Saturday, April 18, 2009

Suruh Kakak Tu Letak Cheese!


Tiap kali gi makan KFC, Dikna mesti order Cheezy Wedges. Memang favourite dia. Ayam ke.. apa ke.. benda yang lain, dia tak heran... yang penting mesti ada Cheezy Wedges. Makan tak pandang kiri kanan.. hehe

Dia boleh habiskan satu serving tu sorang! Adik... adik... hehe.. Cheezy Wedges & Dikna sukar dilepaskan... teringat kisah Dikna & Cheezy Wedges masa cuti sekolah tahun lepas. Ceritanya begini..

Kisah ni berlaku masa Dikna balik kampung dengan MokTeh & PokTeh time cuti sekolah tahun lepas. Ramailah jugak family members lain balik kampung time tu.. Meriah.. Satu hari tu.. diorang gi jalan ramai-ramai, main bowling. Bila dah penat.. dan lapar.. diorang semuanya singgahlah makan KFC.

Bila PokTeh tanya Dikna nak makan apa.. dia jawab "Cheezy Wedges".

Orang lain order macam2. Snack plate lah.. jelly ice-creamlah.. burger lah... wedges biasa la.. macam-macam. Bila makanan sampai, Dikna pun happylah nampak Cheezy Wedges idaman dia tu. Dia bangun, gi cuci tangan.

Bila dia sampai balik kat meja, dia nampak ada orang lain (XXXX) tengah sedaaaap jeeee mengadap dan mengunyah CheezyWedges dia dengan selamba. Dikna terus sentap.


Dikna pun kata dengan muka sedih dan separa nak menangis.. "XXXX, itu Dikna punya..."


Orang tu dengan selamba ambik wedges yang biasa... hulurkan kat Dikna dan kata:

"Ni.. bawak yang ini, bagi kat kakak tu.. (sambil tunjuk kaunter)
SURUH KAKAK TU LETAK CHEESE!!"



Adoiiii...!!!!!! Sukahati ko je kan????? Dikna terus sentap.. langsung tak makan apa.. sampaikan terpaksa order yang lain untuk dia.. tapau.. dan sampai kat rumah dia makan sensorang kat dalam bilik..

Yang orang tu pun satu... takkan tak tau yang cheezy wedges dan wedges biasa tu tak sama? Cheezy wedges tu kan harga lain dari wegdes biasa??? Duh.....!!! Nasib baik aku takda.. Kalo tak.. memang XXXX tu kena kutuk gelak secara berjemaah. Hehe..


Pengajaran: Tak semestinya budak kecik tak tau apa-apa. Hiks.



Salam kasih.


10 comments:

+h.a.z.e.r.i.n+ said...

Dikna boleh geng kat kak reen!!~~

caya lah.
nnt blanja dikna cheezy wedges yep

ad said...

sini cheese dikhuatiri non halal..sungguh pilu entry ni

adibah said...

Hazerin,

Akak dia pun nak jugak wehh!! :-)

adibah said...

Ad,

sabo... sabo.. cuti nanti kita makan cheezy wedges ye.. :-)

patungcendana said...

aku pun suka cheezy wedges...yum...yum...

re:...tak sure la confession ke bukan...tapi itu salah satu fakta tentang 'lelaki dan nombor'...kita kena baca majallah untuk lelaki ni...banyak fakta...hehehe

ciktipah said...

agak kt tpt tu bleh kot mintak tambah cheese nok. dia biasa buat tuh hiks.

KM said...

next week ye kita order..

adibah said...

Patung,

cheezy wedges sedapkan? :-)

majalah lelaki? setuju.. at least kita boleh belajar sesuatu dari sana.. tapi.. betulke penulisnya lelaki? hehe

adibah said...

ciktipah,

bolehkah dikategorikan orang ittew sebagai.. memandai2? hehehe

adibah said...

KM

Next week gi KFC ye? yeay! jom! :-)