Thursday, January 29, 2009

Hari Ini


Hari ini adalah hari tak sihat. Balik dari klinik pagi tadi, aku duk melepak kat sofa sepanjang hari. Tadi kat klinik, menunggu gilirannya kemain lama, sebab ramai orang. Skrang kan musim demam. Ramai gak aku tengok tadi kena buat blood test. Bila nama aku dipanggil, aku pun masuk ler..




Doktor: Ye.. kenapa?

Aku : Bla bla bla gitu gini gitu gini...

Doktor: Dah berapa hari?

Aku: Dua

Doktor: Hari ni tak kerja ya?

Aku: Ye..

Doktor: Okay.. nanti saya bagi ubat

Tak sampai lima menet rasanya aku duk dalam bilik tu. Dia tak check apa pun. Cuma tanya aku itu ini je. Aku balik dengan dua jenis ubat dan MC sehari. Balik umah, breakfast, makan ubat & tengok tv. Tapi tak lama lepas tu tv yang tengok aku..


Aku tak sedar bila masa terlelap. Tiba-tiba aku terdengar lagu I'm Yours by Jason Mraz. Owh.. handphone aku bunyi. Temanku call ajak lunch. Dia kata nanti keta spot merah dia sampai dalam masa 20 menet. Aku kata okay. Layan mata 5 menet jap, lepas tu baru ler bangun siap2. Takda nak mekap2, cuci muka, sapu bedak baby jonson, pakai tudung.. siap!! Serabai ler agaknya muka aku kan.. tak larat ler nak tacap2..! Huhu.


Ini gambar semalam.. baju baru belang biru


Temanku sekarang rajin pakai baju belang-belang. Tadi pakai baju belang. Semalam pun pakai baju belang. Dah macam kuda belang dah .. ekekekke. Kuda belang pun.. kuda belang la... tapi tetap ensem gak di mata aku. Hiks! Aku pun sama gak la pakai baju belang. Hehe.

Tadi nampak sedap jer Temanku makan nasi dengan ayam goreng & sayur taugeh. Aku takda selera nak makan. Minum air soya pun rasa payah nak telan. Sib baik ada orang tolong habihkan. Huhu.

Masih tak ngantuk lagi ni, sebab dah tidur seharian tadi. Tapi tetap kena tidur. Sebab esok kerja. Goodnite.


Salam kasih.

10 comments:

Mr PenyuBiru said...

baju belang? budak kelate ke teman ko itu.hehe

zino said...

Dr kata jangan lupa makan ubat bila demam...

Ad said...

harusla demam hari2 ..leh jupa temammu ittew!!!

kajangmalimasihdilamuncutipanjang said...

bestnya tido seharian...lepas bangun pekena soya bean lak yess yessss!!!

ati2 dgn kuda belang, kang dia melompat hehe..

adibah said...

PenyuBiru,

Apakah kena mengena baju belang dengan budak kelate? Kompius nihh. Haha

adibah said...

Zino,

Ye betul.. :-)

adibah said...

Ad,

Hiks..! Tak sayang molot eh.. ekekekeke

adibah said...

Kajangmali,

Soya bean pun rasa macam air kosong je... uwaaa.. kuda belang itu best!! hehe

cokolat said...

teman tu sesuatu jeee.... hiks!

adibah said...

Cok,

sangat sesuatu..!! ekekekke