Friday, January 30, 2009

Undercover Katanya..


Masa tengah duk check blog tengahari tadi, phone aku bunyi.. Owh.. ada text message. Mesejnya berbunyi:
"Beb, aku dah on the way nak gi KL. Aku tunggu kau kat shopping comlpex nih.."
Aku pun reply,
"Okay, ko tunggu je sampai aku datang"
Aku pun siap la itu ini. Sempat gak mandi manda sebab nak freshkan badan. Then, tengah siap2 tu, tipon pulak bunyik. Temanku tipon. Katanya;
"Yang, u nak gi amik Timah (bukan nama sebenar) ya. Nanti jumpa kat kedai makan eh. I pun blum lunch lagi"
Memang pun janji nak gi lunch sama dengan Temanku lepas Jumaat. Tak sangka pulak kawan weols ni bebetul nak turun KL. Patutnya kensel sebab ada hal yang tak dapat dielakkan. Aku pun pi la amik Timah kat satu shopping complex nih. Then terus ke kedai makan, untuk jumpa Temanku.

Timah ni memang member lama weols. Dah kenal bertahun. Infact, aku kenal Temanku ni pun thru dia jugak. Ironinya, Timah ni tak tau kisah aku&Temanku. Jadi, untuk tidak memeranjatkan dia, atau menyebabkan dia sakit jantung ataupun terjadi sesuatu yang tidak dijangka akibat dari tindakan refleks, aku & Temanku kenalah berlakon tak kenal sangat each other. Hiks!



Kenalah pakai topeng sikit uols.. Undercover katanya. Aku duk ngadap dengan Temanku and Temah was sitting next to me. Aku cakap ngan Temanku pun ala2 cakap ngan member2 je. Nasib baik tak keluar kata ganti nama yang selalu kitorang gunakan. Depan Timah, tak boleh lah nak ala2 manja kan. Pelik pulak si Timah tu nanti. Tapi kengkadang, aku curi2 tenung jugak Temanku. Well.. Temanku did something tadi.. yang buatkan aku gelak & senyum sorang2 bila teringat. Lawak giler.. ekekeke. U are so cute! Hehe. Kalaulah Timah tau.. mau pengsan dia..! Haha.



Tudia...!! Temanku tetap maintain belang belang si kuda belang! Ekekekekeke. Really had a great time meeting Timah & Temanku. Lama dah tak lepak2 macam tu. Update cerita2 baru dan recall kisah2 lama. Hiks!


Bak kata lagu Tokti, Biarlah Rahsia... :-)


Salam kasih.


Thursday, January 29, 2009

Hari Ini


Hari ini adalah hari tak sihat. Balik dari klinik pagi tadi, aku duk melepak kat sofa sepanjang hari. Tadi kat klinik, menunggu gilirannya kemain lama, sebab ramai orang. Skrang kan musim demam. Ramai gak aku tengok tadi kena buat blood test. Bila nama aku dipanggil, aku pun masuk ler..




Doktor: Ye.. kenapa?

Aku : Bla bla bla gitu gini gitu gini...

Doktor: Dah berapa hari?

Aku: Dua

Doktor: Hari ni tak kerja ya?

Aku: Ye..

Doktor: Okay.. nanti saya bagi ubat

Tak sampai lima menet rasanya aku duk dalam bilik tu. Dia tak check apa pun. Cuma tanya aku itu ini je. Aku balik dengan dua jenis ubat dan MC sehari. Balik umah, breakfast, makan ubat & tengok tv. Tapi tak lama lepas tu tv yang tengok aku..


Aku tak sedar bila masa terlelap. Tiba-tiba aku terdengar lagu I'm Yours by Jason Mraz. Owh.. handphone aku bunyi. Temanku call ajak lunch. Dia kata nanti keta spot merah dia sampai dalam masa 20 menet. Aku kata okay. Layan mata 5 menet jap, lepas tu baru ler bangun siap2. Takda nak mekap2, cuci muka, sapu bedak baby jonson, pakai tudung.. siap!! Serabai ler agaknya muka aku kan.. tak larat ler nak tacap2..! Huhu.


Ini gambar semalam.. baju baru belang biru


Temanku sekarang rajin pakai baju belang-belang. Tadi pakai baju belang. Semalam pun pakai baju belang. Dah macam kuda belang dah .. ekekekke. Kuda belang pun.. kuda belang la... tapi tetap ensem gak di mata aku. Hiks! Aku pun sama gak la pakai baju belang. Hehe.

Tadi nampak sedap jer Temanku makan nasi dengan ayam goreng & sayur taugeh. Aku takda selera nak makan. Minum air soya pun rasa payah nak telan. Sib baik ada orang tolong habihkan. Huhu.

Masih tak ngantuk lagi ni, sebab dah tidur seharian tadi. Tapi tetap kena tidur. Sebab esok kerja. Goodnite.


Salam kasih.

Tuesday, January 27, 2009

Lengang..

Best betul driving kat KL bila time cuti panjang macam ni.. Aman damai. Tak banyak keta. Line clear!! Macam tak caya jer...!!!



Betul ke ni Jalan Cheras?? Jalan Cheras yang terkenal dengan slow moving traffic sangat lengang dan aman damai.. Selalunya bila time keja kan selalunya sesak kat area ni..

Rasanya malam ni, mesti highway nak masuk KL jadi sesak. Macam CNY tahun lepas, aku memandu 12jam dari Kuala Terengganu ke KL. Lenguh satu badan!

Esok rasanya belum jam sangat lagi, sebab ramai yang sambung cuti. Lagipun banyak sekolah yang sambung cuti & hanya mula dibuka minggu depan. Untuk yang bercuti, selamat berlibur. Dan yang nak keje esok.. selamat bekerja!


Salam kasih.

Cuti Panjang Ke Mana?



Cuti panjang 4 hari ini ke mana ya? Ramai yang amik kesempatan untuk balik kampung. Aku pun sama jugak. Balik dari class Ahad lepas, terus packing barang2 untuk balik kampung. Jauh jugak kampung aku. Kat Hulu Langat nun.... ikut highway bukit Ampang yang sangat femes untuk parking 'kereta rosak' di malam hari sambil melihat panorama indah KL diwaktu malam.


Orang lain sibuk gi makan besar.. aku pun sama gak.. makan besar satu keluarga. Cuma adik2 aku kat UTM tu je yang tak ada sekali, sebab memasing sibuk dengan tesis & aktiviti. Kami satu family ke Kajang malam tu. Kalo pegi Kajang, apa yang special untuk dimakan? Tak kan lah makan mi bakso kan...? Mesti la makan satay.. hehe..



Cara makan satay penuh perasaan tanpa perlu cover line atau control ayu.. Chaiyo Dikna! Chaiyo!! Kitorang makan 6 orang, total bil RM48. Tak ke gumbira dihati?? Aku check balik resit tengok cashier tu salah kira. Satay ayam 30 cucuk total RM0.30. Boleh??? Bila aku bagitau kat cashier tu, berulang2 kali dia kata "Tima kasih, kak". Kalo tak naya dia tak balance malam tu... tak pasal2 kena top-up wo...!! Aku tak berani la nak wat dono je, terus berlalu pergi dengan senyum meleret sebab bayar kurang uols... Takut kang time tido mimpi tokey satay datang bawak bil, naya je kang!!!! Ish... idak ler aku berani..!!


Gambar dari website Jusco

Semalam, kitorang buat lawatan ke Jusco Balakong. Banyak pulak kedai yang tutup. Jusco pun agak sunyi jugak. Tak sesak macam biasa. Jadi, bila dah tak sesak ni... barulah best shopping..! Untuk lawatan ke Jusco Balakong ni, aku berjaya membawa pulang cenderahati berbentuk sehelai baju keje, sehelai baju dating dan sepasang kasut keje.


Dari Jusco, lawatan diteruskan ke Alamanda Putrajaya. Disebabkan Acik suka makan laksa kat foodcourt Alamanda, kitorang pun pergi lunch kat sana. Lama dah tak jalan kat Alamanda ni..

Gambar dari google image


Aku singgah di MPH, ingatkan saja2 nak belek magazine. Oleh kerana ada tawaran diskaun 30% untuk certain books, aku beli ler 3 buku cerita ni, dan satu buku cerita untuk Dikna sebagai ole-ole dari Alamanda Putrajaya. Harap2 boleh habis baca masa semester break nanti, insyaAllah.



Hari terakhir cuti umum ni, kami teruskan lawatan ke IKEA. Ramai jugak orang di IKEA tadi. Macam biasa ada jugak ole-ole yang aku bawak balik sebagai cenderahati dari lawatan kali ini.


Dah. Puas penat dah berjalan. Esok dah start keje. Rasanya workload untuk esok lebih banyak dari biasa, sebab cuti panjang ni. Harap-harap esok sempat untuk lunch date. Huhu. Rindu maaa....! Hiks!


Salam kasih.


Friday, January 23, 2009

Year of the Ox

Image from Google Image.


I was born in the year of Ox. Jadi, sempena tahun ni, Tahun Lembu, entah kenapa aku excited sangat!! Hehe. Tadi aku duk google tentang Year of The Ox, tahun ke dua dalam 12 tahun kalender Cina. Aku memang suka baca tentang characteristic. Sebab aku rasa dengan clue tentang characteristic ini memudahkan kita untuk mengenal seseorang itu. Kan? Kalau tak kenal characterestic orang pun, at least, untuk aku lihat diri sendiri. Ada tak sifat2 tu dalam diri aku sekarang.


Info ini aku dapat dari website ini.

Those born under the influence of the Ox are fortunate to be stable and persevering. The typical Ox is a tolerant person with strong character. Not many people could equal the resolution and fearlessness the Ox exhibits when deciding to accomplish a task or an objective. As we used this great creature long ago to plow the soil day after day, so do Ox people labor through their daily responsibilities either at work or at home without complaint or gripe. Oxen know they will succeed through hard work and sustained effort and find no truth or benefit in concocting get-rich-quick schemes.

Oh yes.. it is so true that aku sangat tak percaya pada get-rich-quick schemes. Pernah kawan aku tak bertegur sapa dengan aku sebab aku tak nak join dia masuk Skim Cepat Kaya ni.. Aku tak percaya. Dan mudah2an tidak akan percaya sampai bila-bila. Sebab bagi aku, setiap kejayaan, segalanya perlu berusaha.


Orang yang lahir pada tahun aku, dikatakan Water Ox dan juga Virgo Ox kerana lahir di bulan September. Siapa water Ox dan Virgo Ox ini ya..

The Water element gives the Ox a flexibility and liberty. Water Oxen are as hard-working as anyone, and particularly systematic, and are probably the quickest-thinking of the other elemental Oxen. They are much more prepared than the other Oxen to recognize the pints of view of others and to think about their ideas and suggestions, making them easy to work with in a business environment. They generally consider the feelings of others which makes them good roommates or partners. In addition, their sincerity and patience ensures their popularity with friends, peers and family.

Virgo OX. The individuals are practical but they can lose sight of what’s important and can fuss over small details. Unmatched in honesty and ethics, they are responsible and respected.

THE OX LOVER? Katanya...


Oxen dislike chit-chat. They don't have fun at parties and as aforementioned, don’t have a ton of friends. They are not very sociable and would rather be spending their time at home with their families. When the Ox is in love, he does not confirm his feelings verbally, preferring to show you how he feels rather than tell you. An Ox will take a long time to decide if you are the right match for him because Oxen hate change, and want to find someone who is ready to embark upon a stable marriage. Oxen never rush into anything and are not flirtatious people. Once they have committed to you they will usually be faithful and expect reciprocation of their honorable actions.

Personally, aku memang lebih suka habiskan masa di rumah dari pergi huhahuha sana sini. Best ma.. boleh wat keje rumah, masak2, rehat2 sambil tengok tv, tengok blog, layan channel movie, kan? Dan tentang relationship tu, memang aku orangnya begitu.


Tapi yang paling best sekali.....

PARTNERS IN LOVE

Ox*Rooster <-- aku Ox dan Temanku adalah Rooster.. Katanya....

"Sexually stimulating, passionate and spontaneous…

this should be a good fit."


Wahh!!!!!! Mesti Temanku ketawa besar bila baca ni.. Ekekeke. Anyway, kalau nak baca tentang Ox yang lain, atau tahun-tahun yang lain, bolehlah ke website ini. Seronok tau baca.. ada pasal wealth, health and etc. Bagi aku, yang paling menarik adalah tentang characterstic. Selamat membaca!



Salam kasih.


Tuesday, January 20, 2009

Si Jantung Hati

Aku teringat pulak soalan TijahLawa kat comment box aku dalam entry aku yang ini, yang berbunyi :

"dikna tu saper nok?"


Ramai yang ingat Dikna ni anak aku. Even kalo aku jalan2 ngan dia pun orang ingat kitorang ni mak & anak. Bila orang kata cenggitu, aku senyum je.. dia lak duk giggle2. Masa dia umoq 5 +, pernah sambil2 jalan kat shopping mall, titiba dia kata, "Orang tengok2 mesti orang ingat KakDib ni ibu tunggal kan.. sebab jalan dengan anak je takda suami..!" Gittew!!!! Aku la punya tergamam masa tu...! Statement brani mati sungguh...!!! Ni lah akibatnya banyak sangat nengok telenovela malaya nih... Apa lagi.. gelak kah kah kah la aku time tu.



Dikna is my real sister. The youngest in our family. Anak arwah Ayah & Acik, my stepmom who married my dad, few years after arwah Mak meninggal. Dia ni lah penyeri family. Dan sangat rapat dengan aku. I was with her, masa dapat berita ayah dah takda. Just the two of us, dan aku hadapi saat yang sangat susah dan sedih nak sampaikan berita tu pada dia.. Dan sejak ayah dah takda, makinlah dia rapat dengan aku.


Agaknya orang ingat dia anak aku, sebab muka nak dekat sama. Dia banyak copy&paste muka aku. Kalau tengok gambar dulu2 pun, ala2 copy&paste je gayanya. Tak caya? Cuba tengok gambar kat bawah ni..



Kan..?? Tang lebih kurang je gayanya.. Masing2 masa ni umoq 6 tahun. Masing2 senget. Ekekeke. Kaki pun lebih kurang sama. Cemana la orang tak kata dia ni anak aku.. hehe. Tak kisahlah. Dengan Temanku pun dia okay.. whenever dia ikut pi dating.. aku jadi diam. Sebab asyik dia je yang duk pok pek pok pek dengan Temanku. Kemain ko dik... ish ish ish.. kaco daun betul!!! Hahaha.


She's my precious. Si jantung hati.


Salam kasih.

Tukar Tayar

Dah masuknya waktu menukar tayar bagi Kura2ku. Ini first time nak tukar tayar. Kira tahan jugak ler tayar Kura2ku tu. Dah penat berpusing sana sini satu Sememanjung. Ish.. kalo pegi Sabah Sarawak boleh drive.. tingin jugak aku drive sampai ke sana. Masalahnya Kura2ku tu bukannyer pandai berenang...(macam tuan dia gak.. hiks!).


"bila nak beli tayar nanti selain pilih saiz tayar yang sesuai dgnkete,contohnya saiz tayar kete ciksept11 175/65/14(175 = lebar tayar, 65 tebal tayar, 14 saiz rim)" - AnakSedaraMokTeh
Kalo tanya aku nak beli tayar apa, jenis apa.. aku tak ler reti sangat. Sib baik ler Temanku nolong. Jadi, inilah tayar yang menjadi pilihan. Michelin <=== cemana bunyik sebenarnya eh? Michelin ke? Mikelin? atau Mikhelin? atau Maikhelin? Apo2lah janji tayar, kan? Hehe. Aku pilih Michelin 175/65 R14.


Bila dah siap pasang tayar tu, depa buat alignment untuk tayar. Lepas tu, depa test drive keta aku dengan tayar yang baru. Macam best je... ! Sementara depa test drive, ada amoi panggil aku... ingatkan nak bagi limau free sempena CNY nih.. rupanya suh aku bayar.. hehe.


Dapat thumb drive 2G free. Yeay! Cabut kaki omputeh nih pastu boleh cucuk badan dia kat USB port! Huhuhu. Comel lah.. I like!! Sebelum tu, kengkonon Temanku kata kat amoi tokey tu, dia takmo thumb drive. Pastu amoi tu suh pilih topi free. Temanku amik dua. Pastu lepas bayar tadi, dapat jugak thumb drive tu. Untung lagi..!! Hehe..


Terima kasih, Temanku. Wajah yew nampak sangat hensem dalam gambar ini..! Hiks! Temanku kata, kedai ni murah. Korang kalo nak survey silakan... kedai ni kat Jalan Segambut (betul ke Jln Segambut, eh?) betul2 opposite stesen Petronas. Aku lupa pulak nak snap gambar kedai ni tadi..


Salam kasih.

Cubaan Berdialog

Dalam kelas penerbangan, seorang jurulatih sedang mengajar bakal pramugara/gari tentang langkah2 keselamatan dalam penerbangan.


Diakhir sessi...;



Kannnn....!!!!. Cerita ini adalah rekaaan semata-mata. Tidak ada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang sudah tiada.

Monday, January 19, 2009

Apa Lagi Ye..?

Apa lagi yang ada di Bandung ya? Oh ye.. gerai2 kecik yang dipanggil Lesehan. Lesehan yang pertama kami pergi yang ada bertentangan dengan Paris Van Java. Makan mi bakso Pak Sumo. Sedap juga mi bakso Pak Sumo ni. Sambalnya pedas... membara..!



Yang kedua ni, berhampiran dengan The Herritage. Wanie ngidam otak-otak. Kalau kat Malaysia otak-otaknya dimakan begitu saja, tapi yang ini disediakan kuah kacang. Sambil makan tu, titiba ada 2 orang pemuzik jalanan mampir. Nyanyi lagu dari Once. Lagu best tu.. Apa lagi.. kitorang pun layan ler...siap nyanyi sama.. seronok depa, untung murah rezeki hari tu. Rasanya dapat jugak dalam Rp3000 sekali nyanyi.


Ada satu kedai yang khusus menjual parfum@minyak wangi. Penuh dengan berbotol2 pati minyak wangi dari pelbagai jenama. Aku cari beberapa jenama perfume, baunya tak lari jauh. Memang seakan-akan original. Kita boleh pilih bau apa yang kita mau, dan banyak mana, kemudian staff2 kedai ni akan buat campuran (macam buat ujikaji kimia kat makmal zaman sekolah dulu). Murah uols.. sebotol baru Rp55,000. Dan bau nya pun tahan lama.. Aku beli 3 jenis. Dan ketiga2nya punya bau yang sangat best..!


Dan tibalah saat yang dinantikan, saat untuk balik Malaysia semula. Kalau tak demam, sudah tentu lebih luas lagi perjalanan aku. Tapi, aku yakin semua ini berlaku atas izinNya. Bak kata orang mana ntah, "Jauh perjalanan, luas perbelanjaan". Mesti lagi banyak yang aku beli kan? Banyak membeli, banyaklah belanjanya, banyak belanja, banyak lah begnya, banyak begnya, banyak lah excess baggage fee nya.. gittew..!


Masa timbang luggage aku, katanya overweight lima kilo. Beg yang lain aku tak timbang sekali. Kalo tak naya kena bayar lagi. Aku letak kat tepi2 tempat duduk. Kalo ticketing officer tu nampak, rasanya harus aku kena check-in luggage tu sekali. Kenalah tambah banyak lagi excess baggage fee. 1 kilo = Rp45,000 = RM15. Mahal kan?


Trip pertama untuk tahun ini and I had a great time travelling with them. Terima kasih, CikTipah kerana sudi menjadi ketua rombongan untuk kali ini. Nanti kalo nak gi memana, nak ikut lagi ye.. bleh? Walaupun demam, I had such a great experience in Bandung and Jakarta.


Dan yang paling sedih adalah melihat anak2 kecil berkeliaran di kaki lima, meminta sedekah dari mereka yang sedang bershopping. Yang paling aku tak leh lupa, seorang kanak2 perempuan yang umurnya dalam 4-5 tahun berdiri di sebelah aku "Bunda, beri wang Bunda. Bunda, beri wang Bunda. Kasian Bunda". Oh gosh... kesiannya.. Patutnya anak2 macam ni, sibuk bermain dengan kawan2, ataupun sibuk mewarna atau menonton rancangan kartun di TV mahupun sudah mula belajar mengenal huruf, macam anak2 di Malaysia.


Dalam sedih2 tu, aku sempat jugak fikir.. eh.. rasa best pulak bila sikecik panggil Bunda kan.. Mmm.. apa kata.. nanti nak anak aku (kalau ada.. mudah2an, insyaAllah).. panggil aku Bonda. Owh.. so sweet..! Hiks!


Esok KERJA!!!!! Yeay!



Salam kasih.



Rumah Stroberi

Turun dari Gunung Tangkuban Parahu, PakHeri bawa kami ke Rumah Stroberi dalam 30 minit jaraknya dari Gn. Tangkuban Parahu. Ada apa ya..? Kalo dah namanya Rumah Stroberi, sudah tentulah ke sini untuk petik stroberi. Takkan nak panjat pokok petai iye dak? Aiyooh!


Cuaca masih nyaman dan dingin. Macam di Cameron Highlands. Aku suka tempat ni tenang dengan alunan muzik France. Kalo sapa ngantuk.. confirm bleh tertidur. Bayarannya Rp135,000 untuk lima orang, boleh petik 5 auns stroberi dan dapat makan tengahari sekali. Jadi sorang tak sampai RM10.. Mmm.. lumayan kan?

Stroberi hasil guntingan aku. Bukan petikan sebab depa dan provide gunting sekali. Lepas gunting2, timbang2, boleh cuci dan makan. Sedap ler.. Cuma takda cekelat je nak dicelup dengan stroberi. Huhu. Kalo tak bleh lah feel2 Tokti gittew.. Hiks!


Lepas penat menggunting, disajikan dengan Nasi Liwet. Ha... jangan konar ke lain yek.. Takda typo, takda salah eja. Memang betul camtu. Bukan l.i.w.a.t. yek.... Memang namanya NASI LIWET.

Nasi Liwet ni makanan orang Sunda.. Nasinya bau macam lauk singgang. Bau bawang merah, bawang putih, halia, kunyit, serai macam tu.. Lauknya ayam kampung goreng, ikan masin, tauhu goreng, tempe goreng, ulam2an, sambal dan keropok. Sedap. Lagipun lapar penat memilih stroberi untuk dipetik gittew. Hehe. Airnya adalah jus stroberi asli. Dan selepas minum jus tu.. aku batuk.. sampai ler tika dan saat ini. Padan muka aku kan..! Dah tau demam sapa suh minum ais lagi..??? Hahaha.



Salam kasih.

Naik Gunung Tangkuban Parahu


Hari ke-3 aku tak ke mana-mana. Duk merehatkan diri & melayan ubat demam & muntah2. Hari ke-4 kami ke Tangkuban Parahu di Kecamatan Lembang. Kata pak SupirMan kami, Pak Heri, tidak sah kalo tourist dari Malaysia tak ke Gn. Tangkuban Parahu.

Dari tempat kami tinggal ke Gunung Tangkuban Parahu ni ambik masa dalam sejam untuk sampai. Jalan ke sana mengingatkan aku pada jalan Cameron Highland. Jalan mendaki, di kiri kanan jalan penuh dengan rumah2 dan kebanyakan usaha mereka adalah menanam sayur2an.


Antara yang menarik perhatian aku. Kereta kuda yang siap dipasangkan kanvas di atas badan kuda tu supaya tak kena hujan. Jualan rambutan (read:ubatbatuk) yang melimpah ruah. Hmm kalo tak batuk.. sedap nih.. Wanita dalam gamabr yang tengah tu adalah pengemis jalanan. Ditangan kirinya ada sekeping kotak yang ada tulisan dengan pen dan tangan kanannya memegang cawan plastik. Cuaca agak sejuk sebab hujan. Jadi, bila angin kuat, aku nampak badan dia menggigil2 menahan kesejukan. Kesiannya...


Sampai di puncak Gunung Tangkuban Parahu, cuaca sangat sejuk. Bila cakap pun keluar asap dari mulut. Hujan renyai2. Kabus. Angin. Bila van kami parking, ramai penjual jalanan ni datang menyerbu. Jual cendermata. Macam-macam. Tapi, seperti pesan Pak Heri sebelum sampai "Nanti kalo sampai di atas, akan ada ramai penjual2 jalanan. Kalau tak nak beli, jangan cakap apa-apa. Jalan terus. Buat tak tahu. Kalau nak beli, tawar dengan harga yang paling rendah sekali sebab mereka jual dengan sangat mahal". Berkali2 diulangnya. Jadi, kami ikut pesan PakHeri.. diamkan diri aja. Gittew..!


Oleh kerana tak dapat melihat Volcano Tangkuban Parahu dengan jelas sebab dek kabus, PakHeri suggest kami ke Tourist Information Center. Gratis, katanya. Kami pun berlari (kononnya nak ngelak ujan, padahal nak ngelak penjual2 yang menyerbu!!) ke dalam bangunan tu tengok bahan2 yang ada sambil dengar penerangan dari petugas di sana. Yang ngeri bestnya bila petugas tu kata "Harimau belang tu dah makan 2 orang, mati sebab ditembak. Yang lagi satu tu mati sebab terhidu gas beracun dari volcano di sini." huhu..



Bila dah reda hujan sikit, kami ke tempat "mesti bergambar" kalau di sini. Jadi, dalam demam2 pun, aku bergambar jugak. Tak tau bila lagi bleh sampai sini, beb..! Tak jelas sangat permandangan sebab kabus tebal. Kalau takda kabus, mesti cantik giler. Subhanallah.. Tak caya? Cuba klik kat sini.



Salam kasih.

Ke Jakarta

Seperti yang dirancang, kami ke Jakarta pada hari ke-2, di bawa oleh Pak Heri, the SupirMan.. hiks!..yang menunggu kami di hotel jam 8 pagi. Katanya, perjalanan ambil masa kurang lebih 2 ke 3 jam. Pesan seorang kawan "kalau nak ke Jakarta, kena pergi selepas subuh, supaya kurang macet". Memang betul pun.. dari tol Pondok Gede Timur dah start macet hinggalah ke destinasi yang kami tuju, iaitu Mangga Dua.


Permandangan perkampungan dalam perjalanan ke Mangga Dua. Aku tak pasti nama kawasan penempatan ni, tapi lokasinya bertentangan dengan Ancol. Rumahnya tersusun terlekat antara satu sama lain yang aku rasa lebarnya cuma dalam 15 kaki mungkin? Sesuatu yang jarang dilihat di sinetron2 yang selalunya memaparkan kemewahan dan kesenangan hidup. Aku dapat rasa kegigihan dan kesungguhan mereka mencari rezeki. Banyak gerai2 lesehan yang rata2 menjual makanan yang lebih kurang sama.


Sewaktu kami ke sana, ada bahagian Jakarta dilanda banjir. Ini jalan menghala ke Mangga Dua. Aku terlepas shot kanak2 yang berjalan dalam air sambil menjual makanan ringan dan minuman di simpang jalanan. Sesuatu yang tak akan dapat dilihat di Malaysia. Anak2 Malaysia harungi banjir hanya untuk seronok2 sahaja!


Jakarta dari satu sudut pandangan yang berbeza. Kelihatan Monumen Nasional (MONAS), Bangunan2 pencakar langit dan bulatan yang terkenal di Jakarta (yang aku dah lupa namanya..). Juga toko Sarinah, yang dulunya popular sebagai tempat shopping golongan kaya. Sekarang juga mungkin.


Kami ke Mangga Dua dan Tanah Abang untuk shopping. Dan setelah selesai segala urusan, balik semula ke Bandung. Tiba di Bandung jam 9.30malam. Dan malam itu juga, aku mula rasa panas badan dan muntah2. Mungkin kerana perubahan cuaca atau terkena hujan ataupun makanan, ntahler aku pun tak pasti, hinggakan di hari ke-3 aku tidak ke mana-mana. Ditemani ubat batuk yang aku pesan dari CikTipah dan panadol, minyak CapKapak & Vicks yang aku beli ketika dinner hari sebelumnya.



Salam kasih.

Dapur Sangkuriang

Lunch di Dapur Sangkuriang, Jl. Setiabudhi. Landskapnya berasaskan binaan buluh. Ada beberapa pondok@wakaf disediakan selain dari ruang makan di bahagian utama restoran. Restoran ni sangat tenang, sesuai untuk makan sambil santai mendengar alunan muzik Sunda.


Restoran ni famous dengan hidangan ikan. Ikan yang dimasak ditangkap masa tu jugak, sangat fresh. See.. yang berasap2 tu.. ikan bakar with sizzling sauce. Sedap banget!!!!! Sayur brokoli dengan seafood tu pun sedap. Makan time lapar dan hujan.. bertambah2 ler sedapnya.. hehe.


Ada jugak sayur2 yang lain macam Kangkung Belacan .... kangkung??? Oh tidakkkkk!!! Nasib baik ada brokoli sebagai pengganti. Dan ulam ulaman yang segar. Dan sambal belacan yang meletoppp!!!! Rata2 kami semua kenyang perut suka hati..! Harganya pun berbaloi.. Makan + minum + dessert harganya dalam RM15 seorang.

Kata salah sorang staff di restoran ni, restoran ini adalah restoran "orang Malaysia". Sebab majoriti pelanggannya adalah tourist dari Malaysia. Aku tengok pun.. memang ya.. takda sorang pun pelanggan dari Indon. Banyaknya tourist group dari Malaysia.

Dan kalau ada rezeki ke Bandung lagi, aku pasti akan singgah di sini lagi.



Salam kasih.

Naik Angkot

Angkutan Kota atau nama singkatannya Angkot, seperti yang ada di wikipedia adalah;
... salah satu sarana perhubungan dalam kota dan antar kota yang banyak digunakan di Indonesia, berupa mobil jenis minibus atau van yang dikendarai oleh seorang supir dan kadang juga dibantu oleh seorang kenek. Tugas kenek adalah memanggil penumpang dan membantu supir dalam perawatan kendaraan (ganti ban mobil, isi bahan bakar, dan lain-lain). Setiap jurusan dibedakan melalui warna armadanya atau melalui angka - from wikipedia.


Angkot di Bandung. Ada macam2 warna dan jenis Angkot. Macam van sapu di kawasan pekan2 kecil di Malaysia. Cuma di sini lebih banyak sebab tak ada bas. Angkot ni yang paling popular di Bandung.


Kami tunggu angkot berhampiran dengan tugu ni. Banyak. Pilih saja angkot mana yang nak ke tempat yang kita nak pergi tu. Kota Bandung ini rupanya Kota Sahabat dengan Fort Worth, Texas. Kalau Malaysia, aku rasa Bandung ni macam Penang, kerana jalan sehala dan bangunan2 ala2 penjajah i.e. Belanda dan Inggeris. Itu pendapat peribadi ya..



Ini bukan gambar dari sinetron mana-mana. Mereka ni adalah penumpang dalam angkot yang kami naik tu. Yang perempuan tu, katanya dah sekolah menengah (mungkin dalam form 2) dan yang lelaki tu sekolah rendah (darjah 6 mungkin). Nasib baik ada adik ni, tolong bagitau pada supir angkot nak berhentikan kami di mana.



Kalau angkot berhenti di traffic light, akan ada ramai yang datang menjual barang2 macam koran (suratkhabar), minuman dan jugak jadi tempat pemuzik jalanan mencari rezeki. Lagipun agaknya diorang nampak muka kami ni muka tourist, terus dia duduk kat pintu angkot tu, dan nyanyi. Dah habis lagu.. sorang member group ni akan hulurkan cawan kosong.. Mintak derma. CikTipah huloq Rp1000. Well... at least they work for the money. Walaupun sekadar pemuzik jalanan. Bukan hanya menghulurkan tangan minta simpati.



Salam kasih.

Hotel & Handphone


Royal Corner Hotel, di Jl. Wastukencana 8, dekat dengan masjid. For the guys kalau nak Solat Jumaat, takda masalah. Hotel ni simple, tapi selesa. Gambar diambil sebelum ada tambahan extra bed sebab duk bertiga. Satu bilik ni, share 3 orang with 1 extra bed, for 5D4N cost me less than Rm150. Murahkan? Siap breakfast sekali.. but.. they only served nasi goreng & mee goreng & keropok ubi yang sedap. Setakat untuk alas perut sebelum nak gi jalan2.



Benda pertama yang aku beli di Bandung adalah kartu prabayar (prepaid card) dan pulsa (top-up)nya sekali. Banyak sungguh pilihan. Ada macam-macam. Kalau rajin sms ke 012@017, boleh guna Telkomsel. Kalau rajin sms ke 019, boleh pilih XL. Disebabkan aku selalu text ke 019, aku guna ler XL. Aku tak guna line Malaysia. Satu text RM2. Kalau call pun.. kena roaming charges etc. Mahal maa.... Jadi, aku gunakan sepenuhnya kartu prabayar ni, dan baki terakhir pulsa ku adalah Rp965 @ RM0.30.



Salam kasih.