Sunday, January 18, 2009

Ku Ke Bandung

Setelah sekian lama tak travel ke Indonesia.. akhirnya, hari yang ditunggu2 telah tiba.. Ke KL Sentral seawal jam 6.15 pagi, sepatutnya Temanku tolong hantarkan, tapi atas sebab2 yang tak dapat dielakkan, perlu kensel plan A dan Nora&CikMatKhair datang membantu sebagai Plan B. Hidup perlu plan B.. kalau tak.. kelam kabut jadinya..


Sampai di LCCT terus check-in. Owh.. sekarang AirAsia dah ada seat number ya.. no more free seating. Elok jugak lah kan.. tak perlu nak berebut2 macam naik Bas Mini zaman dolu2.


Ahli rombongan .. myself, Ajip & Wanie. Cuba tengok beg Ajip ittew.. Meletops uolsss!!!! Guess original occay..! Hiks! Ni kira ice-breaking moment untuk aku & Ajip ler sebab 1st time jumper.. Dia ni geng office Wanie.. Aku pun ala maleww2 nak amik gambar memula.. hiks.. CikTipah tiada di gambar ya.. sebab dia tukang ngambik gambo..


Tak lama lepas posing tu.. ting tiong ting tong, sedia untuk berlepas. Kali ni takda pulak yang kelam kabut rebut2 seat sebab semuanya dah dapat nombor seat masing-masing. Aku sampai kat seat, aku tengok ada makcik duduk kat sana... Aku tak kisah tak duk tepi tingkap.. bagi chance kat makcik ni.. Titiba laki dia sound aku "What is ur seat number?" Eh.. eh.. aku jawab Ehhh..eh...ingat den tak ponah naik kapatobang yang dah siap2 seat number ko???"10F". Pastu dengan pitching yang ala2 soprano, dia sound aku.."This is number 9. Number 10, blakang sana..!" Eh .. eh... eh.. Sodap mulut ko sound aku yek?? Aku sound balik.. "Uncle, this is row number 10, I think you counted wrongly.".. Bini dia jeling aku kemain lagi...


Pastu orang belakang aku plak sound uncle tu, tapi degil jugak uols... sampaikan kena panggil stewardess untuk confirm nombor seat. Ternyata aku betul dan dia yang salah!! Lepas tu, dengan wajah tak bersalah terpaksalah dia blah dari seat aku kan.. Lepas tu pose2 baca paper.. macam tak bersalah. Kata sorry pun tak uols.. Tapi aku tak kesah.. paham sangat dah dengan perangai warga tua emas yang kadangkala emosinya mengatasi segalanya..



Kalaulah takda translation dalam English tu kan.. sudah pasti, sampai sekarang ni pun aku tak paham apakah maknanya Kencangkan Sabuk Pengaman itu.. Disebabkan aku naik flight Indonesia Airasia, jadi segalanya dalam bahasa Indonesia. Termasuk panduan keselamata juga disampaikan dalam bahasa Indonesia. Kalau orang tanya aku, aku bayangkan Sabuk Pengaman tu macam sesuatu yang relaxing dan cooling. Something like Hot Towel atau Cooling Pad. Rupanya tali pinggang keselamatan.

One thing I like about this flight is that, sebelum take off tu, ketua pramugari kata, "Sama2lah kita berdoa agar perjalanan kita ini selamat sampai ke destinasi". Pertama kali aku dengar seumur hidup aku. And I'm impressed. Aku rasa kompeni penerbangan kat Msia ni pun patut practise perkara ni jugak..kan?


Seperti biasa, kena isi borang deklarasi kastam dan imigrasi. Senang kalau isi borang ni siap2 sebelum landing, kalo tak nanti kelam kabut nak ngisi borang lagi.. nak beratur lagi.. Kalau isi dalam flight ni senang je.. tak sampai 5 menet dah siap..


Mmm.. aku tak pernah sampai ke Bandung ni.. cemana agaknya rupanya ye...?



Salam kasih.

2 comments:

Anonymous said...

wah bagus n3 ni. bleh jadik guide tuk aku kalu nak ke bandung nanti.

adibah said...

MrPenyuBiru

Kalo nak pegi, kena pegi selepas Januari, sebab musim hujan.. payah nak jalan2 dong!