Friday, April 10, 2009

Acai Monavie


Ini bukan botol wine ye... ataupun botol sparkling juice.. Ini adalah botol Acai. Bukan nama tuan botol ni Acai.. tapi product ni nama Acai Berry Monavie.

Pernah dengar tentang Acai Monavie tak? Aku pun baru this year dengar pasal supplement product ni dari member kat ofis. Dah 3-4 orang yang ambik supplement ni, aku cuma perhati je. Disebabkan harganya agak mahal dalam lingkungan RM130 and above (bergantung pada sapa yang jual.. kalo dia amik komisyen lebih, maka lebih mahal lah harganya..), jadi aku bagi peluang kat kawan-kawan try dulu.. dan tunggu testimonial dari diorang.


Acai Berry dari google image

Jadi orang2 sekeliling aku yang amik supplement ni bagi feedback yang agak bagus. Dan setelah aku dipsiko dek doktor-yang-nama-sama-dgn-nama-mantankekasihku (motif?? hehehehe), aku terus mengadap ofismate aku, Karen lalu berkata "Karen, please bring me one LengChaii Acai next Monday eh". Jadi sejak Isnin lepas, aku amik lah Acai ni. 10ml, 3X sehari (pagi sebelum gi keje + tengahari selepas balik dating keje + malam sebelum tido).

Baru seminggu kan.. masih belum tau kesannya lagi.. tunggulah mungkin next week aku gi check BP. Ad yang jauh di China tu pun, adalah salah sorang pengguna Acai Berry ni. Katanya berkesan, Alhamdulillah..


Pokok Acai dari google image

Kalau nak tau lebih lanjut tentang Acai Berry Monavie ni.. bolehlah google sahaja. Ada banyak info tentang Acai Berry ni. Ataupun sila klik pada ayat-ayat di bawah yang dipetik dari www.monavie.com :

untuk product overview, sila klik ayat-ayat ini

apa itu Acai? sila klik di sini

untuk the science, sila klik di sini


Kalau ada siapa2 pernah terdengar tentang Acai Berry ni dan nak kongsi cerita/pendapat, sila tinggalkan di ruang komen ya.. terima kasih. KM... your comment, please...


Salam kasih.

10 comments:

Ad said...

wah...ad nak wat entry acai ni x lepas2 lagi..asik terlupa ..

nnt nak wat jugaklaa..leh?nak promote nama org yg jual kat Ad.

adibah said...

Ad, boleh.. boleh.. silakan... kongsi dengan readers.

Tijah said...

aku org kampung nok...minum air tebu jer. huhuhu

adibah said...

Tijah,

Kalo minum air tebu 3x sehari, cukup setahun, silap2 aku kena potong kaki nok...! uwaaaaaa!!!

Hazerin said...

hehehe. pokok acai tu bukan mcm pinang tu ke?tapi buah dia kecik2. hehe ke salah?

thanks for the comment. sy sudh semakin bsemangat.
eh, someone blas ur comment tau. sila tgk. hehehe

adibah said...

hazerin, kalau tengok dalam gambar, macam pokok pinang tu kan..? saya pun tak pernah nampak pokok tu..ataupun mungkin pernah nampak, tapi tak tau khasiatnya...

singgah selalu ya.. :)

ciktipah said...

supplement utk apa ni nok? aku pun mcm tijah, org kg. tp aku minum air kosong laa, bukan air tebu :p.

adibah said...

ciktipah,

untuk antioksida. untuk kesihatan. ko minum air kosong?? bukan ke ko selalu minum Frappucino Starbuck sajork?? :P

KM said...

makin ramai yang concern pasal kesihatan sekarang kan..bagus bagus. saya pun kena fikirkan utk jaga kesihatan gak lah ni.

adibah said...

KM,

Yeah.. true.. KM nak jaga kesihatan? Boleh.. sila.. sila.. KM takda komen tentang product tu?