuuuu

Lyn Yusoff said...

minuman glamer katanya..
betul lah kak mimi..
lyn baru pasan..
skit2 fresh orange.. minum lah ice lemon tea ker..
sedap gak tuh... hehehhee

cokolat said...

a'ah kan? kalo order kat hotel mesti.. oren jus!
tapi aku ske lagi epal jus dan lemon jus nokkkkkkkkk...

adibah said...

afiq,

kan..! motip nak ikot omputeh?? cuba minum jus mengkudu ke.. hiks!

adibah said...

lynn,

kan..!!! glamer .. freshoren satu!! hehe

adibah said...

cok,

tu lah.. very d malas pikir one.. x kreatif langsung kan, nok? *titiba emo.. ekeke

citahrudin said...

patut r nenek sy x jadi pelakon,
kalau g kedai makan yang dia hode
tak lain dan tak bukan sirap ais

ye...sirap ais..

p/s : selamat duit aku..hahaha

adibah said...

citahrudin,

sirap ais sedap woo.. paling glamer masa kenduri kawen & bulan poser..


selamat berpuasa ye!

afiq said...

maleh nak reply tapi bile diwimu cakap jus mengkudu...maung la!!! mane leh buat sarapan tuh!!!

adibah said...

afiq,

mengkudu tu maung eh?? wooooopsss!!! bunyik namanya macam sedap jer... aku imejin rasa dia cam ribena ekeke

edzlin007 said...

fresh orange sbb ia kandungan aktioksida, popular mungkin senang nak sebut kut.hehe.

jus epal mmg bagus, sbb kandungan aktioksida kan3...saya kena makan byk epal dan buah oren sejak musim Influenza Like Illness ni.

adibah said...

edzlin,

thanks for the info.. dulu ada orang rajin nasihat aku pasal what to eat and what not kalau time2 gini..

*sedey..

Monkey D Luffy said...

kalau aku org kaya... aku hidang SKY JUICE je

adibah said...

Kapten,

SkyJuice sekarang ni dah mula mahal tau...!