Monday, January 19, 2009

Dapur Sangkuriang

Lunch di Dapur Sangkuriang, Jl. Setiabudhi. Landskapnya berasaskan binaan buluh. Ada beberapa pondok@wakaf disediakan selain dari ruang makan di bahagian utama restoran. Restoran ni sangat tenang, sesuai untuk makan sambil santai mendengar alunan muzik Sunda.


Restoran ni famous dengan hidangan ikan. Ikan yang dimasak ditangkap masa tu jugak, sangat fresh. See.. yang berasap2 tu.. ikan bakar with sizzling sauce. Sedap banget!!!!! Sayur brokoli dengan seafood tu pun sedap. Makan time lapar dan hujan.. bertambah2 ler sedapnya.. hehe.


Ada jugak sayur2 yang lain macam Kangkung Belacan .... kangkung??? Oh tidakkkkk!!! Nasib baik ada brokoli sebagai pengganti. Dan ulam ulaman yang segar. Dan sambal belacan yang meletoppp!!!! Rata2 kami semua kenyang perut suka hati..! Harganya pun berbaloi.. Makan + minum + dessert harganya dalam RM15 seorang.

Kata salah sorang staff di restoran ni, restoran ini adalah restoran "orang Malaysia". Sebab majoriti pelanggannya adalah tourist dari Malaysia. Aku tengok pun.. memang ya.. takda sorang pun pelanggan dari Indon. Banyaknya tourist group dari Malaysia.

Dan kalau ada rezeki ke Bandung lagi, aku pasti akan singgah di sini lagi.



Salam kasih.

6 comments:

Mr PenyuBiru said...

makan panas² time hujan. wah! sedapnye.

adibah said...

MrPenyuBiru,

Memang sedap banget!!

kajangmalisakittekak said...

nakkk ikutttttttttttttttt!!

adibah said...

Kajangmali,

sakit tekak minum ais banyak sangat tu kan....

nak ikut?? jom.. ikut macam plan tadi yek.. cuti 10 hari gittew!

Zuer said...

gambar makanan jer...tak nampak pun gambar owang yang makan...mesti tak lalu makan kan? sebab demam?

adibah said...

Zuer, gambar orang yang makan.. kena edit. Sebab masing2 nampak sangat dah Gendang Gendut Tali Kecapi, Kenyang Perut Happy Happy!! Ekekekeke.