Monday, January 5, 2009

Maafkan Aku

Tiga minggu lepas;

Dikna : Boleh tak hantar Dikna gi sekolah hari pertama.? Tahun lepas arwah ayah hantar Dikna... (bunyi sedih..)

Aku : Okay (aku takleh jawab apa dah.. sebab airmata dah standby nak ngalir)

Aku terus jadi sebak la pulak lepas tu.. That killer sentence memang aku tak leh buat apa. The next day, aku terus apply leave. Sib baik approve. Kalo tak.. pandai2 ler..


Misi Pertama: Hantar sekolah ngaji.



Dengan gigihnya, pukul 6 dah bangun. Ding dong ding dong.. kul 7.20am gerak dari rumah. Carik kelas then bayar yuran untuk setahun RM259. Mahal jugak ye... Lepas tu ustazah kata, dah boleh balik. Buku takleh nak bagi dulu. Esok lusa baru bagi.

Bila ustazah kata dah bleh balik, aku bawak dia gi Ampang Point sekejap nak bayar hutang. Then singgah Pelita untuk sarapan pagi. Lepas tu balik rumah, ding dong ding dong.. Pukul 12.30pm sedia untuk sekolah kebangsaan pulak..


Misi Kedua: Hantar Sekolah Kebangsaan (petang)


Sekolah kebangsaan.. nun...kelas dia kat tingkat atas sekali (tingkat tiga). Aku hantar lambat 3 minit. Sib baik cikgu kelas lum masuk. Yuran tak yah bayar. Bulan 6 nanti baru bayar yuran. Pergi koperasi sekolah untuk beli buku tulis. Lepas tu, balik. Sementara menunggu dia balik, aku drive gi somewhere. Then baru ke Jusco, beli barang untuk travel next week. Ding dong ding dong.. dah pukul 6..! Time to pick Dikna up from school.


Misi Ketiga : Jemput Dari Sekolah Kebangsaan


Masing-masing nampak sama jeeee bila dah pakai uniform ni..


Dikna sempat tarik kawan dia untuk bergambar. Kawan dia ala2 muka blur sebab tiba-tiba je dah nak balik kena bergambar pulak dulu.. Hehe. Aku tanya kenapa baju kawan dia tu lain kaler, dia kata kawan dia jadi Pengawas Pusat Sumber.



Hasil Pemerhatian:


Dari pemerhatian dan kajian saya yang saya jalankan selama beberapa minit, saya mendapati bahawa;
  • 95 % dari pelajar perempuan membawa beg sekolah berwarna PINK
  • 95% dari pelajar lelaki membawa beg sekolah berwarna BIRU
  • 95% dari pelajar perempuan memakai tudung
  • 100% dari pelajar lelaki memakai seluar panjang (masa time aku sekolah dulu.. ada lagi budak lelaki yang pakai seluar pendek ke sekolah)


Antara makbapak yang sedang menunggu anak-anak balik sekolah. Agaknya cenggini la TijahLawa menunggu Cem tadi ye.. hehe.

Aku duk jugak di kalangan mak-mak yang sedang nunggu anak. Ye lah, dah situ je tempat menunggu.. aku pun duk sekali lah dengan mak-mak yang ada.. Macam-macam topik yang keluar. Aku rasa depa ni memang dah biasa duk nunggu anak-anak masing2. Dah kenal antara satu sama lain..

Antara topicnya adalah;

  • "Beg sekolah Cap X tu elok.. tapi mahal sikit... yang beli kat *pasaraya besar* tu murah.. tapi setakat pakai setahun je la.. "
  • "Eh.. dah kurus dah.. tahun lepas nampak berisi sikit.. owhh.. baru bersalin ke... owh... bla bla bla..."
  • "Nisda&Fauzi tu memang patut menang... pok pek pok pek.. Rosma&Khai.. pok pek pok pek.. mengandung..pok pek pok pek"
  • "Tudung ni.. pok pek pok pek.. mahal.. pok pek pasar malam.. pok pek tudung Munarawah pok pek pok pek.. Ekin pok pek Mawi pok pek pok pek"

Aiyohhh.. sempat lagi tu.. sambil nunggu anak balik sekolah... Dan yang paling aku tak leh tahan nak gelak sekali adalah..
Puan ABC : Anak darjah berapa?
Aku : Er.. darjah 3

Puan ABC : Oooo.. ye ke...Tak pernah nampak pun.. tak perasan pulak.

Aku : Selalu ayahnya yang amik.

Puan ABC : Owhhh...... Patutlah siap ada kamera!

Aku : (speechless & senyum je..)




Dengan ini saya menyusun sepuluh jari kaki kerana berbohong sunat tadi. Kerana.. saya malas nak menerangkan yang sebenar. Sebab, nanti mesti akan banyak soalan susulan. Sebab, saya malas nak menjawab segala soalan2 berbangkit yang saya dah bleh rangka dan jangka dalam fikiran saya ini. Bak kata orang kampung aku.. 'Just want to make it short"


Salam kasih.

12 comments:

Tijah said...

dikna ni sape nok?

adibah said...

Tijah,

Dikna ni adik gwe..

Anonymous said...

stetment akak ABC ni leh digunapakai ke nok? kalo maknye pestime dtg anto anak bwk kamera? kalo btol laa mesti budak derjah satu sume makpak bwk kamera kan?

Zuer said...

Pink color !!! huhuhu...dasar budak pompuan !!!!

NouroulSuhaimi said...

aku tgh pk esok kalo anak aku yang masok skolah... cemana yer gayanya aku menghadapi situasi itu! nebesss ni...

adibah said...

Ciktipah,

Tu ler pasal.. mek rasa dia duk perati orang je slalu kot..

adibah said...

Zuer,

Bukan sumer pempuan suka pink ma... :P

adibah said...

Cok,

Jangan lupa bawak kamera nok.. :-)

adibah said...

Cok,

Jangan lupa bawak kamera nok.. :-)

adibah said...

Cok,

Jangan lupa bawak kamera nok.. :-)

Anonymous said...

selamat sekolah iye dikna.

utk ciksept11... kira macam program back to school lah ni kan, seribu memory indah masa sekolah dulu terus menjelma kan kan hehe.

kalau saya nunggu adik adik kat sekolah, saya dok dlm kete je, nampak adik kat pintu pagar baru kuar gi amik.

adibah said...

Kajangman,

Lain kali saya nak gak ikut kajangmali tunggu adik kat sekolah..