Sunday, April 26, 2009

Pencuri!!

Sekarang ni banyak berlaku kes kecurian di masjid dan surau. Sampai hati kan? Padahal masjid dan surau tu kan tempat ibadat... Banyak benda2 yang ada di masjid & surau dicuri.. siapalah yang tak bermoral tu, ye?

Aku nak kongsi petikan artikel yang aku dapat dari website ini..

Kita sendiripun, kadang kadang telah dan sedang melakukan kerja mencuri yang tidak disengajakan. Seumpama bila kita pergi ke masjid, kasut kita dikebas orang, maka kita akan bertindak mengebas kasut orang lain pula. Seharusnya kita redho dan balik dengan berkaki ayam, Tetapi malangnya, kasut orang lain pula yang akan kita kebas...

Kecurian tanpa niat juga boleh berlaku, dimana seringkali barangan wakaf masjid atau surau semakin hari semakin kurang bilangannya
. Mana tidaknya, Kitab-kitab, tikar masjid, sejadah, dan pinggan mangkuk, konon dipinjam sementara, tetapi sampai sudah, barangan wakaf itu tidak dipulangkan. dan akhirnya menjadi harta sendiri. Ini dipanggil pencuri moden di zaman IT. Pelakunya tetap berdosa kerana mengambil hak orang lain untuk menjadi hak kita.



Tadi berlaku jugak satu kecurian.....


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.








Tapi kecurian yang disengajakan... Kawan aku pesan "Masa gi wedding nanti, jangan lupa curi sireh pengantin.. pesan orang tua, kalo nak cepat jodoh, curilah sireh pengantin then makan sireh tu."


Inilah wajah pencuri sireh itu dengan bahan bukti sekali occay...!
Wajah yang tak bersalah!!!


Tahukah anda: Sireh itu pedas


Salam kasih.

12 comments:

ciktipah said...

berapa lai ngambik sireh tu nok? meh pas kt aku sket!

muehehehe takde maknenya.. sireh adalah tak sedap.

Tijah said...

sireh tu ko makan ker pastu?

ibundo said...

nak curi ni tak kira di mana. asal dapat je.

adibah said...

ciktipah,

ada lagi satu gubahan sireh coming soon next week nok!! nanti mek ambik kan... satu set mek bagi kat uols.. occay!

adibah said...

Tijah,

Hahahahahaahahahahaahahahahaha


*larik!!!!

adibah said...

KakPah,

betul tu kak pah... setuju sangat..! Kat hospital tengah sakit teruk pun, ada yang sempat mencuri.

patungcendana said...

masa kecik aku selalu makan sireh dgn arwah nenek aku...best...

betul ke petua tu...pasal tak curi untuk aku...aku nak 40 helai...hehehe...

re:...berlari ke langit ke...bukan ke dewa melankoli ada kat sana?...takut aku...

adibah said...

patungcendana,

aku pun tak pasti pasal petua tu, tapi ofismate aku kata, kakak dia buat menjadi.. huhu..

Jodoh dan pertemuan tu kan ketentuan Allah..

Ana Ali said...

yer ker.. hahha ader p[etua cam nih ker...yang aku tau petua wedding wetern yang duk berebut bunga tangan pengantin perempuan tuh, saper yang dapat tangkap will be the next one to walk down the aile kan..hahhah
p/s haha daun sireh memang tak sodap lah....

KM said...

rasa cam salah istilah je kt sini. hehehe tu kebas sireh pengantin depan depan orang ramai tu bukan mencuri laa...tu merompak kekdahnye hehe

p/s: kalau nak sodap, toksah la curik sireh, curik je udang galah menu pengantin tuh, memang ooummpphhh!!

adibah said...

Ana,

wedding melayu mana ada baling2 bunga.. kot nak pun.. baling bunga pahar je la... tak pun baling bunga manggar! hahaha

adibah said...

KM,

Salah istilah ye... mintak mahap encik.. saya budak baru belajar..


Udang galah tak perlu dicuri ye.. udang galah dapat free.. :-)