Lepas kelas, aku ke Kem Herba, Sg. Congkak. Ada mesyuarat keluarga besar untuk pembahagian tugasan event besar dua minggu lagi. Sesuatu yang baru akan berlaku. InsyaAllah, nak buat wedding reception untuk my twin cousins kat sana. Semoga dipermudahkan urusan, InsyaAllah. Aku ada 3 tugas besar menanti iaitu:
1. Driver untuk ke Rawang dan Jitra
2. Penghias meja utama. (Makcik aku tak tau yang aku nak hias jugak meja untuk jemputan khas yang lain hehe..) Konsepnya herba.. Tijah, aku nak mintak sponser mas cotek boleh? Ekekeke.
3. Pengacara majlis
2. Penghias meja utama. (Makcik aku tak tau yang aku nak hias jugak meja untuk jemputan khas yang lain hehe..) Konsepnya herba.. Tijah, aku nak mintak sponser mas cotek boleh? Ekekeke.
3. Pengacara majlis
Dalam masa tunggu time untuk meeting, aku jalan2 sekitar Kem Herba. Snap gambar itu ini. Sana sini. Ntah kenapa kali ni, aku nampak bunga raya yang paling menarik sekali. Tiba-tiba dapat ilham buat puisi... er.. layak ke dipanggil puisi ya? *malu sey....
Hibiscus@Kem Herba Sg. Congkak
Hibiscus itu..
..tanda kepercayaan
..tanda kesetiaan
..tanda keluhuran
..tanda kedaulatan
.. tanda kesopanan dan kesusilaan
Hibiscus itu merah...
merah itu darah..!
merah itu marah..!
merah itu salah..!
Hibiscus bukan merah yang itu...
..merahnya itu warna berani ..
..merahnya itu warna hati..
Salam kasih.
6 comments:
aku leh sponsor 4 lai jer. amacam?
Tijah baby,
4 lai tu untuk aku sorang je nok.. Kalo dapat sedahan tu baru lah boleh wat hiasan.. ekekeke
haha..dib takat bunga raya ..umah aku pun banyak kekekekk..tapi sekarang nih lagi banyak putik durian tuh.. tunggu lah lagi 2-3 bulan jadilah buah durian gamak nyer..
bunga raya tak besh, bunga durian tak besh, yang best...bungaaaaaaaaaa
Ana,
Durian? Best! Best! Nanti jemput aku gi makan durian yek! (*tak malu)
KM,
Bunga apa? Bunga kantan?
Post a Comment