Seperti yang dirancang, kami ke Jakarta pada hari ke-2, di bawa oleh Pak Heri, the SupirMan.. hiks!..yang menunggu kami di hotel jam 8 pagi. Katanya, perjalanan ambil masa kurang lebih 2 ke 3 jam. Pesan seorang kawan "kalau nak ke Jakarta, kena pergi selepas subuh, supaya kurang macet". Memang betul pun.. dari tol Pondok Gede Timur dah start macet hinggalah ke destinasi yang kami tuju, iaitu Mangga Dua.
Permandangan perkampungan dalam perjalanan ke Mangga Dua. Aku tak pasti nama kawasan penempatan ni, tapi lokasinya bertentangan dengan Ancol. Rumahnya tersusun terlekat antara satu sama lain yang aku rasa lebarnya cuma dalam 15 kaki mungkin? Sesuatu yang jarang dilihat di sinetron2 yang selalunya memaparkan kemewahan dan kesenangan hidup. Aku dapat rasa kegigihan dan kesungguhan mereka mencari rezeki. Banyak gerai2 lesehan yang rata2 menjual makanan yang lebih kurang sama.
Sewaktu kami ke sana, ada bahagian Jakarta dilanda banjir. Ini jalan menghala ke Mangga Dua. Aku terlepas shot kanak2 yang berjalan dalam air sambil menjual makanan ringan dan minuman di simpang jalanan. Sesuatu yang tak akan dapat dilihat di Malaysia. Anak2 Malaysia harungi banjir hanya untuk seronok2 sahaja!
Jakarta dari satu sudut pandangan yang berbeza. Kelihatan Monumen Nasional (MONAS), Bangunan2 pencakar langit dan bulatan yang terkenal di Jakarta (yang aku dah lupa namanya..). Juga toko Sarinah, yang dulunya popular sebagai tempat shopping golongan kaya. Sekarang juga mungkin.
Kami ke Mangga Dua dan Tanah Abang untuk shopping. Dan setelah selesai segala urusan, balik semula ke Bandung. Tiba di Bandung jam 9.30malam. Dan malam itu juga, aku mula rasa panas badan dan muntah2. Mungkin kerana perubahan cuaca atau terkena hujan ataupun makanan, ntahler aku pun tak pasti, hinggakan di hari ke-3 aku tidak ke mana-mana. Ditemani ubat batuk yang aku pesan dari CikTipah dan panadol, minyak CapKapak & Vicks yang aku beli ketika dinner hari sebelumnya.

Salam kasih.
4 comments:
jumpa inul tak kat Jakarta?
Kajangmali,
ada jugak jumpa kat 2-3 tempat.. tapi posternya aja..! hehe
inul pun jadi motif perbualan kat sini? ada jumper kumpulan once tak? Sheila on 7 ker? ahakszzzz
Zuer,
Adaaaa...!!!! Jumpa Nidji, Project Pop, The Titans, D'Masiv, ST 12 (yg tengah top sekarang).. tapi sumer jumpa dalam TV!!!
Post a Comment