Monday, January 19, 2009

Naik Angkot

Angkutan Kota atau nama singkatannya Angkot, seperti yang ada di wikipedia adalah;
... salah satu sarana perhubungan dalam kota dan antar kota yang banyak digunakan di Indonesia, berupa mobil jenis minibus atau van yang dikendarai oleh seorang supir dan kadang juga dibantu oleh seorang kenek. Tugas kenek adalah memanggil penumpang dan membantu supir dalam perawatan kendaraan (ganti ban mobil, isi bahan bakar, dan lain-lain). Setiap jurusan dibedakan melalui warna armadanya atau melalui angka - from wikipedia.


Angkot di Bandung. Ada macam2 warna dan jenis Angkot. Macam van sapu di kawasan pekan2 kecil di Malaysia. Cuma di sini lebih banyak sebab tak ada bas. Angkot ni yang paling popular di Bandung.


Kami tunggu angkot berhampiran dengan tugu ni. Banyak. Pilih saja angkot mana yang nak ke tempat yang kita nak pergi tu. Kota Bandung ini rupanya Kota Sahabat dengan Fort Worth, Texas. Kalau Malaysia, aku rasa Bandung ni macam Penang, kerana jalan sehala dan bangunan2 ala2 penjajah i.e. Belanda dan Inggeris. Itu pendapat peribadi ya..



Ini bukan gambar dari sinetron mana-mana. Mereka ni adalah penumpang dalam angkot yang kami naik tu. Yang perempuan tu, katanya dah sekolah menengah (mungkin dalam form 2) dan yang lelaki tu sekolah rendah (darjah 6 mungkin). Nasib baik ada adik ni, tolong bagitau pada supir angkot nak berhentikan kami di mana.



Kalau angkot berhenti di traffic light, akan ada ramai yang datang menjual barang2 macam koran (suratkhabar), minuman dan jugak jadi tempat pemuzik jalanan mencari rezeki. Lagipun agaknya diorang nampak muka kami ni muka tourist, terus dia duduk kat pintu angkot tu, dan nyanyi. Dah habis lagu.. sorang member group ni akan hulurkan cawan kosong.. Mintak derma. CikTipah huloq Rp1000. Well... at least they work for the money. Walaupun sekadar pemuzik jalanan. Bukan hanya menghulurkan tangan minta simpati.



Salam kasih.

4 comments:

Zuer said...

tak sabar rasanya nak naik angkut kat sana...

Anonymous said...

wah! best best!

adibah said...

Zuer,

Tak lama lagi je kan...? Huhu

adibah said...

MrPenyuBiru,

Memang best!!! Tapi seram gak duk depan ngadap pintu. Silap2 emergency brake, mau tercampak beb!!!