Monday, January 19, 2009

Naik Gunung Tangkuban Parahu


Hari ke-3 aku tak ke mana-mana. Duk merehatkan diri & melayan ubat demam & muntah2. Hari ke-4 kami ke Tangkuban Parahu di Kecamatan Lembang. Kata pak SupirMan kami, Pak Heri, tidak sah kalo tourist dari Malaysia tak ke Gn. Tangkuban Parahu.

Dari tempat kami tinggal ke Gunung Tangkuban Parahu ni ambik masa dalam sejam untuk sampai. Jalan ke sana mengingatkan aku pada jalan Cameron Highland. Jalan mendaki, di kiri kanan jalan penuh dengan rumah2 dan kebanyakan usaha mereka adalah menanam sayur2an.


Antara yang menarik perhatian aku. Kereta kuda yang siap dipasangkan kanvas di atas badan kuda tu supaya tak kena hujan. Jualan rambutan (read:ubatbatuk) yang melimpah ruah. Hmm kalo tak batuk.. sedap nih.. Wanita dalam gamabr yang tengah tu adalah pengemis jalanan. Ditangan kirinya ada sekeping kotak yang ada tulisan dengan pen dan tangan kanannya memegang cawan plastik. Cuaca agak sejuk sebab hujan. Jadi, bila angin kuat, aku nampak badan dia menggigil2 menahan kesejukan. Kesiannya...


Sampai di puncak Gunung Tangkuban Parahu, cuaca sangat sejuk. Bila cakap pun keluar asap dari mulut. Hujan renyai2. Kabus. Angin. Bila van kami parking, ramai penjual jalanan ni datang menyerbu. Jual cendermata. Macam-macam. Tapi, seperti pesan Pak Heri sebelum sampai "Nanti kalo sampai di atas, akan ada ramai penjual2 jalanan. Kalau tak nak beli, jangan cakap apa-apa. Jalan terus. Buat tak tahu. Kalau nak beli, tawar dengan harga yang paling rendah sekali sebab mereka jual dengan sangat mahal". Berkali2 diulangnya. Jadi, kami ikut pesan PakHeri.. diamkan diri aja. Gittew..!


Oleh kerana tak dapat melihat Volcano Tangkuban Parahu dengan jelas sebab dek kabus, PakHeri suggest kami ke Tourist Information Center. Gratis, katanya. Kami pun berlari (kononnya nak ngelak ujan, padahal nak ngelak penjual2 yang menyerbu!!) ke dalam bangunan tu tengok bahan2 yang ada sambil dengar penerangan dari petugas di sana. Yang ngeri bestnya bila petugas tu kata "Harimau belang tu dah makan 2 orang, mati sebab ditembak. Yang lagi satu tu mati sebab terhidu gas beracun dari volcano di sini." huhu..



Bila dah reda hujan sikit, kami ke tempat "mesti bergambar" kalau di sini. Jadi, dalam demam2 pun, aku bergambar jugak. Tak tau bila lagi bleh sampai sini, beb..! Tak jelas sangat permandangan sebab kabus tebal. Kalau takda kabus, mesti cantik giler. Subhanallah.. Tak caya? Cuba klik kat sini.



Salam kasih.

4 comments:

Zuer said...

waduhhh...nie lah tempat zuer nak pergi sangat !!!!

adibah said...

Zuer,harus pergi. Nanti kakDib bagi phone number PakSupirMan ittew.

Anonymous said...

nak kena suh kelab rekreasi opis buat lawatan ke bandung nih hehe...ala-ala ikut rombongan opis lah

adibah said...

Kajangmali,

Jom!!! ;-)