Monday, August 31, 2009

Selamat...!



MERDEKA!!!

MERDEKA!!!

MERDEKA!!!

MERDEKA!!!

MERDEKA!!!

MERDEKA!!!

MERDEKA!!!





WARISAN - Allahyarham Sudirman Hj. Arshad


Di sini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Di sini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan

Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Ke mana harus kubawakan
Ke mana harus kusemaikan cinta ini

Bertapak di bumi ini ku melangkah
Ke utara selatan
Timur dan barat
Ku jejaki

Aku bukanlah seorang perwira
Gagah menghunus senjata
Namun hati ini rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

Kuingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Kuingin sampaikan pesanan
Akulah penyambung warisan



Aku doakan yang baik2 sahaja untuk kamu, Malaysia... insyaAllah.. amin.....


Salam kasih.

Friday, August 28, 2009

Wa Respek Sama Lu Bro..!


Bro
Wa respect sama lu...
Bila tiba bulan Ramadhan
Lu selalu borak
Pasal solat terawih

Surau ni buat lapan
Surau tu buat duapuluh
Surau ni satu juzuk
Surau tu surah2 pendek
Surau tu ada tazkirah
Surau ni laju
Surau tu slow
Surau ni morehnya sedap
Surau tu moreh biasa-biasa

Wa happy
Bila dengar lu sembang macam tu
Tapi wa sedey
Sejak wa kenal lu
Wa belum pernah nampak
Lu buat solat fardu



Wa doakan
Mudah2an.. tahun ni..
Allah bukakan pintu hati lu, InsyaAllah

Mudah-mudahan..
Lu akan mula
Buat solat fardhu
Mungkin lu boleh try
Dua rakaat dulu..
Mesti wa akan tambah respek sama lu, bro!



*ini adalah luahan hati.. sebab dah bertahun berdepan dengan situasi ni.... nak bersuara aku tak mampu.. sebab aku jauh lebih muda.. nanti dicop 'kurang ajar' pula..



Salam kasih.

KureKure Pun Nak Raye..


Semalam... KureKureku senyum... tuannya (read:empunya blog) yang fenin... huhu.. Dah sampai masanya KureKure bertayar baru.. Aku tak tau nak ke kedai mana.. jadi, aku pergi jugak di tempat yang sama.. yang pernah aku pergi dulu untuk tukar 2 tayar depan January dulu. Ada aku tulis entry tentang tukar tayar di sini.. Amoi tu bukak database.. nasib baik dia bagi harga yang lama..sebab aku pernah tukar kat sana.. Sepatutnya.. harganya lebih mahal.. Tengkiu Amoi..!

Aku tak reti sangat sebenarnya pasal kereta nih.... hehe.. Aku cuma bagitau kat Amoi tu.. buat sama macam yang KureKure pernah buat dulu.. termasuk tukar 2 'valve' getah kepada 2 'valve-steel' which cost me RM10@piece. Memang plan dulu2 sebenarnya.. memang nak buat gitu pun... sebab masa tukar dulu pun dah tukar ke 'valve-steel'. Kalo bahasa lady driver adalah.. "penutup tayar yang getah, yang kena bukak untuk isi angin tayar tu.. dah tukar dari getah ke besi"... mesti ramai aweks2 reader yang kata ... "owwwhhhhhhhh... yang itu"... hehehe



KureKure sedang seronok dimanjakan...



Dan tadi telah berlaku sessi 'mesra pelanggan' antara aku dan Amoi semasa tunggu KureKureku dimanjakan..

Amoi : U satu orang sajer? Abang tak datang?


Aku: Taklah.. Abang keje.. U ingat i lagi ke?


Amoi: Ya lorr.... dulu u sama abang datang aaa... u ada snap photo... 'Tapernah' ada customer datang sini bawak kamera maa... Itulah i boleh ingat sama yeww....


Aku: (gelak.. tapi dalam hati.. Tuhan jer yang tau..)


Hari ni terbang RM345.. kalau tidak keranamu KureKureku sayang.. aku dah boleh dapat sepasang baju raya + kasut raya + "dalaman" raya dengan harga tayar rayamu ittew.... huhu..


Nota dalam hati: Itulah payahnyer bila dulu2 duk ada sama-sama.. kat mana jer.. Bukan sekali aku kena tanya macam tu.. kat kedai makan yang kitorang duk selalu pergi pun.. aku kena tanya gak.. Haruslah lepas ni carik kedai2 lain.. huhu..


Salam kasih.

Thursday, August 27, 2009

Lagu Cinta Paling Best

Bagi aku, lagu ini adalah pemenang untuk kategori lagu cinta paling best sekali...! Walaupun kita kadang2 terleka dari menunjukkan, meluahkan dan membuktikan rasa cinta kita padaNya.. Enjoy the video..






Sebenarnya hati ini cinta kepada Mu
Sebenarnya diri ini rindu kepada Mu
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa cinta masih tak hadir
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa rindu belum berbunga

Sesungguhnya walau ku kutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau ku siram
Dengan air hujan dari tujuh langit Mu
Namun cinta tak kan hadir
Namun rindu takkan ber bunga

Ku cuba menghulurkan
Sebuah hadiah kepada Mu
Tapi mungkin kerana isinya
Tidak sempurna tiada seri

Ku cuba menyiramnya
Agar tumbuh dan berbunga
Tapi mungkin kerana airnya
Tidak sesegar telaga kauthar

Sesungguhnya walau ku kutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau ku siram
Dengan air hujan dari tujuh langit Mu
Namun cinta tak kan hadir
Namun rindu tak akan berbunga
Jika tidak mengharap rahmat Mu
Jika tidak menagih simpati
Pada Mu ya Allah

Tuhan hadiahkanlah kasih Mu kepadaku
Tuhan kurniakanlah rinduku kepada Mu
Moga ku tahu
Syukur ku hanyalah milik Mu



Selamat membeli belah di pasar Ramadhan.. secara berhemat ya... Jaga poket, jaga selera, jaga mata.... :-)



Salam kasih.

Aku Masih Mencari

Adakah anda seorang patron Pasar Ramadhan? Dah 6 Ramadhan ni.. baru sekali je aku sampai ke Pasar Ramadhan.. itu pun sebab nak exam, jadi beli jer makanan untuk iftar dari Pasar Ramadhan kat sekolah. Bila kat Pasar Ramadhan, memang inilah yang aku cari... Setiap gerai aku perhati. Cari-cari.. takder.. Intai-intai pun tak nampak..

gambar dari fotopage ini... mintak izin ye..


Kuih talam keladi berlauk.. sangat mabeles! Aku memang suka banget sama ini talam keladi berlauk. Makan dengan homemade sos cili.. pergh..!! Kalau makan kuih ni.. mak mertua telefon pun tak angkat..!! Motif?? Ada ker mak mertua?? Hehe.. Dulu mak opismate aku, pandai buat kuih ni.. aku order satu talam kecik.. kongsi dengan hsemate ramai-ramai.. Sekarang ni mak dia dah tak sehat.. dah tak larat nak buat kuih ni dah...

Kalau kat Pasar Ramadhan biasanya kuih talam berlauk jer.. tanpa keladi.. Bolehler ... janji ada ye dak...?

Aku belum pernah lagi try buat kuih nih.. nantilah.. kalo rajin.. aku try..insyaAllah..Untuk try buat kuih nih... initial step adalah.. cari resepi.. Jadi ...dengan semangat dan gigihnya aku gugel.. dapat resepi kat sini.. terima kasih ye...

TALAM KELADI BERLAUK

Bahan A
2 cawan tepung beras
2 s/b tepung ubi
2 s/b tepung gandum
6 cawan santan [1 biji kelapa]
1 s/k garam

Bahan B
2 cawan ubi keladi [potong dadu, rebus dan toskan]
2 s/b udang kering
4 tangkai cili merah [cincang]
1 pokok daun bawang ]
1 pokok daun sup ] racik
2 s/b bawang goreng

Bahan C [hiasan]
cili merah [cincang]
bawang goreng
daun sup dan daun bawang [racik]

Cara
1. Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang 10 x 10 inci.
2. Campurkan semua bahan A dan tapiskan dalam mangkuk.
3. Masukkan bahan B dalam mangkuk dan gaulkan rata.
4. Tuangkan adunan perlahan-lahan dalam loyang yg telah diletakkan dalam kukusan.
5. Kukuskan adunan selama 30 minit.
6. Bila dah masak sejukkan beberapa jam.
7. Potong kuih dan taburkan bahan hiasan.
8. Hidangkan

Nampak cam sonang jer, kan? Nantilah aku cuba try test tengok dulu... huhu..


Salam kasih.

Wednesday, August 26, 2009

Pengajaran dari Mid-Term Exam


Mid-term untuk paper accounting dah selesai.. Alhamdulillah.. Examnya cuma 1jam 40minit.. aku rasa exam kali ni bukannya focus on accounting.. tapi lebih kepada pemikiran kreatif..

Ada dua soalan, setiap soalan diberi masa 50 minit untuk menjawab. Gila lama kan? Nama jer dua soalan.. tapi soalan tu.. ada anak2 dan cucu2nya berderet... Jawapan untuk setiap soalan sebenarnya buatkan student perlu apply 'creative thinking' ataupun perlu 'think outside the box'. Calculationnya mudah.. tapi.. nak mencari rational behind the findings tu yang perlukan pemikiran kreatif.

Sebagai contohnyer.. 2x5=10. Simple.

Tapi.. anak soalannya berbunyi; kenapakah 2x5 itu adalah 10, bukannya 15?

Gila jenuh kena fikir bagi alasan logik, kan?

Soalan yang kedua.. lagi buat aku mabuk! Data & details diberi, kemudian suruh calculate dan buat jadual, berdasarkan Style A dan Style B. Aku pun gigihlah buat kotak lawa2, tulis elok2 untuk Style A. Calculate based on info given. Settle. Sebab straight forward.

Kemudian buat yang Style B. Calculate, based on data. Sekali tengok jawapan untuk Style A dan Style B adalah sama! Panic attack datang! Selalu buat exercise & past years question, jawapan tak sama.. Jenuh fikir.. apa yang tak kena.. ada tak data yang tertinggal.. rasanya macam takda. Aik.. cemana leh sama nih??

Aku jeling member kat sebelah.. tengok dia tengah tekun. Aduh.. lagilah nebes! Aku tengok.. markah untuk soalan ni adalah 14markah.. so.. dah bajet dalam keadaan sedey.. mau ilang 7 markah disitu... sedey....!

Lepas exam, aku check ngan kawan aku.. dia kata memang jawapan dua2 tu sama.. dan bukan aku sorang jer yang panik rupanya.. hahaha.. tak pernah aku buat exam.. jawapan untuk anak soalan 1 dan 2 adalah sama.. nasib baik aku tak jawab "SAME AS ABOVE"

Aku kelakar tengok kawan2 class aku.. bila lecturer ada dalam class masa exam.. sumer senyap.. Tapi...bila lecturer keluar dari class.. ramai yang terus sok sek sok sek sok sek. Macam2 bahasa aku dengar. Bahasa Arab ada, bahasa Melayu ada, English ada, Hindustan ada.. tapi bila lecturer masuk balik.. sumer diam! Hahahaha.. korang ni... bulan posa tak baik cheating tawww!!


Pengajaran dari exam ini : SILA PERCAYA DAN YAKIN PADA DIRI SENDIRI.


Salam kasih.

Tuesday, August 25, 2009

Change Me





Sekali sekala... layan...!



Selamat bersahur.. :-)

Sunday, August 23, 2009

Peringatan Untuk Diri Sendiri




25/08/2009 (Tuesday) -
Accounting and Control of Islamic Fin. Inst.
Mid Term Exam
8pm - 9.30pm



29/08/2009 (Saturday) -
Business Ethics
Weekly Quiz (& assignment due)
10.30am - 10 menet jer.. takleh lama2...


Strategic Management and Policy
Mid Term Exam
2pm - 4pm



Current Status:

*adehhhh!!!



Selamat berpuasa everyone...




Salam kasih.

Friday, August 21, 2009

Jumaaat Pre-Ramadhan yang Mengejutkan


Rasanya pernah aku tulis tentang bagaimana aku suka hari Jumaat sebab aku selalunya mendapat 'jawapan' kepada semua persoaalan aku di hari ini. Alhamdulillah... Bermula dengan satu text yang aku hantar seawal jam 8++ pagi rasanya.. dengan satu soalan..


"U kat mana ni..."


Lama tak berjawab.. akhirnya sms signal berbunyi.. aku baca..


"Kat kg.. I dah kahwin"


Aku jadi blur.. sangat blur.. kawan2 duk tanya kenapa muka aku macam terkejut.. It's a shocking news anyway.. Kami berbalas sms. Aku call dia. Tak berjawab. Kemudian dia call aku.


"I mintak maaf" katanya..


Kemudian kami berbalas sms lagi.. lama juga..


Finally, aku terima sms..


"Lupakan suami i"



Aku jawab:



Dan dia jawab "TQVM".


Enough...! Aku delete semua nombor dia. Semua dah jadi history.


Tapi.. pukul 1.40 petang tadi.. aku nampak ada missed call. Dari nombor yang sama. I wonder.... call aku lagi buat apa?

Anyway... Selamat Pengantin Baru. Aku maafkan dia.. dan semoga Allah maafkan dia juga.. Aku doakan kebahagian untuk mereka.. semoga dimurahkan rezeki.. Dan biarlah segalanya tinggal memori. Because I need to move on.

Aku suka hari Jumaat.. penghulu segala hari dan hari aku banyak mendapat jawapan kepada persoalan aku... Syukur, Alhamdulillah.. Aku menangis? Aku rasa cuma less than a minute.. sekadar 'melayan' sebak. Macam tak percaya!

Dan macam tak percaya.. cabaran Ramadhan aku.. bermula seawal ini... Raya nanti boleh cari calon baru! hahaha aku sedang cuba gembirakan hati




Salam kasih.


Sebelum Mulanya Ramadhan


Untuk semua umat Islam.. khas untuk teman2 di blog ini.. ye.. kamu semua adalah teman-teman aku.. Selamat Menyambut Ramadhan.. semoga Ramadhan kali ini dapat dinikmati tanpa sebarang halangan, InsyaAllah.. Sebelum mulanya Ramadhan.. sedikit luahan rasa hati untuk semua..


Kiranya
Pernah hatimu tersinggung
Pernah hatimu terluka
Pernah jiwamu marah
Pernah perasaanmu hancur
Pernah nalurimu terguris
Kerana aku..

Maafkan aku
Zahir dan batin
Halalkanlah
Segala yang pernah kau beri
Makan, minum.. apa sahaja..

Aku juga sudah memaafkan dirimu.






Selamat berpuasa.. maaf zahir batin.



Salam kasih.

Thursday, August 20, 2009

Bebelan Pre-Ramadhan


Bila Ramadhan nak datang.. semakin banyak aku 'diperingatkan' tentang benda ni... Semakin banyak aku tengok di sekeliling aku..

Iklan jualan perabot... sofa baru.. meja makan baru.. katil baru.. Persoalannya.. kenapa bila nak raya je banyak iklan macam ni.. tapi tidak di waktu nak sambut perayaan yang lain-lain.. Masih ada lagi ke yang tukar perabot setiap kali nak raya? Semakin ramaikah tetamu masa raya nanti, kalau tukar sofa baru? Ada ke tetamu yang buat 'checklist' tentang apa barang2 di rumah yang baru atau yang lama? Pelik...



Iklan barang2 letrik... seperti peti ais, aircond, tv dan termasuklah blender. Perlukah tukar sempena nak raya? Sekarang ni musim TV Plasma.. aku bajet.. itulah yang paling laku sekali.. Tapi, kalo beli TV Plasma baru.. mesti nak 'matching' kan dengan sofa baru ye dak? Takkan tv plasma meletop.. tapi sofa ala2 sedih.... hehe.. owh my.....!


Iklan kapet... adoi...! Everywhere..! Tukar kapet baru? Setiap kali raya? Mungkin yang mampu bolehlah berbuat demikian.. Kapet sekarang ni dah murah atau makin mahal? Aku tak tau.. sebab aku tak pakai kapet.. aku pakai tikar rotan. Kurang sikit debunya...


Harap2nya dalam sibuk2 kita membelek katalog ini.. jangan lupa pengertian sebenar Ramadhan dan Syawal ye.. Mari kita nantikan.. pada Ramadhan yang ke berapa agaknya.. tercederanya 'saintis-saintis muda' yang gagal semasa menjalankan ujikaji mercun ciptaan sendiri. Ruginya...hmmm *sigh.


Mmm.. kan dah membebel..... haha






Salam kasih.

Pakai Dulu Topengmu

Info dari website rasmi H1N1

Kes Kematian : Tiada
Jumlah Kematian : 67

Dimaklumkan sehingga 19 Ogos 2009 jam 9.00 pagi sejumlah 1468 pesakit influenza like illness (ILI) sedang dirawat di 86 buah hospital termasuk 6 hospital swasta di seluruh negara. Dari jumlah tersebut, 257 telah disahkan positif H1N1. Pada masa yang sama seramai 134 kes telah di discaj.


Scary? Hmm.. that's the fact. Setiap hari average dalam 5 kes kematian baru melibatkan H1N1. Harap2 kita semua terlindung dari penyakit ini, insyaAllah.. Amin..



Semua staffs department aku dibekalkan dengan topeng. Time ni aku sedang tidak sihat.. sebab tu kena pakai topeng muka dan sweater pinjam. Sweater aku tinggal kat rumah.. sebab the day before tu, aku balik with my sweater on.

Balik kerja, aku singgah ke Tesco. Ramai jugak orang yang gi shopping groceries time tengahari weekdays ni.. Aku tengok, tak ramai pun yang pakai topeng macam aku.. Ramai jugak yang pandang2 jeling2 aku.. but who cares.. as long as aku rasa selamat.. ! Ada jugak aku perhati patrons yang duk batuk2.. tapi tak cover mulut pun.. Virus!!

Bila pakai topeng ni.. teringat pulak lagu Peterpan.. Topeng... best! Teringat masa 1st showcase di Planet Hollywood back in 2005 (Planet Hollywood pun dah takdak kat sana..) kan CikTipah, kan? Imejin... small area.. orang ramai.. life music! Waduh!! Karen banget!! Jump! Jump! Jump! Ingat nak buat headbanging.. tapi takut pening lak nanti...!! Hehehe..






Take care everyone.. Kalau ada simptom2 Infuenza A.. PAKAI DULU TOPENGMU sebelum ke mana-mana.


Salam kasih.

Wednesday, August 19, 2009

Cerita Tidur ... Yang Perlu Dipaksa


Masa untuk tidur. Malam semalam, tidur pukul 2.30am dan bangun 4.45am. Balik dari ofis pun tak tido.. Dan sekarang.. kena paksa diri untuk tido.. at least for the next 6 hours. Kalau tak nanti BP aku akan melambung tinggi seperti melambungnya harga face mask di pasaran sekarang.


Rindu semua bantal2 aku.. bantal untuk kepala.. bantal untuk belakang.. bantal peluk ... dan rindu selimut jugak..



Gudnite everyone.. wherever you are..




Salam kasih.

6 Missed Call.. 17 SMS


Suasana agak bising. Ada Hi-Tea buffet promotion di hotel itu.. 30% discount.. sebab tu ramai orang. Terlihat di skrin LCD disiarkan video klip lagu2 tempatan dan antarabangsa.

Di sebuah meja ada 2 orang wanita. Kedua-duanya lewat. Jesnita lewat 20an.. Rozana lewat 30an. Aku tak nampak makanan atas meja diorang.. Yang ada cuma dua gelas fresh oren.. Aku senyum... Yang tersenyum sekarang ni, cuma aku yang duduk berdepan dengan meja mereka, sedangkan Jesnita dan Rozana.. kedua2nya 'ketat' muka.

"Dah berapa lama u bercinta dengan dia?" tanya Rozana sambil jeling Jesnita. Tajam

"Tak lah lama.. rapat baru dalam setahun.. bercinta.. ntahlah" jawab Jesnita selamba.

"Masa u kenal dia.. u tau tak dia tu sapa?" Rozana dah berpitching tinggi.

"Tau.. dari awal lagi.." jawab Jesnita

"Dah tu.. yang gatal sangat tu kenapa? Takda jantan lain? Laki orang jugak yang kau carik?" Rozana sudah bertukar rentak. Hilang U dan I... semuanya sudah bahasa Melayu. Hehe..

"Siapa yang carik? Dia yang carik I.. Dia yang nak kenal I.. Dengan semua orang pun I kawan. Tak kisah.. bujang ke, duda ke, suami orang ke.. I kawan je.." kononnya Jesnita nak membela diri.

"Yang kau layan jugak kenapa? Kenapa nak ganggu rumahtangga orang? Perempuan macam kau ni..dah desperate sangat agaknya.. dengan laki orang pun nak menggatal" merah padam muka Rozana tahan marah.

Diam sekejap. Jesnita senyap. Sambil hirup fresh oren. Mungkin sedang mencari point. Ataupun mungkin menahan marah. Atau mungkin terkedu di 'smash' begitu.

"Apa istimewa sangat kau ni, sampai dia bercinta dengan kau? Tak cukup ke layanan aku kat dia agaknya? Apa yang dia dapat dari kau?" bertubi2 soalan Rozana.

Jesnita perhatikan Rozana. Dia diam lagi. Giliran Rozana pulak menghirup fresh oren. Haus agaknya..

"I rasa saya tak pernah ganggu rumahtangga U. Pernah ke dia tak balik rumah? Pernah ke dia hilang masa weekend? Semua masa habis dengan U dan anak2 U kan? Pernah tak I call dia masa dia di rumah? Takda kan?? Apa yang ganggunya?" Jesnita membela diri.
"Tapi.. sms kau ni... sangat ganggu emosi aku! Cuba kalau nanti kau dah kawen.. suami kau dapat sms macam ni apa kau rasa? Cuba kalau kau letak diri kau dalam situasi aku, apa kau rasa?" Rozana tanya. Suara bertukar lagi.. kali ini sebak.
"I tau.. macam ni lah kak.. kalau I kawen, I harap2 I takkan jadi macam U" jawab Jesnita, selamba.

"Macam aku? Kenapa dengan aku? Apa yang dia dah cerita kat kau pasal aku?" Rozana tanya. Pelik.
"Dia tak cerita apa.. I kalau dah kawen.. I make sure.. I akan jaga makan minum husband I.. masak dan hidang untuk family I.. I akan layan husband I dengan baik... I takkan mengarah husband I untuk buat itu ini.." jawab Jesnita.

Muka Rozana merah padam lagi. Marah rasanya... Ataupun terkenang tentang apa yang Jesnita kata tu ada betulnya.. Handphone Jesnita berbunyi.. message masuk, dari tunangnya Ikhwan. Kata Ikhwan, dia on the way nak datang fetch Jesnita. Lagi 5 menet, dia sampai.

"Macam ni lah Kak. I have to make my move now. Memang dulu I pernah sayang dia, dan I tau, dia pun sayangkan I. Tapi sekarang, I dan dia dah takda apa-apa. Kami dah putus hubungan. Mesej tu cerita lama, dua bulan lepas...I tau I salah.. I mintak maaf. Tapi kak.. kena fikir jugak... kadang-kadang tu kita kena juga muhasabah diri.. tanya apa salah kita, bila semua ni berlaku..." kata Jesnita sambil tangannya memegang gelas fresh oren.
"Kau nak ngajar aku pulak ke?" Rozana tanya. Angkuh.
"Tidak kak.. I cuma bagi pendapat.. cuma nak berkongsi apa yang I tau.. dan apa yang dia pernah bagitau I kat.. supaya boleh baiki apa yang tak betul.. for your own good jugak.. " kata Jesnita

"Hmm.. Kau janji kau takkan ada apa2 hubungan lagi dengan dia? Jangan kau nak gatal2 lagi contact dia!!" Rozana bagi amaran pada Jesnita.

Jesnita terbayang.. hari 6 missed call... 17 sms. Semuanya dari dia. Tak dibalas. Ignore begitu saja.. "Hmm.. kalaulah kau tau.." kata Jesnita. Dalam hati.

"Okay kak.. I promise. U don't have to worry... Tapi kak.. ada satu perkara lagi yang I nak akak tau..." kata Jesnita

"Hmmm .. apa dia?" tanya Rozana.. masih lagi berbunyi kasar..

"Macam lagu kat tv tu... cuba akak dengar lirik dia.." Jesnita tunjuk arah LCD TV.

Rozana menoleh sebentar... "Aku tak minat .. kenapa?" tanya Rozana.

"Macam lirik tu kata, kak. Kau bukan yang pertama.. dan mungkin bukan yang terakhir.." jelas Jesnita.
"Maksud kau?" Rozana hairan.
Sambil bangun.. Jesnita tersenyum. Jesnita hulur tangan... disambut Rozana. "Maksudnya.. I bukan yang pertama.. dan mungkin bukan yang terakhir untuk dia..!"

Rozana tergamam. Rasa mau sahaja dibaling air fresh oren itu ke muka Jesnita. Tapi, Jesnita sudah pergi. Di kepalanya, terbayang wajah si suami.. di rumah, di atas sofa, sedang membaca akhbar.. dengan wajah yang serius.. dan innocent sekali. Rozana pandang skrin LCD itu lagi... Mengamati..





Salam kasih.

Monday, August 17, 2009

Tak Tau Tajuk


.
.
.
.
.


Apa nak ditulis

sedangkan

tajuk pun aku tak boleh nak fikir?
.
.
.
.
.
.
.
Aku perlu masa.. untuk kembali seperti sediakala.

Rerama Yang Transit


Malam
Kau terbang masuk
Dari tingkap di ruang tamu
Tanpa aku sedar
Tanpa aku undang

Silakan
Transitlah di rumah ini
Selama mana kau mahu

Tingkap rumah
Sengaja aku biarkan terbuka
Biar mudah kau pergi
Bila sampai waktunya
Bila kau mahu..

-----------------------------

Pagi tadi
Kau sudah tiada
Rupanya sekejap sahaja
Transitmu di rumah aku


Selamat terbang, rerama..




Salam kasih.

Saturday, August 15, 2009

SMS vs Ayat-Ayat Cinta


Kali pertama aku tengok Ayat-ayat Cinta di kaca TV. Aku pernah tengok di youtube.. tapi tak best.. sebab Fahri nampak kecik sangat kat lappy ni.. hehe.. Bukunya pun aku belum pernah baca... tapi minat untuk membaca tu ada..



Tengok cerita tu tadi sebenarnya tak berapa nak feel.. tak concentrate sangat.. mungkin distraction itu datangnya dari iklan yang banyak.. jadi feel tu lari ntah ke mana.. Sah2 lah bila iklan tu.. mulalah aku 'merayap' ke blog.. dan juga FB..

Tapi.. tadi, sambil tengok cerita ni, tangan aku gatal.. aku pergi hantar SMS..

Dia balas.. kemudian

Dia hantar..

Aku balas..

Hantar..

Balas...


Dan kebetulan.. satu sms yang dia hantar ini... aku baca.. betul2 serentak dengan kedengaran lagu Ayat-Ayat Cinta dari Rossa kat TV... aduhai... walaupun ayat terakhir dalam sms tu adalah "ekekekeke".. aku tak rasa.. ianya boleh buat aku senyum.. atau ketawa..

Tiba-tiba.. sebak giler rasanya.... Serius.. aku sangat2 sebak... Tapi.. aku terima seadanya.. Itulah.. siapa suruh gatal tangan! Hmm...



Salam kasih.

Friday, August 14, 2009

Hantaran Tinggi?


Tadi selepas tengok NurKasih di TV3 untuk kali pertamanya.. (sebab selama ni tengok di YouTube) aku tengok rancangan Semanis Kurma @TV9 pulak... Tentang Hantaran Tinggi. Ada makbapak yang letak hantaran tinggi yang menyebabkan boyfren anak tu 'menggaru kepala yang tak gatal'. Berpikir tujuh lapan belas kali untuk meminang. Kos untuk 'membina masjid" sangat tinggi... Kesian... Hehe..

Hantaran based on apa ye? Bila ada orang tanya "agak2nya berapa hantaran kau?".. aku tak boleh nak jawab soalan tu.. Bagi aku.. hantaran tu masih negotiable.. ikut kemampuan pasangan la kot kan?

Yang aku tau.. orang yang tinggi hantaran ni.. kalau kat Malaysia ni.. artis2 lawa2.. yang glamer2... Sekarang ni.. aku rasa 'current mkt price' adalah lebih kurang RM10,000.

Lagi satu.. kalau lagi tinggi pendidikan.. lagi tinggi hantarannya kata orang.. SPM lain.. Diploma holder lain.. Degree holder lain.. Master holder lain.. PhD lain... Aduhai....

Ada juga yang hantarannya bernombor unik.. misalnya RM33333, RM7777, RM8888 atau mungkin RM9999... ataupun RM50000!!

Sebenarnya hantaran ini diletak oleh parents pengantin perempuan.. dan sebenarnya untuk digunakan sebagai 'modal' untuk kenduri. Kalau besar duit hantaran.. besarlah kendurinya.. Kalau sikit.. kecil lah kendurinya.. Tapi aku rasa.. masih 'negotiable'.. between pengantin lelaki & perempuan..

Gambar dari google image


Kata ustaz & ustazah: "Elakkan menganggap perkahwinan sebagai urusniaga.. perkahwinan bukan motif untuk mendapat keuntungan"

Aku : Hantaran - boleh guna sebagai 'modal' untuk mulakan hidup bersama.. selepas tolak bajet kenduri ala kadar dan photography yang meletop! Photography itu penting beb...! Gambar tu yang jadi kenangan nanti... Hehe



Salam kasih.

Moga Syurga Buatmu


Semalam dikejutkan lagi dengan satu lagi kehilangan.. Kembalinya ke rahmatullah Ustaz Asri Rabbani. Aku terbayangkan keluarganya. Isterinya dan enam orang anak2 yang masih memerlukan kasih sayang seorang ayah.. Semoga Allah memberi kekuatan kepada mereka untuk meneruskan perjalanan hidup .

Aku copy paste ayat2 ini dari blog beliau ditulis dengan begitu indah di header blog..

"Aku adalah pengejar syurga akhirat, bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas. Ke manapun dan sampai bila-bila syurgaku selalu bersamaku..."

Aku hilang kata-kata sebenarnya.. Moga tenanglah dirimu di sana, insyaAllah. .. semoga tempatmu di syurga idaman.


Al-fatihah.



Salam kasih.

Kalau Perempuan Yang Nyanyi

Enjoy the video.. dan bantu aku dengan jawapannya ya..





Jangan Kau Lepas - Alexa


Peluklah diriku dan jangan kau lepaskanku
dan jangan kau lepaskanku darimu

Ku takkan pernah tertawa
Ku takkan pernah bahagia
Ku takkan pernah merasakannya
Bila kau tak di sini
Ku takkan pernah tertawa
Ku takkan pernah sempurna
Ku takkan pernah merasakanmu
Bila kau tak di sini
oh..

Izinkan aku berlutut mengharap kau tuk kembali
Izinkan aku berharap dirimu kembali
Dan kembali
Dan kembali lagi

Peluklah diriku dan jangan kau lepaskanku
dan jangan kau lepaskanku darimu
Peluklah diriku dan jangan kau lepaskanku
dan jangan kau lepaskanku darimu

Ku takkan pernah tertawa
Ku takkan pernah bahagia
Ku takkan pernah merasakannya
Bila kau tak di sini
Ku takkan pernah tertawa
Ku takkan pernah sempurna
Ku takkan pernah merasakanmu
Bila kau tak di sini
oh..

Izinkan aku berlutut mengharap kau tuk kembali
Izinkan aku berharap dirimu kembali
Dan kembali
Dan kembali lagi

Peluklah diriku dan jangan kau lepaskanku
dan jangan kau lepaskanku darimu



Cuba.. lagu ini dinyanyikan oleh penyanyi perempuan.. Tak kisahlah.. secara solo atau group. Tapi aku rasa secara solo lebih menarik. Hmm.. aku terbayangkan Yuna ataupun Zee Avi.. Unplugged... dan di'mellow' kan<-- ada ke perkataan ni.. sedikit.. hmmm.. "Peluklah diriku".. "berlutut mengharap kembali".. Sesuai tak lagu dan liriknya kalau dinyanyikan oleh penyanyi perempuan? Nyanyian kan luahan hati... lirik itukan lahir dari hati.. dan salahkan kalau perempuan meluahkan rasa hatinya sebegini? Macam tak kena je kan...?


What say u?




Salam kasih.


p/s: kalo zaman muda remaja dulu.. .aku nyanyi la lagu ni ... mau arwah mak aku perati aku dan tanya "what? lagu apa tu, dik??" hehe.. love u Bonda..! Miss u very2 much..

Thursday, August 13, 2009

Markonah In Love


Kawan aku. Markonah namanya. Umur 30an... tua dari aku.. hiks! Aku lama dah kenal dia, lebih dari 10 tahun. Sepanjang aku kenal dia.. aku tak pernah dengar dia cerita pasal teman lelaki. Jangan salah anggap.. dia seorang perempuan straight.. Takda senget-senget.

Markonah ada kawan lelaki. Aku pun kenal kawan-kawan lelaki dia.. hensem2.. glamer2 you... cuma dia tak serius dengan kawan-kawan lelaki dia. Setakat gitu-gitu jer.. bak kata orang kampung aku.. "no string attached". Hiks! Dia kata dia malas nak fikir.. nak enjoysss dulu..

Tapi.. sejak dari bulan lepas, Markonah dah berubah.. Markonah sudah jatuh chenta.. Huhu.. Markonah sudah mula bercerita tentang 'cinta dalam hatinya'. Teringat. Terbayang. Tapi Markonah tetap basah bila mandi, kenyang lepas makan dan tidurnya masih lena.

Markonah sudah pandai rindu. Markonah sudah pandai cemburu bila lihat ramai aweks dalam Facebook 'cinta dalam hatinya' itu. Walaupun nama aweks dalam facebook tu, gambarnya adalah gambar pasu bunga, Markonah tetap cemburu. Aku gelakkan Markonah. Sebab selama ini, kalau aku kata aku rindu, aku sayang, aku cemburu .. Markonah gelakkan aku.. Sekarang giliran aku pulak gelakkan Markonah.. Rasain lohh... Markonah..! Wahahahahahaha...!!

Bila aku dengar berita Markonah ini... aku rasa gembira sangat...! Aku happy.. terbukak jugak hati dia nak berchenta..! Tahniah Markonah.. Kalo ada apa2.. u can count on me, bebeh...! I kan ada pengalaman.. dalam hal jodoh menjodoh ni.... ! Good luck, Markonah.. bak kata Markonah kat aku.. "pantang lari sebelum berjuang"!!. Chaiyo! Chaiyo!

Markonah... I sedia membantu...!!




Salam kasih.

Wednesday, August 12, 2009

Fresh Oren Yang Popular


Musim panas. Ramai yang demam. Ramai yang batuk. Bahaya virus H1N1.. nauzubillah... Dengan jerubu lagi.. Hujan pun sekejap-sekejap.. Cuaca tak menentu.. Bila cuaca macam ni.. selalunya tekak kering. Perlu minum banyak air .. jus kurma dan jus buah2an. Aku dapat email katanya minum Jus Epal Hijau bagus untuk kawal virus H1N1. Betul atau tidak, aku tak pasti. Nanti aku cuba retrieve balik email tu dari mailbox email ofis aku... mungkin boleh share kat sini, insyaAllah.


Bila cerita tentang jus ni.. aku teringat sembng2 kami di ofis minggu lepas.. Tajuknya: Kenapa dalam drama/movie tempatan, kalau minum di hotel/restoran ataupun di rumah orang kaya.. kenapa mesti "Fresh Oren"?


Mungkin ada yang perasan dan mungkin ada yang tak perasan... selalunya drama/muvi tempatan.. kalau scene melibatkan makan kat hotel/restoren.. mesti pelakon tu akan mintak fresh oren.. Kalau ceritanya tentang orang kaya pun.. bila time makan, minumannya fresh oren. Bila lepak2.. orang gaji hidangkan fresh oren. Kenapakah fresh oren ni sangat signifikan dalam filem/drama tempatan?


Aku rasa mungkin dah jadi kebiasaan.. jadi 'image' yang ter'project' dalam minda setiap kali berfikir . Misalnya;

  • mee segera => maggi
  • ubat gigi => colgate
  • ubat sakit kepala/demam => panadol
  • minuman 'glamer' => fresh oren

Kenapa tidak Jus Tembikai, Jus Honey Dew, Jus Epal, Jus Durian Belanda ataupun Jus Belimbing? Mmm.. air sirap limau pun sedap apa.... hehe.

Sekarang ni.. setiap kali aku terpandang Jus Oren, pasti aku akan teringat drama tv/movie...! Fresh Oren.. kau sangat popular...!



Note: Entry ke 777 ... love number 7!


Salam kasih.

Suami Orang atau Orang Bujang?


Tadi aku dengar SinarFM dalam segment "Ada Satu Masalah". Pendengar boleh call/hantar sms and share their problems. Ada satu sms. Sender adalah perempuan. Single. Aku rasa dia dalam late 20s ataupun early 30s (sebab dia dengar SinarFM.. hehe..)


Cerita di sms:
Dia single. Ada dua boyfren. Satu laki orang. Satu bujang. Tak tau nak pilih mana. Tapi lebih sayang kat suami orang. Family suami orang tau. (kata aku: mesti semua orang tau kecuali isteri & anak(s) boifren dia tu sendiri... typical scenario). Tapi mak dia tak kasi. Menghalang. Jadi sekarang tak keruan. Sebab:

1. Tak sanggup bagitau mak/family

2. Tak sanggup nak bagitau bf bujang nak break-off



Kata deejays :
  • Lebih baik yang bujang dari yang dah kawen

Kata P Ramlee
  • Suami orang = "Mesti pandai membohong.. mesti pandai temberang.. tetapi jangan sampai. hai pecah tembelang"
  • Bujang = (titiba aku takleh pikir... blur!!)

Kata aku :
  • Bujang = senang! <-- senang ke?? hehe




What say u?




Salam kasih.

Tuesday, August 11, 2009

Biar Gambar Itu


... yang bercerita..




Salam kasih.

Sexy Itu Hanya Sementara


Bibior juih AnjelinaJoli aku hanya bersifat sementara... Malam tadi.. sebelum tidur aku notice.. the upper lips pulak dah bengkak.. Aku terus nyanyi kat diri sendiri... "owh.. owhl... u're in trouble.." Rasa kembang semacam jer kat lips.. kebas... Takpa.. tido tetap tido... time tu... 11.45pm.


Titiba terjaga.. tengok jam.. mmm .. almost 2am. Tapi rasa gatal kat muka.. tangan.. peha.. aku testing2 raba2.. rasa macam bengkak semacam je everywhere... mmm... ni tak leh jadi... Mulalah sessi menggaru.. Makin garu makin gatal okey...!! Duh...! Aku bangun dari katil.. switched on lampu... walauwehhhhhhhhh!!!! Muka aku dah bengkak!!!



Dah rupa macam ini dah ....! Masya Allah... ni tak leh jadi.... Sebenarnya aku nak gelak tengok muka aku sendiri pun ada time tu... tapi.. terhalang dek rasa gatal dan tergaru2.. adoii..! Eekekeke.. Mata aku terus jadi terang... duk pikir nak buat apa.. Yes! Klinik! Klinik 24 jam? Mmm... okay.. somewhere at Setiawangsa ada.. Aku pun siap2 apa yang patut.. turun parking.. start engine.. jalan..!

Pukul 2.15am macam tu.. aku sampai klinik.. tunggu 4-5 orang.. lepas tu giliran aku masuk lam bilik doktor.. Aku rasa doktor tu sengeh2 tengok aku di bawah mask penutup mulutnya.. Chett!!


U ada allergik ubat ke?

Takdek...

Allergik makan?

Takde...

Mmm... awak kena alergik ni.. takpa.. saya bagi satu injeksyen... Injeksyen ni ngantuk ye.. saya bagi awak rehat hari ni..

okay...

u tak drive kan? husband ada kat luar?

... aku angguk je.. malas nak panjang cerita...

Sampai umah dalam kul 3am... sapu ubat gatal (yang macam kapur kasut sekolah tu..).. rasa sejuk je.. lega... then.. aku terlelap.. pukul 7++ ofismate aku call.. aku rasa aku bagitau dia sikit2 pasal ni.. kemudian aku terlelap balik.. pukul 8++ ada call lagi... kul 9 dapat call lagi.. cakap lebih kurang.. then tido balik... kul 11am baru la aku bagun tido sepenuhnya... betul2 buat ngantuk ubat injeksyen tu...

Bangun tido tadi.. masih ada 30% ke"planetOfTheApe"an aku.. petang ni ada kelas... takpalah.. janji dah tak gatal.. takpa.. boleh jer pegi kelas.. adoi...!! Bila nak hilang kebengkakkan ini mmm....


Takkan nak kena tunggu cemolot dengan abang ensem sebegini baru baik kot, CikTipah..??? Ekekekekekeke... Kebetulan pulak.. aku nengok TV.. tekan info kat remote TV, ada citer Planet Of The Apes kat channel 413 pukul 1.20pm nanti...! What a coincidence.!! Wakakaka...


Betullah kata orang... sesungguhnya seksi ittew hanyalah sementara... *sedey...



Salam kasih.

Monday, August 10, 2009

Too Sexy For My Lips


Tak tau apa salah apa silapnya... bibir aku tiba-tiba bengkak. Memula gatal.. lepas tu aku rasa cam kebas.. tengok2 makin lama makin menebal bibir aku.. Tak perlu nak suntik botox atau vitamin ke apa ke.. bibirku membengkak secara semulajadi... sangat itchy and irritating.. rasa tak selesa...

Part yang berkilat tu la yang paling gatal sekali......rasa kebas jer... adoi...!


Dah feeling ala2 kakak cantik yang berbibior seksi ini... dah rasanya... help!!!!! Tak bestnya rasa.....!! Oleh itu aku mengambil keputusan untuk tidak sama sekali menambah ketebalan bibior aku dengan apa sekalipun... rasa tak selesa okeh..!!


Tak suka keadaan macam ni... biarlah bibir tak seksi... takpa.. aku redho..!



Adeiiihhh...!!

Abang Aidil atau Abang Adam?


Hikk...! Abang katanya.. Korang tengok tak drama Nur Kasih kat TV3? Aku jaaarrraaannnngggg sangat tengok TV memalam nih.. Dan aku tak pernah...tengok cerita Nur Kasih ni kat TV.

I repeat.. TAK PERNAH.. aku ulang.. NEVER.. one more time.. YILEK!!... satu kali lagi.. MEI YOH ... Tudia....!! Semua bahasa..! 1Malaysia!! :-)

Aku tengok di youtube sahaja.. Tapi aku happy dan aku lebih suka tengok kat youtube, sebab takda iklan. Macam driving di highway yang takda tol!

Kalau tak pernah tengok cerita ni.. boleh klik kat sini untuk sinopsis nya.. dan kalau nak kenal watak2 yang ada.. boleh klik di sini..


Aidil - anak sulung - alim - baik - ikut kata - anak emak - lembut hati - mengalah - ikut kata parents - merelakan adik dia dijodohkan dengan 'girl-next-door' kat kampung dia - sampai episode 11 ni masih lum kawen - sebab hati dia hanya untuk Amina (adik ipar aka wife Adam)

Adam - anak ke 2 - masa kecik nakal - jahat - degil - keras hati - cita2 tinggi - sosial - tapi ikut jugak kehendak parents (kawen dengan Amina) - insaf lepas kematian anak (dgn wife separuh melayu separuh omputeh di Australia)



Antara Aidil the innocent boy dan Adam the notty boy.. mana satu yang korang pilih?


Secara peribadi, aku pilih Adam. Nanti aku bagikan alasan aku.. NurKasih, setiap Jumaat, 9malam di TV3. Kalo nak tengok kat youtube.. kena tunggu hari Sabtu.. Takpa.. akak redho! Huhu...!



Salam kasih.

Sembang Senja

Lokasinya di kedai mamak. Mana lagi tempat yang boleh lepak lama-lama selain dari kedai mamak, kedai kopitiam, kedai kopi mat salleh ataupun kedai makanan segera? Kalau kat kedai 'kita' tak leh nak lepak lama2.. aksinya macam dekat pitstop F1... order, makan dan bayar.. kalau duk lepak lama-lama nanti pelayan tarik muka. Hmmm... macamana yer...?

Aku melepak dengan sorang kawan, aku namakan dia Intan. Muda dari aku. Best jadi geng dengan member2 muda nih.. Petua untuk kekal muda...! Hahaha..

Hari tu, Intan teringin nak makan Mee Goreng Mamak.. itu yang dia ajak aku lepak kat sana. Sambil makan2, sembang..


"Eh.. kau ingat tak bila last sekali kau tulis surat?" Intan tanya aku

"Huh?" jawab aku pendek.


Sebenarnya aku tak concentrate dengan apa yang dia kata.. sebab aku tengah perati sorang makwe yang sedang makan dengan pakwe, bajunya ikut bentuk badan, tapi seluarnya tak ikut bentuk punggung.... lebih lowered di bahagian belakang.. hingga menampakkan apa yang tak patut nampak.. eiii..adik... hari dah nak senja pakai camtu.. kena gigit nyamuk nanti baru tau.. jenuh nak menggaru! hehe


"Apa dia tadi?" aku tanya balik.. suruh dia repeat

"Ko ni ...aku tanya....bila last sekali ko tulis surat?" dia tanya aku balik.

"Ntah.. aku pun tak ingat.. ntah bila ntah... eh jap.. email tu kira surat ke apa?" aku tanya..



"Tak.. tu tak kira.. maksud aku tulis pakai tangan.... pakai pen, pakai kertas.." dia explain


"Owh.. yang dulu2 siap letak bedak ke.. spray perfume ke tu yek?" aku respond..teringat zaman dolu2 hahaha


"wakakakakakaka..." gelak giler kami berdua..


"Kenapa kau tanya, ko nak tulis surat ek?" aku tanya Intan.

"Saja je.. aku rasa aku nak tulis surat... nak bagitau apa yang ada dalam hati.. sebab rasanya tulis surat itu lebih jujur.. " jawab Intan.

"Owh.. ko nak pada si dia ye? Kenapa tak email jer? Kat email tak jujur? Sms ke? Tak boleh?" ish. banyak nyer soklan aku nih...

"Aku rasa tulis surat lebih ikhlas... nampak lebih usaha.. dari hati.." jelas Intan


Sembang lagi. Dan sembang. Dan sembang. 10 minit lepas azan Maghrib, kami balik. Sebelum balik tu.. aku nampak makwe tadi tergaru-garu. Kan aku dah kata... nanti kena gigit nyamuk kat situ.. awas beb.. silap2 nyamuk aedes tu...! hehe..




Sambil driving, aku terfikir pasal hal tulis surat ni.. Tulis surat guna tangan, guna pen dan kertas. Bagi aku tulis surat ni kena hati-hati. Kalau salah.. ronyok2 kan kertas, buang. Tulis di helaian baru. Silap lagi buang. Buang. Dan buang. Sampai penuh bakul sampah dengan kertas. Sebabnya, nak padam guna 'liquid paper' nampak tak cantik, kalo kensel macam tu jer nampak tak kemas.. Kalau tulis email, kalau ada silap dan tak berkenan, tekan delete atau backspace.. terus hilang..

Tapi mungkin betul jugak kata Intan, kalau tulis surat secara manual ni.. penuh hati-hati. Dari cara penulisan.. is kandungan.. bentuk tulisan.. semuanya perlu 'fikir dulu sebelum tulis'. Tak boleh 'hentam kromo' jer macam tulis email yang boleh di edit, delete atau backspace..


Bila agaknya kali terakhir tulis surat atau terima surat tulisan tangan ya...? Hmm....



Salam kasih.

Sunday, August 9, 2009

Goyang Yuk!!





Jika hatimu terluka karena sesuatu
Jika kau mencari cara tuk obati dirimu
Marilah kawanku, marilah bersamaku
Biarkanlah laguku coba menghibur dirimu

Cobalah dicoba
Namanya goyang acak
Goyang paling kocak
Dan bisa bikin ngakak
Please jangan ditolak
Ikutlah bergerak
Tunggu musiknya
Tunggu musiknya

Ayo goyang duyu
Bebaskanlah hatimu
Ayo goyang duyu
Simpan saja gengsimu
Asyik… Asyik…
Angkat jempolnya asyik
Asyik… Asyik…
Angkat jempolnya asyik

Jika hatimu terluka dan membuatmu lesu
Jika kau mencari cara tuk obati dirimu
Marilah kawanku, bangkitlah semangatmu
Biarkan laguku coba menghibur dirimu
Lupakan sedihmu
Sakit hatimu
Jangan siksa dirimu
Tersenyumlah
Hapuslah sesalmu
Air matamu
Hiburkan hatimu
Goyang bersamaku

Ayo goyang duyu
Bebaskanlah hatimu
Ayo goyang duyu
Simpan saja gengsimu
Ayo goyang duyu
Uu Uu Uuh..
Ayo goyang duyu
Uu Uu Uuh..

Dari tua dan yang muda
Laki-laki perempuan
Ayo semua jangan ditahan





Salam kasih.

Saturday, August 8, 2009

Hidup Biar Sedap


Ayam Tandori
Roti Nan
Laici Tanpa Gula



S.E.D.A.P!




Salam kasih.


Friday, August 7, 2009

Merisik Khabar


Setiap kali balik dari kerja.. dalam kereta.. aku akan dengar AbbyFana di SinarFM... Kalau aku pergi kelas petang.. sambil drive aku suka dengar JawaRangers di HotFM.. Yang lain2 tu aku kurang dengar.. sebab masa2 yang lain tu.. aku tak ada dalam kereta. Aku hanya dengar radio bila driving. Dan masa balik dari kerja tadi tadi.. aku dengar SinarFM.. dengar lagu ini..


Merisik Khabar

Terkapar kapar ku kelemasan
Sakit dilambung ombak kerinduan

Di dalam tidur di dalam jaga

Diburu oleh mimpi yang serupa

Mengapa aku

Jadi tidak menentu keranamu

Ku meyusuri jalan berliku

Membiarkan hari hari berlalu

Tiada salam tiada pesan

Memaksa diri untuk melupakan

Namun wajahmu bermain dimataku

Tiap waktu


Malam ku suram

Siang ku kelam
Ku kegelisahan mencari cari

Ke mana pergi

Harga diri ini

Bertanyakan berita

Merisik khabar

Mendengar cerita melaluinya

Kau kuhampiri tiap hari

Bersama luka di hati


Mengapa aku
Jadi tidak menentu keranamu



Layan beb..! Teringat persembahan masa MuzikMuzik.. Allahyarham Sudirman pasang lighter di hujung lagu.. persembahan yang masih boleh di recall hingga sekarang...



"... dan lagu-lagu di radio seolah-olah memerli aku.." - Dan Sebenarnya by Yuna




Salam kasih.

Selamat Pengantin Baru


On the 7th day of August, 2009...




pic dari google image

Semoga panjang jodohnya.. hingga ke akhir hayat. Seperti lagu ciptaannya sendiri.. Sehidup Semati.





Enjoy the video.


Selamat Pengantin Baru, Norman. CikTipah... yang sudah tu sudahlah.... jangan ditangisi lagi ye, nok...! Ekekeke.. BangChik kan ada... ;-)



p/s: aku pun cita-cita nak buat macam dia.. nikah then cuma kenduri doa selamat.. lagi senang.. yang penting.. benar2 bahagia dan cinta selepas kawen.., InsyaAllah..



Salam kasih.

Thursday, August 6, 2009

Seperti Baru Semalam


Aku amik gambar sendiri sebenarnya.. biasalah blogger...dan juga facebooker.. <-- ada ke perkataan ni? ... memang suka ngambik gambo sendiri.. Kalo amik gambar sendiri.. mesti posenya jadi gini.. kan? Kali ini.. mata ku kecikkan sebab kena lampu.. silau beb..!


Kalo amik gambar sendiri.. takleh nak pose gini.. Aku mintak tolong amikkan gambar.. lepas tu.. orang tu sudah memonopoli <-- ada ke perkataan nih? kamera ku ittew.. cisss! hehe


sekali cukup ler!!

udah ler...!

ishh.!! cukup ler tu..!


Ice Blended Mocha with Cream for him
Ice Blended BlackForest without Cream for her


Bila dah bertahun lamanya tak jumpa.. ada banyak cerita nak dikongsi, ada banyak soalan nak ditanya, ada banyak benda nak diupdate <-- ada ke perkataan nih?.. tapi.. bukan semuanya berjaya diterjemahkan sebagai suara... Nasib baik ada kamera... berjaya jugak aku keluar suara.. haha


"......seperti baru semalam.. kita berpisah....." - Masih Aku Terasa by Kumpulan Gersang



Untuk MantanKekasih.. thank you.