"Wah.. bestnya.. "
"Wah.. cantiknya..."
"Wah.. sedapnya.."
Masing-masing teruja dengan isi dalam kotak tu.. Sebenarnya dalam kotak tu adalah cupcake. Hadiah birthday untuk CikMatKhair yang kitorang kongsi ramai-ramai. Hadiah dari The Breakfast Club.
Cupcakenya sangat cantik occay.. Setiap cupcake ada gambar empunya diri. Dan ditengah-tengah ada satu cupcake yang ada tulisan Happy Birthday. Kitorang order dari website ini. Kawan kitorang jugak, ex-staff department sebelah.
Sebenarnya gambar atas cupcake tu adalah yang diambil dari entry aku tahun lepas. Kalau nak buat cupcake ada gambar macam ni.. senang je.. Cuma email kan gambar kat tokey cupcake4u ni.. pandai2 ler dia adjust nanti. Gambar tu boleh dimakan ye.. bak orang kampung aku.. "edible photo" hiks!!.. Agaknya ini yang orang kata "kau ni makan gambar lah.." hahaha
Gambar dari entry yang ini
Untuk CikMatKhair.. Selamat Hari Lahir.. semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki.. dan dirahmati Allah selalu.. Selamat Makan Gambar!! Hehe.
Sesiapa yang minat nak tau lebih lanjut pasal cupcake ini.. sila ke website www.cupcake4u.wordpres.com. Sila.. sila..
Sesiapa yang minat nak tau lebih lanjut pasal cupcake ini.. sila ke website www.cupcake4u.wordpres.com. Sila.. sila..
Salam kasih.
6 comments:
nasib baik tak makan orang2 dia sekali hehe.. selamat hari lahir utk yg sambut birthday tu..
Zino,
huhuhu.. nanti birthday hazwan tahun depan, boleh buat cupcake macam tu kan? :-)
selamat nyambut hari lahir en khir
KM,
nanti saya sampaikan ucapan :-)
ermss.. nanti nak ambik kelas belajar deco ngan edible image plak..carik masa nih..
Ana.. u should.. kan dah ada talent membuat kek yang sedap. Bila dah masuk class tu, boleh business nanti beb!
Post a Comment