Monday, January 19, 2009

Apa Lagi Ye..?

Apa lagi yang ada di Bandung ya? Oh ye.. gerai2 kecik yang dipanggil Lesehan. Lesehan yang pertama kami pergi yang ada bertentangan dengan Paris Van Java. Makan mi bakso Pak Sumo. Sedap juga mi bakso Pak Sumo ni. Sambalnya pedas... membara..!



Yang kedua ni, berhampiran dengan The Herritage. Wanie ngidam otak-otak. Kalau kat Malaysia otak-otaknya dimakan begitu saja, tapi yang ini disediakan kuah kacang. Sambil makan tu, titiba ada 2 orang pemuzik jalanan mampir. Nyanyi lagu dari Once. Lagu best tu.. Apa lagi.. kitorang pun layan ler...siap nyanyi sama.. seronok depa, untung murah rezeki hari tu. Rasanya dapat jugak dalam Rp3000 sekali nyanyi.


Ada satu kedai yang khusus menjual parfum@minyak wangi. Penuh dengan berbotol2 pati minyak wangi dari pelbagai jenama. Aku cari beberapa jenama perfume, baunya tak lari jauh. Memang seakan-akan original. Kita boleh pilih bau apa yang kita mau, dan banyak mana, kemudian staff2 kedai ni akan buat campuran (macam buat ujikaji kimia kat makmal zaman sekolah dulu). Murah uols.. sebotol baru Rp55,000. Dan bau nya pun tahan lama.. Aku beli 3 jenis. Dan ketiga2nya punya bau yang sangat best..!


Dan tibalah saat yang dinantikan, saat untuk balik Malaysia semula. Kalau tak demam, sudah tentu lebih luas lagi perjalanan aku. Tapi, aku yakin semua ini berlaku atas izinNya. Bak kata orang mana ntah, "Jauh perjalanan, luas perbelanjaan". Mesti lagi banyak yang aku beli kan? Banyak membeli, banyaklah belanjanya, banyak belanja, banyak lah begnya, banyak begnya, banyak lah excess baggage fee nya.. gittew..!


Masa timbang luggage aku, katanya overweight lima kilo. Beg yang lain aku tak timbang sekali. Kalo tak naya kena bayar lagi. Aku letak kat tepi2 tempat duduk. Kalo ticketing officer tu nampak, rasanya harus aku kena check-in luggage tu sekali. Kenalah tambah banyak lagi excess baggage fee. 1 kilo = Rp45,000 = RM15. Mahal kan?


Trip pertama untuk tahun ini and I had a great time travelling with them. Terima kasih, CikTipah kerana sudi menjadi ketua rombongan untuk kali ini. Nanti kalo nak gi memana, nak ikut lagi ye.. bleh? Walaupun demam, I had such a great experience in Bandung and Jakarta.


Dan yang paling sedih adalah melihat anak2 kecil berkeliaran di kaki lima, meminta sedekah dari mereka yang sedang bershopping. Yang paling aku tak leh lupa, seorang kanak2 perempuan yang umurnya dalam 4-5 tahun berdiri di sebelah aku "Bunda, beri wang Bunda. Bunda, beri wang Bunda. Kasian Bunda". Oh gosh... kesiannya.. Patutnya anak2 macam ni, sibuk bermain dengan kawan2, ataupun sibuk mewarna atau menonton rancangan kartun di TV mahupun sudah mula belajar mengenal huruf, macam anak2 di Malaysia.


Dalam sedih2 tu, aku sempat jugak fikir.. eh.. rasa best pulak bila sikecik panggil Bunda kan.. Mmm.. apa kata.. nanti nak anak aku (kalau ada.. mudah2an, insyaAllah).. panggil aku Bonda. Owh.. so sweet..! Hiks!


Esok KERJA!!!!! Yeay!



Salam kasih.



8 comments:

Zuer said...

nasib baik demam...kalau tidak mau satu bandung bawak balik? kannnn? hehehe...nanti zuer nak bawak baju sejuk ler !!! Bunda...beri wang bunda....beri wang bunda...bila pulang jadi bonda nie? ahakzzz

adibah said...

Zuer, bawakler kot2 nanti demam jugak kena hujan. Nantilah awak pi sana anak2 tu panggil Ayah pulak.. hehehe

♥Syamelia♥ said...

kak mimie...

bestnya baca psl bandung...
i love bandung so much, dah few times pg, nw rindu lak coz lama x pg sana...

bst kn mkn dkt lesehan?
i love bakso, pecal lele, the indomee goreng... siap ada telur mata lg...
sometimes gerai cam2 lg best dr rest yg mahal2...
love the experience...

but mmg cizn tgk budak2 kecik dkt sana..
kecik2 dah kena carik duit jual paper n such...

-amy

Anonymous said...

oh patutlah wangi hehe..

adibah said...

Amy,

Bila makan kat lesehan.. rasa nak suh depa keep the change je.. bayangkan bakso kat sana baru dalam RM2, sedangkan kat sini diorang jual RM4.50!

Selain dari best shopping, kat sini jugak boleh belajar merasa kesyukuran atas nikmat Allah kan?

adibah said...

Kajangmali,

Wangi yek? Hiks! Malewww aiii!!! hehe

su said...

kak dah baek demam? su lom lg tp kene gi ngaja jugak esok slps MC 2 ari...sian plak kt budak2 tu..huhu

adibah said...

Su, demam dah okay. Cuma batuk & selsema tak kebah2 lagi.. Take care Su, rajin2 makan ubat..