Cuti panjang 4 hari ini ke mana ya? Ramai yang amik kesempatan untuk balik kampung. Aku pun sama jugak. Balik dari class Ahad lepas, terus packing barang2 untuk balik kampung. Jauh jugak kampung aku. Kat Hulu Langat nun.... ikut highway bukit Ampang yang sangat femes untuk parking 'kereta rosak' di malam hari sambil melihat panorama indah KL diwaktu malam.
Orang lain sibuk gi makan besar.. aku pun sama gak.. makan besar satu keluarga. Cuma adik2 aku kat UTM tu je yang tak ada sekali, sebab memasing sibuk dengan tesis & aktiviti. Kami satu family ke Kajang malam tu. Kalo pegi Kajang, apa yang special untuk dimakan? Tak kan lah makan mi bakso kan...? Mesti la makan satay.. hehe..
Cara makan satay penuh perasaan tanpa perlu cover line atau control ayu.. Chaiyo Dikna! Chaiyo!! Kitorang makan 6 orang, total bil RM48. Tak ke gumbira dihati?? Aku check balik resit tengok cashier tu salah kira. Satay ayam 30 cucuk total RM0.30. Boleh??? Bila aku bagitau kat cashier tu, berulang2 kali dia kata "Tima kasih, kak". Kalo tak naya dia tak balance malam tu... tak pasal2 kena top-up wo...!! Aku tak berani la nak wat dono je, terus berlalu pergi dengan senyum meleret sebab bayar kurang uols... Takut kang time tido mimpi tokey satay datang bawak bil, naya je kang!!!! Ish... idak ler aku berani..!!
Semalam, kitorang buat lawatan ke Jusco Balakong. Banyak pulak kedai yang tutup. Jusco pun agak sunyi jugak. Tak sesak macam biasa. Jadi, bila dah tak sesak ni... barulah best shopping..! Untuk lawatan ke Jusco Balakong ni, aku berjaya membawa pulang cenderahati berbentuk sehelai baju keje, sehelai baju dating dan sepasang kasut keje.
Dari Jusco, lawatan diteruskan ke Alamanda Putrajaya. Disebabkan Acik suka makan laksa kat foodcourt Alamanda, kitorang pun pergi lunch kat sana. Lama dah tak jalan kat Alamanda ni..
Dari Jusco, lawatan diteruskan ke Alamanda Putrajaya. Disebabkan Acik suka makan laksa kat foodcourt Alamanda, kitorang pun pergi lunch kat sana. Lama dah tak jalan kat Alamanda ni..
Aku singgah di MPH, ingatkan saja2 nak belek magazine. Oleh kerana ada tawaran diskaun 30% untuk certain books, aku beli ler 3 buku cerita ni, dan satu buku cerita untuk Dikna sebagai ole-ole dari Alamanda Putrajaya. Harap2 boleh habis baca masa semester break nanti, insyaAllah.
Hari terakhir cuti umum ni, kami teruskan lawatan ke IKEA. Ramai jugak orang di IKEA tadi. Macam biasa ada jugak ole-ole yang aku bawak balik sebagai cenderahati dari lawatan kali ini.
Dah. Puaspenat dah berjalan. Esok dah start keje. Rasanya workload untuk esok lebih banyak dari biasa, sebab cuti panjang ni. Harap-harap esok sempat untuk lunch date. Huhu. Rindu maaa....! Hiks!
Salam kasih.
Dah. Puas
Salam kasih.
6 comments:
ku ingat gambor jusco ngan alamanda tu ko yg snap.hehe..
kat IKEA tu ko tak bergambar ngan OX.hehe
wahh... ko mcm ada lagi aura bandung je nok.. sakan ko jalan ni.. dari selatan sampai ke utara gitu...
lama tak makan satay kajang. aku selalu makan yang dekat mrr2 tu je.. kuah dia maveles kan? aku ske satay perot.... sodap!
MrPenyu,
Gambar IKEA tu gambar recycle dari entry lama.. Ekekeke. Lawatan kali ini tanpa kamera! :-)
Cok,
Tu lah kan.. tak abis2 jalan lagi nih..
Kat MRR2 tu pun sodap gak..! Aku suker gak satay perot, pastu makan ngan bawang sekali.. Pergh!! Marvelous!!!
cuti yang sgt penat...mmmmmmmmmm
Kajangmali,
Siannya...
Post a Comment