Tuesday, April 21, 2009

Mas Cotek

Kenal tak pokok apa nih? Inilah pokok mas cotek yang menjadi sebutan Tijah baby ittew. Ini gambar dari Temanku sebenarnya, dia snap gambar ni kat ofis & hantar MMS kat aku. One of the staffs yang beli pokok ni, nak tanam kat umah. Bestnya boleh bercucuk tanam kat laman rumah, kan? Aku yang duk kondomaniam (read: pangsapuri) ni mana la nak tanam pokok apa2 pun.. Setakat nak tanam pokok taugeh tu boleh la...

Dengan rasa sukati-macam-pokok-tu-sendiri-punya aku pun mintak Temanku bawak selai dua untuk jadi tatapan aku, dan juga menjadi entry blog. Hahaha. Jadi, berjayalah buat kali pertamanya seumur hidup (boleh masuk Hari Ini Dalam Sejarah) aku bertentang mata dengan daun mas cotek ni.. (sian aku kan, Jah.. uhuk!! )


Daun mas cotek betina. Mana aku tau daun tu betina ke jantan? Macam terrer kan?? Sebenarnya aku dapat info dari website ini. Dua lai yang fresh, satu lai lagi dah kering dan memberi pandangan dari belakang. Lokasi fotografi: dalam keta sepot aku.


Pandangan daun mas cotek di tangan seorang lelaki berlatarbelakangkan kaki aku yang sedang kadang2 tekan minyak & kadang2 brake! Melampau tau fotografer nih.. sampai 17 shots berposing dengan mas cotek..!

Ini adalah info yang aku dapat dari website http://www.herbatani.com. Rupanya ada banyak khasiat mas cotek ni..

Yang sesuai untuk aku adalah:
  • mengawal tekanan darah tinggi
  • merawat migrain, resdung, diabetes, gout, batu karang, tekanan darah tinggi/rendah
  • kandungan flavonoid yang tinggi untuk mengekalkan keayuan dan awet muda<-- penting nih...!
  • mengurangkan tahap kolesteral dalam darah
  • mengurangkan keletihan dan kelesuan badan
  • melancarkan peredaran haid <-- orang pempuan mesti!

Yang lain tu belum berapa nak sesuai sangat lagi... contohnya.. meningkatkan keinginan hubungan suami isteri <----bahayer nih... hiks! Kalau dia tulis.. meningkatkan keinginan berumahtangga... ha.. kalo yang gini.. baru boleh..!! Ekekekeke.



Salam kasih.


14 comments:

zino said...

banyak khasiat dia.. nak makan macam mana buat ulam ke? hehe

Ana Ali said...

pokok nih aku pernah jumpa..nanti lah leh tanam gak..skrg ader misai kucing dan pokok2 bunga serta pokok pandan, pokok kari, pokok kaktus, bunga melur..hahaa..eh eh tulis kang tak cukup kertas.. misai kucing kalau rebus elok untuk melawaskan perut dan UTI (aku dah cuba)

NouroulSuhaimi said...

utk yang kaler biru tu aku ske!!!
tijahpon ske..
ahak.ahak.ahak!!!

KM said...

lahaiii camtu ghupe nye mas cotek nih...
serentak kan amalkan makan acai monavie dan minum air rebusan mas cotek nih????...hehe!!! ngaummmmm ngaummmmm!!! hahaha

p/s: cok, masukkan gak nama pokcik dalam list sukerrrrrrr apa2 yang biru nih.

adibah said...

zino,

kalau ikut dari website tu, boleh makan macam ulam & boleh rebus dan minum airnya..

adibah said...

Ana,

Sila.. sila.. lebih baik tanam sendiri dari beli kan? jimat...

adibah said...

cok,

of koz la nok.. bak kata opismate aku.. "kalo tak suka.. bawak2 la berubat" ekekekkee

adibah said...

KM,

elok ler tu..

KM said...

hehe
sori lah asyik merapu je lately..
cuaca panas laaa

*me bawak diri ke penjuru dapur pastu dok dediammmm..

adibah said...

KM,

napa nak bawak diri?

Ad said...

pasni sila tgk kat nuffnangs..

ada x org google ngarut2 lagi.,..

mmm...mas cotek, mas cotek..popular hang ni yer!!

adibah said...

Ad,

fofuler occay! bila ad nak share pasal acai berry ittew? jom la.. kita share info.

kirana said...

Mcm penah je Kirana tengok sedara Kirana tanam daun2 nih. Tak perasan la pulak tanaman tu banyak faedahnya. Ingatkan tanaman hiasan je...

adibah said...

Kirana,

Ramai orang yang tak perasan khasiat daun ni.. sekarang ni mahal dah tau..!