KM telah mengomen panjang lebar dalam entry aku yang lepas ini.. Aku rasa elok aku petik setangkai dua komen KM ni untuk dikongsi bersama..
Pengenalan:
Saya selalu gak dengar kekawan dok bincang pasal diet, pasal nak kuruskan badan, kebanyakkan bermotipkan nak kelihatan cantik. belum jumpa lagi yang awal2 kata dia nak kurangkan berat badan sebab nak lebih sihat. alasan biasa dengaq sebab nak pakai balik kebaya 3 tahun lepas, sebab malu kat kekawan, sebab nak menten cun kat hby and/or bf dan lain2 lagi setaraf dgnnya.
Permasalahannya:
Sebab nak cantik nya pasal,
a) Ada yang sanggup minum jus fiber slimming je dan menahan kelaparan dan selera
b) Ada yang sanggup tertekak dgn laki bila bincang harga slimming produk,
c) Ada menyalahkan nasi jahat sebabkan dorang gemuk, sian tau mak ayah atok moyang dulu2 dok makan nasi hari2 tak gemuk punggg??
d) Lagi dasat ada yang sanggup gadai nyawa gi sedut lemak, risiko nyawa melayang pun takpe, janji cantik.
Kesannya:
Jgn la sampai menyeksa diri menahan selera, derita kebuluran, stress nak bayar produk slimming, kekurangan zat makanan etc etc, ini mengundang byk penyakit esp. stroke, sakit jantung, gangguan hormon, masalah kidney, tulang rapuh etc. walaupun berjaya kurangkan berat tapi jadi 'fragile' lepas tu lagi menyedihkan.
Cara mengatasinya:
Cuba lah amalkan simple things,
- bersederhana makan,
- ubah corak menu makanan (kurangkan makanan goreng2, minyak2, lemak2, santan dari kedai azhar [Tijah!!! huhuhuhuhu] pun kurang2kan iye hehe, sekali sekala takpe)
- slowly reduce kan jumlah makanan harian tanpa perlu seksa berlapar lak
- buat medical check up utk liver function, kidney fucntion, lipid profile, blood pic etc utk monitor taraf kesihatan.
Kesimpulan
- Sepatutnya kesihatan diutamakan, diikuti kecantikan, baru cun.
- Sapa kata orang lelaki tak pandai membebel.. sekali dia dah bunyi.... ameekkkkkkk ko!!!!! Ekeke. <-- KM.. jangan amik ati aaa.. gurau je tau..! hehe
Thank you KM for the info.
Nota:
KM adalah seorang individu yang mengkaji ilmu Sains Pemakanan dan pernah menghasilkan artikel2 tentang Pemakanan. Nanti aku nak interview dia tentang issue "Betulkah Nasi Itu Jahat @ Menggemukkan?"
Salam kasih.
KM adalah seorang individu yang mengkaji ilmu Sains Pemakanan dan pernah menghasilkan artikel2 tentang Pemakanan. Nanti aku nak interview dia tentang issue "Betulkah Nasi Itu Jahat @ Menggemukkan?"
Salam kasih.
16 comments:
sapa yg diet ni? uols kah? isk isk iskkk..patut dah kurus.
salam. akak sokong. nak kurus dan nak cantik tak perlu menyiksakan diri dan menyiksakan poket. ikut cara pemakanan yag sihat, insyaallah badan boleh sehat dan maintain. tak payah sedut-sedut lemak.
haa..betul tu kanda..
diet sbb nak sihat..
diet tu maknanya MAKAN seimbang, bukan berlapar, kan KM kan???
haaa...nasi baik laa..ad makan hari2...sedap kalau pekene daging salai masak lemak cili api ..nyummyyyyy
err...abg azhar kata santan dia no- kolestrol. hikhik
ciktipah,
itu adalah soalan random dari ramai wanita/gadis/anak2 perempuan.. kan? at least dapat gak idea, bagaimana nak berdiet..
iols diet?? takda makno ehhh :P
KakPah,
betul kata kak pah tu.. saya sokong..!
kakpah datang lagi yek.. :-)
Ad,
Betul dinda. Kanda pun setuju.. kan KM kan? kan? kan? hiks!
Tijah,
Segala kolesteral santan ittew telah dineutralkan hasil dari kehenseman abang azhar ittew ye nok? :P
hahahaha cam ada promo laaa kat bawah tu erk?...actually saya tadek lah seindah spt yang didakwa itu.
Nasib baik kpah dan ad sokong hehe yesss yessss!!tq tq. hahahhaha. Pemakanan sihat & pemakanan seimbang tu...senang je sebut tapi ramai tak faham dgn betul....apa kebendanya dan camna nak amalkannya?.
setia tul pn tijah mencover en azhar yang encem ni kekkeke, kagum pakcik tau, camni lah bagus kan hehe...memang betul tu santan tadek kolesterol, in fact semua tumbuhan & produk tumbuhan tadek kolesterol. walaupun santan tadek kolesterol tapi santan, termasuk gak santan darikedai en azhar tu ye mengandungi tinggi asid lemak tepu (orang kg parit sulong panggil saturated fatty acids), ianya tak baik utk kesihatan jantung. jgn anti santan lak..santan best, sedapkan masakan cuma jgn la kerap sgt gi beli santan kt kedai en azhar.
kang terpanjang lak ni kekeke better stop hehe
KM,
teruskan menulis.. boleh jadi entry lagi :-)
amvoi! amvoi!
teringin la tijah nak berkenalan dgn KM. hikhik
*dok bayang gini la kut dialog masa sesi berkenalan dgn pn tijah kan...
tijah : "hi, saya tijah, ni hah borang public mutual, jgn buat tak reti reti nak isikan lak iye..."
me : "er errr eeerrrrrRRR"
*larikkkkkkKKKKKKKK!! hehe
Tijah,
Sila Jah.. sila... Ekekekeke..
KM,
tak baik buli Tijah camtu taw.. Tijah seorang yang pemalewww..!!
hikhik. pandai la KM nihhh. ni yg buat tijah lagi teruja nak kenal nihhh...
err..deeb, sorry yer. ada sesi ujibakat plak disini...
Tijah,
Sila.. sila.. anda telah melepasi stage I. Please proceed to Stage II. Hehe
Post a Comment