Thursday, April 30, 2009

Terdengar Lagu Ini


Aku suka dengar Sinar FM while driving... (dah kertu agaknya aku ni ye CikTipah, suka dengar lagu2 retro ..) Sambil layan traffic light merah, aku layan lagu kat radio masa tu. Terus aku teringat entry aku yang ini. Lagu ini sangat sesuai untuk entry tu rasanya.. cuba tengok liriknya..

Kaum Hawa - Krisdayanti

Hampir saja aku meragukan semua
ragu apa aku bisa bahagia
denganmu sayang ternyata ku senang..

Namun kau tak sendiri ada dirinya
kita saling mencinta tak ingin putus
kita ciptakan cinta yang terlarang..

Ku digauli rasa salah
namun tak inginku hentikan
bersamamu aku merasa
ku pantas bahagia..


Dosa itu di depan mata
ku menyakiti kaum hawa
dia yang t'lah lama denganmu
dan masih denganmu uh.. masih saja denganmu..

Namun kau tak sendiri ada dirinya
kita saling mencinta tak ingin putus
kita ciptakan cinta yang terlarang oh..

Ku digauli rasa salah
namun tak inginku hentikan
bersamamu aku merasa
aku juga pantas bahagia..

Ku tak ingin jadi isteri yang muda
ku juga tak mahu kau lepas dia
biar saja aku yang pergi kasih
semoga kau bahagia..


Kata seorang teman, bukan senang bila berada di dalam situasi ini. Macamana baik pun diri dia, dia tetap nampak 'jahat' mata orang sekeliling. Yang nampak hanyalah buruk hingga terpadam segala kebaikan yang ada. Dulu dia menentang sekeras-kerasnya situasi macam ini.

"Tak payah lah nak payung emas bagai.. payung kat rumah aku banyak!!"

Dan bila terkena batang hidung sendiri, baru dia sedar. Dugaan Allah itu sangat kuat. Sedaya upaya dia mengelak, tapi cinta itu tetap datang. Alhamdulillah, berkat kesabaran, dia dah bahagia dengan yang di cinta, dan dikurniakan seorang putera. Ironinya, madu yang dahulunya sentiasa nak bergaduh dan bertekak akhirnya menjadi teman baik. Dan setelah dikurniakan seorang putera, segala yang 'jahat' di mata orang sekeliling terus terpadam.

Rasanya kita banyak disogok dengan cerita2 drama dan kisah2 artis dan orang-orang glamer yang menunjukkan ketidak bahagiaan dan "kejahatan" orang ketiga ini. Wallahualam


Salam kasih.


Ops! Salah Translatelah..

Cuba tengok video ni.. di minit ke 1:02 ke minit 2:03. When Hafiz and Aisyah berborak dalam bahasa Sarawak.




Siap ada translation lagi.. but the funny thing is.. translation adalah salah.

First:
Hafiz kata : "Auntie mek gaok sik?"

Maknanya : "Makcik saya garang tak?"

Translation kat tv: Makcik Hafiz pengetua sekolah tu

Second:

Aisyah kata "Apa mek sik perasannya, Fiz?"

Maknanya : "Apa (kenapa) aku tak perasan, Fiz?"

Translation kat tv: Apa baju dia pakai?
Third:
Aisyah kata "Minggu tok mun nya ada, awal mek napok diri"
Maknanya : Kalau minggu ni dia ada, awal2 aku menyorok

Translation kat tv: Kalau minggu ni ada lagi memang habis.

Jauh betul beza makna sebenar dengan translation kat tv. Buat gelak aku je... Kenapalah tak refer betul2 pada orang-orang yang faham, kan? Lawak sungguh. Ekeke.


Salam kasih.

Wednesday, April 29, 2009

Mini Reunion ITMCS Batch July 91


Malam semalam, ke Subang Jaya. Ada majlis mini-reunion untuk ex-student ITMCS (ITM Cawangan Sarawak) Batch July, 91 di TGI Friday, Subang Parade. Untuk mengelak dari traffic jam, aku keluar rumah awal, as early as 5pm & berjaya sampai ke lokasi 35minit kemudian. Kira okay la kan? Takda la jam teruk sangat. So.. aku antara yang sampai awal.. jalan sana sini dulu, nampak MPH, aku singgah tengok buku & beli satu magazine untuk dibaca as a free time killer.

Lepas Maghrib, masuk ke TGI Friday. Ada promo. So, kami amik the promo set. Aku makan benda-benda nih.. share with Ima.. u know how big the portion is kan? Makan tak penting sangat dah.. sebab seronok duk borak dengan member-member. Ada yang dah berbelas tahun tak jumpa.




My personal opinion, this one taste something like Cikedis :-)


Yang ini sedap..


Ina (yang dah 18 tahun tak jumpa dia.. ), myself, Ima & Meza


Ina, Meza, Zizi (with her lovely kids),
Mad, Adre, Reimy, Ima and myself


Rasa seronok dapat jumpa balik member2 lama ni.. rasa muda kembali..! Hiks..! Duk mengingat kisah2 cinta lama.. kisah2 lawak masa di campus dan jugak bincang a little bit regarding our next reunion in 2010 yang mungkin akan diadakan di Miri Sarawak, InsyaAllah.. Hope to see u guys again real soon!!


Salam kasih.


Di Bawah Pokok Ketapang - Part II

Bila keta dah selesai diservis, sampai masa untuk mengisi perut yang kosong. Lapar beb.. Jalan sana sini.. pusing sini sana.. akhirnya ternampak van rojak parking kat Taman Tasik Titiwangsa.
Temanku : U nak rojak? Jom kita makan rojak nak?
Aku: Okay.. kena pusing then parking kat sana. (..sungguh menurut kata dan tidak melawan aku ini kan, CikTipah?)

Can u see the pokok ketapang?


Cendol pulut dua..


Rojak dua..


Sempoi.. meja pun takda..

Temanku kata seumur hidup dia tak pernah dia buat macam ni. Makan dating kat tempat macam ni. Sesempoi ini. Aku pun sama gak. Mana ler aku reti. Aku siap kata kat dia, order pastu makan dalam kereta macam kat A&W PJ tu boleh tak?

Well, tempat di mana tu tak penting sebenarnya.. the company that matters, kan? Kalau dengan orang yang kita tak happy with, ajak makan kat restaurant yang cosy atau fine dining pun kita takmo kan?


Ada orang teringin nak pusing2 kat parking tu dengan basikal tua kaler itam tu.. Lepas tu suruh aku snap pic. Ish ish ish.. idok ler teman.. wat gelak dek customer mamak rojak tu je nanti.. hahaha. Abih tu.. takkan aku nak duk dalam bakul tu kan?? Abih pecah bakul tu nanti! hahahahahaha.


Salam kasih.


Di Bawah Pokok Ketapang - Part I

Can u see the pokok ketapang?

Semalam lepas kerja, aku pergi servis kereta. Bukan kat servis center.. sebab lambat + mahal + tukang servis nampak tak pro. Aku pernah tengok.. junior mekanik yang servis keta aku kat service center tu... duk tertanya2 itu ini kat supervisor dia.. macam tak reti nak servis keta.

Temanku suggest aku servis keta kat tempat lain. Lebih murah dan mekaniknya lebih berpengalaman. Sebagai seorang yang menurut kata dan tidak melawan.. (hiks!) aku pun setuju. Jadi, kat sini lah aku servis keta.. di bawah pohon asmara pokok ketapang ini.. somewhere near to Kompleks Damai and Hentian Bas Pekeliling.



Uncle ni nampak sangat pro okay.. tau je dia apa nak buat.. apa yang tak kena dengan keta. Dia akan suggest apa yang patut tukar dan bagitau apa yang tak perlu ditukar. Ikut ikut pengalaman aku, kalo kat servis center, takda pun depa wat gittew. Semua based on list yang dah sedia ada.



Barang-barang like minyak engine, oil filter, spark plug, minyak brake semuanya boleh beli sendiri kat area Kompleks Damai tu.. nanti lah next service (next 8000KM) aku cuba snap gambar kedai kitorang gi beli tu..

Yang paling bestnya.. barang2 + upah tak sampai pun RM200! Kalo kat service center, it might have cost me not less than RM250! This is my 3rd time servis keta kat sini.. Memang berbaloi!!



Salam kasih.

Thank You, Hazman aka TT

Tadi ke TGI Friday, Subang Parade untuk mini reunion ITMCS Batch July 91... (hehehe.. rasa tua plak diri ini..!) Sambil tu amik kesempatan untuk jumpa Hazman aka TukangTaip aka TT sebab nak bagi something kat dia.


Aku terkejut tengok dia datang dengan tangan penuh dengan hadiah dan a hand bouquet of 3 kuntum red roses. Lovely..! Dah bertahun aku tak dapat bouquet dari sapa2.. jadi bila dapat tadi.. rasa sangat best! Thank you, dahling...! Hiks!


Thank you so much for the book cum frame, tea and hand bouquet. Love it so much.. ! Have a safe trip and hope to see you again.. Lepak Pakli nak? Hahahahaha.. LOL!


Salam kasih.

Monday, April 27, 2009

Weird T-Shirt?


Someone that I know.. is currently "wearing this t-shirt". What is your say? Apakah persepsi pertama bila mendengar ayat:

"Miss XYZ sedang bercinta dengan suami orang"



Salam kasih.

Tersentuh Hati

Videonya sudah ditonton oleh 35juta viewers worldwide. Malah dia dah ditemuramah oleh Larry King di CNN. Siapa dia? Sila klik di link yang ada ini. Mesti tonton!

http://www.youtube.com/watch?v=luRmM1J1sfg


".. everybody was laughing at you.. no one is laughing now!!" - Piers Morgan..

" I am so thrilled, because I know that everybody was against you. I honestly think that we are all being cynical and that's the biggest wake up call ever...." - Amanda Holden
Bukti untuk kata-kata "Don't judge a book by its cover". Ditertawakan, dengan muka yang sinis oleh penonton British Got Talent pada awalnya... akhirnya mendapat standing ovation dari seluruh audience.


Kemudian.. interview di CNN .. selamat menonton..!





Nasib baik dia tak lahir di Malaysia!


Salam kasih.

Sunday, April 26, 2009

Kuking Taim


Lama dah tak main masak-masak nih.. Perut pun lapar.. Apa lagi.. bukak peti ais, amik udang&fishball dalam fridge, keluarkan sayur, keluarkan mee.. jom masak mee goreng! Sebelum tu.. amik bawang merah, bawang putih, halia ... amik cili kering, potong & rendam dalam air panas mendidih, 10 menet lepas tu.. masukkan dalam blender.. kasi putar!!


Tumis dulu bahan2 yang dah berputar-putar ittew..


Udang + fishball, kobis+sawi dan mee kuning yang siap sedia untuk dicampak dan dikacau. Garam, kicap & oyster sauce pun dicampak sama ikut suka.


15 minit selepas itu.. inilah hasilnya. Hiaskan dengan telur rebus pengantin semalam yang disiram dengan kicap kipas udang.. wallawehhhhh marbeles!!

Sebenarnya.. mee kuning ni.. aku beli Jumaat lepas, kononnya nak masak dan bawak masa jumpa Ana hari tu.. Baik punyer aku dah siap potong itu, potong ini.. bila on dapur.. tap ..! tap ..! tap..! tap..! tak mo jugak berapi.. rupanya gas dah abes.. adoila..... !! Sorry Ana.. next time ye... Gas baru beli.. kompom tak akan terjadi lagi masalah gas untuk 2-3 bulan lagi ni.. !

Masa jumpa hari Jumaat tu.. Ana bawak baked pasta yang sangat sodap!! Gambar lupa nak amik ler.. hehehe.. Bila habis baru teringat!! Thank you, beb.. :-)


Salam kasih.


Pencuri!!

Sekarang ni banyak berlaku kes kecurian di masjid dan surau. Sampai hati kan? Padahal masjid dan surau tu kan tempat ibadat... Banyak benda2 yang ada di masjid & surau dicuri.. siapalah yang tak bermoral tu, ye?

Aku nak kongsi petikan artikel yang aku dapat dari website ini..

Kita sendiripun, kadang kadang telah dan sedang melakukan kerja mencuri yang tidak disengajakan. Seumpama bila kita pergi ke masjid, kasut kita dikebas orang, maka kita akan bertindak mengebas kasut orang lain pula. Seharusnya kita redho dan balik dengan berkaki ayam, Tetapi malangnya, kasut orang lain pula yang akan kita kebas...

Kecurian tanpa niat juga boleh berlaku, dimana seringkali barangan wakaf masjid atau surau semakin hari semakin kurang bilangannya
. Mana tidaknya, Kitab-kitab, tikar masjid, sejadah, dan pinggan mangkuk, konon dipinjam sementara, tetapi sampai sudah, barangan wakaf itu tidak dipulangkan. dan akhirnya menjadi harta sendiri. Ini dipanggil pencuri moden di zaman IT. Pelakunya tetap berdosa kerana mengambil hak orang lain untuk menjadi hak kita.



Tadi berlaku jugak satu kecurian.....


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.








Tapi kecurian yang disengajakan... Kawan aku pesan "Masa gi wedding nanti, jangan lupa curi sireh pengantin.. pesan orang tua, kalo nak cepat jodoh, curilah sireh pengantin then makan sireh tu."


Inilah wajah pencuri sireh itu dengan bahan bukti sekali occay...!
Wajah yang tak bersalah!!!


Tahukah anda: Sireh itu pedas


Salam kasih.

Saturday, April 25, 2009

While You Were Driving




Tiba-tiba.. ada orang sudah nyanyi lagu ini while driving... ! Ingat aku tak tau lagu ni ye...? Hahaha.. Next time, kalau ada kat karaoke lagu ni.. u kena nyanyi okay!! No excuse of tak pandai nyanyi..! Dah terbukti awak pandai nyanyi... nyanyi lagu Anak Tupai lagi... hiks!

Awak jangan la malu nak ngaku ye...! <--- tiru skrip dalam buku nota .. *wink


Salam kasih.

Amer Nikah & Sanding

Hari ni rombongan ke Rawang, untuk majlis nikah & resepsi Amer&Linn. Keluar rumah as early as 8am sebab nikah dalam pukul 10.30am. Bergambar dulu sebelum pegi. Owh.. Dikna... kenapalah harus awak pangku kat peha saya jugak?? Ish ish ish..


Pengantin sedang mendengar kutbah nikah. He look so cool.. tapi dalam hati.. Tuhan je yang tahu kan.. hehe


Pengantin perempuan duduk bersimpuh di dalam debar. She has a twin sister. Both of the bride and groom are twin.. kebarangkalian untuk mendapat baby twin adalah tinggi. Yeay!!

Selesai nikah, duk rehat sebentar kat ruang rehat masjid, then berarak ke rumah pengantin perempuan. Rawang adalah jam! Teruk jugak jam di Rawang ni ya... Memandangkan kamera aku kiut miut je.. jadi, menjadi segan pulak nak amik gambar secara besar-besaran. Kamera lain suma besar-besar beb!!!


Pengantin duduk bersanding.. ye la.. abeh tu.. takkan la pengantin bersanding berdiri, ye dak?? Aku amik gambar dari tempat duduk aku je...segan ma... nak bediri dengan kamera comel ku ittew... Duk kat pelamin sekadar untuk bergambar sahaja.. tepung tawar, baling2 itu , baling2 ini.. tarak! Elok gak tu.. sebab suma dah lapar beb! hehehee..


Walaupun kamera ku itu cinonet saja ... tapi... pose ini adalah eksklusif occay!! Takda kat kamera2 yang lain ittew.. Aku mintak pengantin wat pose2 gila2.. dan inilah yang paling gila2 sekali.. Korang malu yek??? Hiks!


Kapkek di meja pengantin... nampak sangat menarik..
budak2 ramai kerumun nak kapkek ni..


Gambar dari google image
Soalan : Kenapakah tiap kali kenduri kawin ... udang galah sentiasa menjadi hidangan lauk pengantin? Kadang-kadang udang panjat, kadang-kadang udang terbang, kan? Lepas tu.. pengantin tu setakat kuis2 manja jee.... tak makan pun udang galah tu.., kan?
Apa kata... next kenduri ni, buat lauk oyster pulak.. kan? Best nya....!!! Kalo pengantin tak makan... biar aku yang makan!! hahaha


Selamat pengantin baru, Amer & Linn
Semoga bahagia hingga ke akhir hayat..
Welcome to our family, Linn.


Next week, nak ke utara pulak.. Ami, the twin brother's turn untuk nikah.. Good luck, bro! Seksa Amer dah lepas... awak punya turn pulak next week, ya... hehehehe :-)


Salam kasih.


Friday, April 24, 2009

The Five Letter Word


I never had a thought about it anymore, since then. But, the text that I received yesterday evening, when I was only few meters away from school to be exact, really makes me sad.. Kalau ikutkan hati nak patah balik umah je.. wanna skip my class, tapi pikir nak dapat result mid-tern exam hari tu, aku duduk jugak kat class. Lecture sejam setengah, aku tak rasa apa. Aku salin je apa2 yang diconteng2 dek Prof. aku... blindly...!



Why la that 5 letter word pops up again? Aku dah betul2 lupa pasal benda tu.. Aku dah tetapkan hati, aku dah tekad, aku nak enjoy hari2 aku.. dari satu hari ke satu hari, tanpa perlu fikir pasal benda tu. Aku taknak 'benda' tu buatkan aku stress. Sebab aku sangat sayangkan apa yang aku ada sekarang. Dan aku taknak kehilangan apa yang aku ada sekarang.. kalau boleh sampai aku menutup mata..


Aku tak suka rasa perasaan yang macam ni.... *sad.


Salam kasih.

Thursday, April 23, 2009

Behind The Scene II


Sambungan dari entry yang lepas, hari ni, giliran aku pulak bergambar. Macam fotografi apa je kan...? Padahal setakat nak amik gambar untuk Staff ID je.. Studio sangat tak selesa dan penuh dengan kotak-kotak dokumen.. panas..!!
Mengomen gambar dan mencari 'the best shot' hahahahaha...


Seperti biasa...
kanan sikit..!
kiri sikit..!
kiri..!
tegak bahu sikit..!
haa... senyum... okay..!


Tadaaaaa!!!!

Takda maknanya aku nak mekap tebal2 macam artis wat fotografi... Lipstik, powder & paint sudah cukup... Orait... settle dah sessi bergambar. Tak kisah lah cemana-cemana pun hasilnya.. janji free..! Hiks!


Salam kasih.

Wednesday, April 22, 2009

Swing Swing Swing

from google image

Hari ni mood swing laa.. kejap okay.. kejap tak okay.. Mungkinkah sebab cuaca yang panas?? Bila mood swing nak makan pun malas. Rasa nyampah je nengok makanaan. Siap aku dapat komen dari pengkritik tetap ... (larikkk!!!)
"Makan pun malas?.. bukannya suruh buat kerja.. Kalau suruh basuh kain ke.. lipat kain ke.. malas tu logik jugak.. Makan pun malas?? Pelik..."
Mmmmm... nampak sangat Men are from Mars, Women are from Venus, kan?


Singgah kat satu pot baru, ada orang tingin nak makan Rojak Buah. Rojak Buah? Best.. best. setuju!! Aku pun terbayang rojak buah kaler itam. macam biasa ler...


Sekali sampainya rojak buah yang lain dari biasa.. Cili + cuka + belacan dan ditaburi gula. Adoiii... begitu Salam Pantai Timur sekali rojak buah ittew.. !! (.. dari kejauhan samar2 kelihatan keta spot warna merah yang sudah ber'ekon' baru yang berharga RM900.. sejuk je bila naik tadi..)


Walaupun rasanya pelik.. aku makan jugak. Rasa macam makan somtam la pulak.. Apa itu somtam? Sila gugle sendirik..! Personally, aku rasa rojak buah yang ada petis tu, taste better than this one.. Mungkin aku tak biasa kot.. but i can say that he loves it!

"Teh beng so.. sirap lima so... rojak buoh so.." <-- wahhhh... terus keluar "bahasa royal" kat kaunter bayaran tadi. Dalam hati aku berkata... "sah dapat diskaun!"... huhu..Dapat diskaun ke tak tadi yek?

Lepas tu jalan2 lagi sana sini.. pok pek pok pek dalam keta.. titiba datang balik penyakit mood swing aku ittew..! Masa balik tadi, aku terus keluar keta Temanku cam tu je.. without saying goodbye whatsoever.. Sib baik tak kena langgar.. kot dilanggarnya aku tadi kan.. baru padan ngan muka aku..!!Haha...


from google image

Sekarang, sedang sakit perut pulak.., mungkinkah sebab rojak buah ittew? Hari ni.. mood swing yang sangat kronik.. I'm sorry...! *perati kalender... mmm..


Salam kasih.

Behind The Scene


Dapat email dari HR Department, suruh amik gambar baru untuk new Staff ID card. Since ada 2 orang photographer kat office aku, diorang pun volunteer untuk tolong amik gambar.. easier for us tak perlu nak gi kedai gambar.

Sebuah stor untuk menyimpan barang-barang & dokumen dah berjaya di convert menjadi studio. Ada dua photographers. Bila sorang snap sorang lagi jadi assistant untuk guide client.

Kiri sikit...!

Kanan sikit....!

Bahu angkat sikit....!

Tegak sikit....!

Kiri Kiri... lagi.. lagi.. aaaa okay..!

Gi kanan! Kanan.. senget sikit.. lagii.. aaaa okay....!




Kak Nor yang gembira menjadi model pertama untuk hari ini .. hehe

Kak Lin dengan senyuman sampai ke telinga hehehehe..! :-)

Tukang interframe + tukang gelak memang ramai!! Hahaha..


Lepas penat posing serius untuk gambar staff ID.. tiba masanya posing style 50s!! Bila lagi nak buli photographer kan!!


Tapi yang tak leh tahan... bila ofismate aku yang sorang ni... siap touch-up lagiiiii!!!! Eekekekekeke.. Siap pinjam compact powder sapa ntah.. yang jadi mangsa. Hahaha.

Tadi keje aku duk menggelakkan orang je kan.... bagi la peluang... Hari ni hari aku gelak kan korang.. esok.. giliran korang pulak .. hehe.. * sambil cari no. tipon akak lawa & macho yang mekapkan masa hi-tea hari tu.. hiks!


Salam kasih.

Tuesday, April 21, 2009

Mas Cotek

Kenal tak pokok apa nih? Inilah pokok mas cotek yang menjadi sebutan Tijah baby ittew. Ini gambar dari Temanku sebenarnya, dia snap gambar ni kat ofis & hantar MMS kat aku. One of the staffs yang beli pokok ni, nak tanam kat umah. Bestnya boleh bercucuk tanam kat laman rumah, kan? Aku yang duk kondomaniam (read: pangsapuri) ni mana la nak tanam pokok apa2 pun.. Setakat nak tanam pokok taugeh tu boleh la...

Dengan rasa sukati-macam-pokok-tu-sendiri-punya aku pun mintak Temanku bawak selai dua untuk jadi tatapan aku, dan juga menjadi entry blog. Hahaha. Jadi, berjayalah buat kali pertamanya seumur hidup (boleh masuk Hari Ini Dalam Sejarah) aku bertentang mata dengan daun mas cotek ni.. (sian aku kan, Jah.. uhuk!! )


Daun mas cotek betina. Mana aku tau daun tu betina ke jantan? Macam terrer kan?? Sebenarnya aku dapat info dari website ini. Dua lai yang fresh, satu lai lagi dah kering dan memberi pandangan dari belakang. Lokasi fotografi: dalam keta sepot aku.


Pandangan daun mas cotek di tangan seorang lelaki berlatarbelakangkan kaki aku yang sedang kadang2 tekan minyak & kadang2 brake! Melampau tau fotografer nih.. sampai 17 shots berposing dengan mas cotek..!

Ini adalah info yang aku dapat dari website http://www.herbatani.com. Rupanya ada banyak khasiat mas cotek ni..

Yang sesuai untuk aku adalah:
  • mengawal tekanan darah tinggi
  • merawat migrain, resdung, diabetes, gout, batu karang, tekanan darah tinggi/rendah
  • kandungan flavonoid yang tinggi untuk mengekalkan keayuan dan awet muda<-- penting nih...!
  • mengurangkan tahap kolesteral dalam darah
  • mengurangkan keletihan dan kelesuan badan
  • melancarkan peredaran haid <-- orang pempuan mesti!

Yang lain tu belum berapa nak sesuai sangat lagi... contohnya.. meningkatkan keinginan hubungan suami isteri <----bahayer nih... hiks! Kalau dia tulis.. meningkatkan keinginan berumahtangga... ha.. kalo yang gini.. baru boleh..!! Ekekekeke.



Salam kasih.