Tuesday, September 30, 2008

Salam Aidilfitri

Untuk entri terkini, sila skrol ke bawah ya..


Salam kasih.

Monday, September 29, 2008

Kosong

Ramai yang dah start cuti, ada yang dah balik kampung seawal hari Jumaat lepas. Office dah jadi sunyi, bahkan akan jadi semakin sunyi esok bila 1/4 dari yang datang hari ni akan mula cuti raya esok. Tengoklah.. macam dah dilanda tsunami. Kosong. Sunyi. Nasib baik ada yang pasang lagu raya kuat-kuat. Makin kuat lagu raya, makin kuat mood raya.


Tadi Boss pesan, esok kena masuk awal setengah jam dari biasa. Bermakna, aku akan bersahur di office esok. Sahur terakhir untuk Ramadhan kali ini.


Salam kasih.

Sunday, September 28, 2008

Cahaya di Aidilfitri

YM Chat with my buddy.

Aku: Selamat menyambut aidilfitri, maaf zahir batin

Dia78: Salam aidilfitri to you too.

Dia78: Be strong... i know its going to be a sad raya for you and your sisters...

Aku selalu kalah dengan kawan aku yang sorang ni. Dia boleh baca apa yang sebenarnya ada dalam hati aku. Always.

Satu hari masa driving, kat radio ada lagu Cahaya di Aidilfitri nyanyian Black Dog Bone. Aku sebak bila dengar lagu tu. Sambil driving, sambil kesat airmata. Aku teringin nak letak lagu tu kat blog, tapi.. aku tak mampu.. Kalau korang terdengar lagu tu di radio etc., korang dengar lah liriknya.. Ataupun, macamni lah.. biar aku sertakan liriknya dalam entry ni.. okay?


Black Dog Bone - Cahaya Aidil Fitri

Bila tiba hari raya
Semua insan bergembira
Tetapi bagiku hanya kesedihan
Yang menyelubungi hidup

Ayah dan juga ibuku
Telah pergi selamanya
Terbiarlah aku ibarat musafir
Yang haus di padang pasir

( korus )
Siapakah yang sudi
Menghulurkan simpati
Kepada nasibku ini
Agar dapat kurasa
Nikmat di hari raya
Seperti insan yang lain

Ku meminta dan berdoa
Kepada Yang Maha Esa
Tabahkan hati berilah pedoman
Cahaya Di Aidil Fitri


Salam kasih.

Kerja Tangan Aku


Yes..you are viewing the rite blog. This is SeptemberSebelas. Cemana boleh bertukar gambar? Sebab tangan aku yang menggatal. Kengkonon nak letak gambar lain kat header.. bertukar wajah. Sekali tu tekan sini tekan sana.. terus ilang header aku. Padan muka aku! Hahahaha.

Aku pun godek sana godek sini. Thumb drive tak da lak kat umah. Adoii!! Godek punya godek aku jumpa la gambar jambatan ni (bukan jambatan ParitSulong yang dah glamer ittew). Kalo rajin main jigsaw puzzle, buleh sambung gambar jambatan tu dengan gambar kat raya aku tu. Sebab dua2nya dari lokasi yang sama.

Aku sebenarnya nak letak gambar oren yang ada dalam entry ni. Tu lah tangan ni gatal duk godek sana sini.. terus jadi lain. Sebagai pengganti, aku letak dulu sementara gambar jambatan ini ye..

Salam kasih.

Saturday, September 27, 2008

Tudung & Tumpang


Rambang mata bila nak memilih tudung kat Jalan TAR ni.. Macam2 jenis, macam2 nama, macam2 warna. Tudung musim nak raya ni mahal2 sket kan.. Penat nak cari yang berbaloi. Pusing sana sini duk pilih tudung. Akhirnya kami sampai ke satu kedai ni.



Dari cara percakapan dan raut muka dia, aku dapat teka yang kakak ni dari Sumatera. Sumatera = Minang = Urang awak. Cewah.. ada can ler dapat murah sikit kan. Kitorang pun belek2 lah tudung ni. Pilih2 warna. Pilih2 corak. Sambil2 tu mysis and I, cuba "mengayat" kakak ni.


Mulalah kami menggunakan skill bahasa Minang dengan kakak tu. Keluarlah ayat2 seperti "Iko bara ko kak?" (Yang ni berapa ni kak?)... "Ko rancak ko.." (Yang ni cantik). "Ba'a kok mahal bana kak.. awak juo awak nyo.. murah la sikik kak" (Kenapa mahal sangat kak.. kita sama kita nye... murah la sikit kak). Bahasa minang pelat hehe. Tergeliat lidah aku.. tapi ku tetap usahakan juga jebat!! Demi mendapat discount. Hahaha. Mula lah keluar soalan2 kampung kat mana, pernah balik tak, generasi keberapa kat sini.. Hehe.. hasilnya.. dapat harga murah uols...! Dapat discount lebih sikit.. hiks! Alhamdulillah.



Tumpang lepak sekejap kat tangga Semua House sambil menunggu Acik datang amik Dikna. Sempat gak posing2. Makin lama makin ramai orang lepak. Titiba je.. security guard datang "Sorry kak, kita mau mop lantai.." Ada ke titiba rajin lak cleaner tu nak mop lantai.. Tapi kitorang faham ler. It's an alternative for them to halau orang2 yang melepak kat sana, termasuk ler kitorang. Keji tau!! Huhuhu.


Salam kasih.

Friday, September 26, 2008

Iftar & Cerita Disebaliknya..


Jemputan iftar dari kawan mysis di Prince Hotel, KL. Huh.. jalan jam sungguh bila nak ke sana. Alhamdulillah, sempat sampai sebelum waktu berbuka. Sebelum berbuka, tetamu dihiburkan dengan persembahan muzik tradisional. Dan, gong dipalu tanda masuk waktu berbuka.


Sekumpulan teman2 pejabat my sis.


Three sisters with the host. Thank you, Intan :)



Benda lain dia takmo makan. Duk makan choc. dipped strawberry & marshmallow. 2-3 kali dia duk ngadap chocolate fountain. Ish ish ish.. Nak ikut Datuk Siti ye, dik? ;-)


Orang lain semua ala2 posing berdiri je bila amik gambar kat sini.. Aku & Dikna dengan selambanya duduk kat 'stage'. Cuba tengok abang musician tu.. pandang ala2 pelik je.. Mesti dia kata "Apehal laa dua beranak nih.." Hehe. ;-)



Waduh.. banyaknyer makanan yang aku amik.. inilah antara hasil tangkapan malam tadi.. hehehe. Makanannyer sedap2 belaka. Rugi kalau tak mencuba. Lagipun, kami di sana sampai pukul 10 malam. Borak2. Makan. Gosip2. Makan. Cerita2. Makan. Tapi, cuma satu benda je yang aku tak cerita kat depa. Ceritanya ialah...

Surau hotel ni, dekat parking tingkat 5. Kat situ jugaklah aku park kereta. Masa memlula aku sampai kat parking tu, aku dah rasa semacam gak dah. Tapi bulan posa.. kan semuanya dah kena rantai. Aku buat tak tau je ler..

Lepas berbuka & makan lite2, aku pun pergilah surau sensorang untuk solat Maghrib. (Eh.. cemana aku boleh pegi sensorang tak ajak yang lain, ye...?) Keluar dari lift tingkat 5 tu, sepanjang jalan nak ke surau, aku bau kemenyan uols...! Sangat pelik okay.. Semakin hampir kat surau tu, semakin kuat baunya. Aiyoo... Aku tak berani nak pandang belakang, kiri atau kanan. Jalan straight je.. Saspen jugak.. tapi buat2 berani je. Dah lepas solat tu, aku jalan balik kat tempat yang sama, tapi dah takda bau apa2 pun. Huhu! Pelik.. pelik..



Balik dari iftar, jalannya udah macet. Depa ni mesti nak balik kampung, keluar rumah lepas berbuka & terawih. Untuk anda yang nak pulang ke kampung, berhati2 di jalan raya ye.. ingatlah kepada orang tersayang. Pandu cermat, jiwa selamat. Kalau mengantuk, tido dulu ya.. bahaya memandu dalam keadaan mengantuk. Isnin depan jalan2 kat KL ni agaknya dah mula lengang ler kan.. Macam hati aku yang tengah 'lengang' nih..


Salam kasih.

Duit Raya


Masa kanak2 dulu, dapat duit raya 50sen tu perkara biasa. Dapat RM1 pun dah rasa banyak. Kalo dapat RM5 happy je.. kalo dapat RM10, senyum sampai ke telinga. Tak perlu nak letak dalam sampul duit raya.. main hulur je kat tangan masa bersalam. Tapi sekarang, budak2 mengharap paling minimum pun RM1 dalam sampul duit raya. Yang paling tak bestnya, bila budak2 ni bukak (koyak?) sampul duit raya dan dan tu jugak.. lepas dihulur sampul duit raya tu kat dia. Aku awal2 lagi warning Dikna, kalau dapat duit raya, tunggu dalam kereta baru bukak. Kalau tetamu bagi duit raya, tunggu tetamu balik dulu baru bukak.


Duit raya pertama 2008

Aku pun masih dapat duit raya.. yeay! Duit raya dari officemate aku. Terima kasih ya.. Terharu pulak rasanya. Zuer pun dapat duit raya jugak tadi.. tapi.. aku menang! Dia dapat duit raya color lain. Hiks!


Satu antara yang tujuh.

Sementara tu, dalam sibuk hal baju raya, kuih raya, duit raya dan segalanya untuk raya, aku, mySis & CheAh tengah sibuk buat preparation. Untuk Aidilfitri ke4 ni, insyaAllah. Semoga semua urusan dipermudahkan.


Salam kasih.

Thursday, September 25, 2008

Bee Zee Day

Aduhai.. sibuk sungguh hari ni. Aku kena settle macam2 benda tadi. Balik dari kerja, terus ke Cheras Perdana, untuk amik kuih raya. Setiap tahun aku bantu MakNeng untuk jual kuih raya. Cuma tahun ni tak banyak order dari tahun2 lepas. Cuma ambil pesanan dari regular clients sahaja. Sebab tahun ni harga barang mentah naik, jadi dah tentu harga kuih pun naik. Ramai yang memilih untuk buat kuih raya sendiri dari membeli.

Dari Cheras Perdana, aku terus ke SS15 Subang Jaya untuk hantar kuih raya kat client. Sepanjang perjalanan tu, mengantuknya Allah saja yang tau. Kan malam tadi tidur 3 jam aja.. sama seperti malam2 yang lain semenjak dua menjak ni. Lepas serahkan kuih, aku teringin pulak rojak mamak kat SS15 ni.. Walaupun jam baru pukul 1.50pm, aku pergi gak kat gerai mamak tu, dan order. Itulah juadah aku waktu berbuka tadi. Sedapnyer..!

Dari SS15, aku teruskan perjalanan ke UIA, Gombak. Aku perlu hantar assignment sebelum weekend. Bersambung balik kisah mengantuknya. Aku berhenti sekejap di Petronas, cuci muka. Segar jugaklah sikit.. Sampai UIA, hari mendung dah. Assignment aku letakkan dalam kotak di luar office lecturer. Sampai ke kereta, hujan turun selebat2nya.

Dari UIA, aku straight balik rumah. Alhamdulillah, selesai dah semua urusan di siang hari. Nasib baik jalan tak jam, walaupun bergerak perlahan, tetapi lancar (macam laporan trafik je kan.. hehe). Sampai rumah, buat apa yang perlu, lepas tu terus tertidur.

Sekejap lagi, aku nak ke Stadium Bukit Jalil pulak. Nak gi amik adik2 aku yang balik cuti raya. Harap2 dipermudahkan segala urusan, insyaAllah. Hmm.. nasib baik harga minyak turun 10sen hari ini.. :-)


Salam kasih.

Selamat Ulangtahun

Gambar dari www.flickr.com


Hari ini sudah setahun usia SeptemberSebelas.
Apa yang dihidangkan di SeptemberSebelas hanyalah 'perkongsian' cerita, namun kadangkala diselit juga luahan hati. Macam-macam yang telah dilalui oleh SeptemberSebelas. Kisah manis, pahit, sedih, kelakar, semuanya ada.Dari SeptemberSebelas jugalah aku kenal teman-teman baru, secara virtual. Berjumpa belum sekali pernah, tapi dapat dirasakan keakrabannya. Terima kasih teman-teman.

Kepada tetamu yang berkunjung, terima kasih ya.. Sila datang lagi.. Selamat hari raya, maaf zahir batin.

Kebetulan, hari ini hari lahir salah seorang teman blogger aku. Happy birthday, cikgu Jimi.


Salam kasih.

Aku Sedih..




Kamu ngak ada..
Bila aku perlu kamu..

Aku sedih..






Wednesday, September 24, 2008

Sepasang Kurung Biru



Salam kasih.

Tuesday, September 23, 2008

The Apartment


Iftar @ The Apartment at TheCurve with IIU friends. Had a great time, buka puasa and lepaking tonite. Thanks for ur time ladies.




Imah, myself and Faten

Lily and I. See how petite she is.. makin kurus si kecik nih..


Inilah yang aku makan tadi..


Best wishes to u gals. Good luck in everything u do. *Hugs*


Salam kasih.

Monday, September 22, 2008

Dibius Cinta

Dibius Cinta - Melly Goeslaw & Yusry KRU
Kau membiusku dengan cinta
Cinta yang malu kukatakan
Kau membiusku dengan cinta
Sampai aku tak bisa berkata

Kau membiusku
Sampai aku jadi sering melamun
Memikirkan kita
Bisakah bersama

Aku dibius cinta
Cintamu yang tak ada tandingnya
Namun mungkin tak bisa
Entah ku tak tahu..oh...

Kita yang malu hati
Untuk mengakui saling cinta
Usaha sekeras hati bersama selamanya
Aku dibius cinta

Kau membiusku dengan cinta
Cinta yang malu kukatakan
Kau membius dengan cinta
Sampai aku tak bisa berkata

Kau membiusku sampai aku
Jadi sering melamun
Memikirkan kita
Bisakah bersama

Aku bius cinta
Cintamu yang tak ada tandingnya
Namun mungkin tak bisa
Entah ku tak tahu..oh..

Kita yang malu hati
Untuk mengakui saling cinta
Usaha sekeras hati
Bersama selamanya

Kita yang malu hati
Untuk mengakui saling cinta
Usaha sekeras hati
Bersama selamanya

Aku dibius cinta…
Aku dibius cinta…
Aku dibius cinta…


Lagu terkini. Dari Melly & Yusry KRU. Soundtrack dari Cicakman2. Dibius cinta? Kalau dibius itu kan bahaya, tak tau bila masa akan tersedar. Either u sedar or u tak akan sedar langsung. Tapi selalunya orang dibius untuk tujuan perubatan, kan? Merawat penyakit. Menghilangkan rasa sakit yang ada. Oh.. i love this song! Enjoy!


Salam kasih.

Pusing Pusing


Not feeling well today. Dari pukul 3.30am lagi rasa pening semacam. Mungkin disebabkan maggi that I had last nite. Bangun tidur pun rasa kepala ni macam bergegar. Berdenyut2. Adoilaa.... Lama dah tak rasa sakit macam ni. Rasa macam nak MC, tapi tak sedap hati pulak. Kat office pun rasa pening lagi.

Cuba rehat 5 minit, but everytime tutup mata & cuba relax, fikiran aku ntah pergi kemana-mana. Mimpi yang pelik2. Mengarut2. Ntah apa-apa. Temanku kata, kalo sakit kepala, memang macam tu.. macam orang tingtong. Temanku explain kat aku.. kenapa jadi macam tu, tapi sebab aku tengah pening.. aku tak ingat dah apa yang dia explain tadi.

Tengahari rasa okay sikit. Pergi round2 dengan temanku. Dia ajak pergi Tasik Perdana pusing2, akhirnya kami berhenti di Taman Burung. Rasa relax sikit dengan pokok2 dan bunyi burung2 yang ada kat sana. Nampak gaya, macam tak ramai tourist yang jalan2 kat Taman Burung ni. Cuma ada beberapa orang yang pergi lunch kat restoran di Taman Burung tu. Aroung 2pm, kami beredar dari sana. Rasanya BP aku dah turun sikit time ni..

Sampai rumah, buat itu ini, then rehat2 kat sofa. Tiba2 dengar bunyi my sis ketuk pintu. Lerr.. rupanya dah sejam setengah aku tertidur. Dah 5.45pm, satu mende food pun takda untuk berbuka. Bangun & solat Asar then terus pergi ke pasar Ramadhan. Pusing sana sini. telek sana sini.. akhirnya inilah juadah iftar aku hari ni..


Kebab Pita


dan Milo ais buatan sendiri. Sedapnyer...!


Salam kasih.

Sunday, September 21, 2008

Kasih Ibu


Aku ke rumah CheAh awal pagi tadi. Aku ternampak ibu ayam ni duduk senyap2 kat kerusi ni. Aku gelak je.. Pelik pun ada.. Lawak kan.. Mana pernah ayam duduk senyap2 kat kerusi, walau dihalau pun buat tak tau je.. Lawak sungguh..

Tapi bila tau cerita sebenarnya, aku jadi sedih pulak. Ibu ayam ni sebenarnya pernah bertelur atas kerusi ni. Then, diorang pun alihkan/ambik telur tu. Rupa-rupanya ibu ayam ni terasa kehilangan. Patutlah cara duduknya konon2 tengah mengeram. Kesian nya.. CheAh kata ayam ni meroyan.






Hari2 ayam ni akan duduk senyap kat sini.. lama-lama. Walau dihalau, walau ada kucing datang kacau pun, ayam ni tetap macam ni. Termenung je. Aku sedih pulak bila tengok ayam ni duk termenung macam ni. Nampak muka ayam ni sedih. I dunno.. maybe I'm touched by the story CheAh told me. Aku terbayangkan macamana seksanya ibu2 yang meroyan, mungkin macam tu jugaklah perasaan ibu ayam ni.


Ibu mana yang tak sayangkan anak kan.. ibu ayam ni pun jadi meroyan bila telurnya di ambil orang. Tiba2 aku terfikir, macamana orang sanggup buang anak sana sini.. Wallahualam.


Salam kasih.

Entry 10 Ayat

1. Hari ini.. kena pegi Jalan TAR untuk cari barang-barang.
2. Kalau takda yang berkenan kat Jalan TAR, kena pergi Nilai 3 pulak..
3. Malas sungguh nak ke Jalan TAR di hari Ahad dalam bulan Ramadhan ni.
4. Aku dah dapat bayangkan, orang yang sangat ramai..
5. Adoilaaa....!
6. Tapi tetap kena pergi jugak, sebab kalau tak nanti haru-biru
7. Sebab, sekarang ni dah kesuntukan masa
8. Kesuntukan masa + kekurangan idea = huru hara
9. Harap-harap Jumaat raya ke 3 nanti, PakLah bagi cuti
10.Sebab, ada agenda yang perlu diselesaikan.. di hari raya ke4 nanti.

Wish me luck! Hehe..

Salam kasih.

Friday, September 19, 2008

Dari Cermin Pandang Belakang


Hari ni aku agak busy. Workload bertambah, sebab kelmarin banyak branches yang cuti sempena Nuzul Quran. Penatnya.. Balik rumah, ngantuk.. rasa nak tidur (ganti tidur?). Jam 1.45pm, aku sms temanku "Tolong kejut pukul 3 nanti boleh, tq.." Bukan tak ada alarm clock, bukan tak leh set alarm kat handphone, saja je....! Hiks.

Semalam dah janji dengan Dikna, pagi nanti nak sahur di Pelita. "Nanti amik Dikna kat rumah ye.. Dikna balik sekolah pukul 5.30". Lepas fetch my sis, aku teruskan perjalanan nak jemput Dikna kat rumah. Kebetulan temanku dalam perjalanan balik kerja. Kebetulan kami di jalan yang sama. Sempatlah kami berkonvoi, jalan yang sama.. tapi destinasi yang berbeza. That's the best thing to do, when u don't have the chance of seeing each other. Itulah dia, temanku, dari cermin pandang belakang kereta aku. Kalau ada polis tadi, mesti kita dah "kopak" RM300 sorang kan.. sebab sms sambil driving. Aiyohhh!

Salam kasih.

Thursday, September 18, 2008

Teringin


+


+


+

+

ikan bilis goreng

=



Teringin nak makan nasi lemak untuk buka puasa malam ni. Balik rumah tengahari tadi, singgah kat kedai runcit & beli barang2 untuk masak. Simple dan mudah nak sediakan. Resepi special takda. Cuma campak itu, campak ini, campur itu, campur ini.. jadilah Nasi Lemak Sambal Udang. Kalau tanya sedap ke tidak, mestilah jawapannya sedap, sebab masak sendiri. Sapa lagi nak puji uols!! Haha. Bak kata orang, kalau ada mother-in-law lalu kat belakang pun tak sedar.. gittew..!


Tempoh masak = 30 minit
Tempoh makan = 15 minit



Salam kasih.

Pagi & Tengahari

Cerita Pagi

Biasanya, ramai yang adakan majlis berbuka puasa dengan teman2 office. Pagi tadi, sebelum subuh sebenarnya, aku & officemates bersahur bersama di Pelita Jalan Ampang. Kami lebih mudah buat sahur gathering dari iftar gathering. Sebabnya, faktor waktu kerja. Kami terus ke office selepas selesai sahur. Mudah. Kalau nak iftar beramai2 tu leceh juga.. kena keluar balik dari rumah & mengharung traffic jam. Silap2 sampai di tempat iftar, pahala puasa dah kurang!



Farid, Zuhir, Nash & Monchehman


Orang lain ala2 mengantuk jer kan bila bersahur tu. Tak larat buka mata.. Selera pun tak ada. Tapi kami, disebabkan dah biasa dengan waktu ni, macam orang sarapan pagi lagaknya. Jam di tiang tu menunjukkan pukul 5.10am. Lagi 39 minit masuk waktu Subuh.

**********

Cerita Tengahari


Kereta teman & kereta teman teman.

Tengahari panas terik. Kereta pun dah berdebu. Lama dah keretaku ini tak mandi. Plan nak basuh kereta balik dari jumpa temanku. Kebetulan pulak.. kereta dia pun nak pi mandi jugak. So, berkonvoi ler ke car wash. Terima kasih kepada encik carwash itu, elok jer dia lalu time aku nak snap gambar ni. Takyah susah2 nak edit.


Alangkah sedihnya hati... tak sampai sejam lepas tu.. KL pun hujan... Aduhai.... Thank you temanku, sebab teman & belanja cuci kereta.


Salam kasih.

Tido Tau..




Salam kasih.

Wednesday, September 17, 2008

Ada Ada Saja


Kisah ni berlaku semalam, masa aku & Dikna dalam perjalanan nak ke KL. Kalau petang selalunya jam.. Being kids, Dikna banyak tanya soalan2 cepumas kat aku. Itu dan ini. Kadang2 tercabar jugak minda nak menjawab secara "apa yang mudah difahami oleh kanak2". Nak kena relate dengan apa yang dia faham. Relate dengan sekolah, dengan kartun yang selalu ditonton di TV dan dengan permainan.



Dalam 'melayan' jam dan melayan 'borak' SMS (eh.. boleh ke SMS masa driving? tapi bukankah perkara tu selalu kita buat/lihat...), aku layan juga Dikna berborak.


"Sis, itu kereta apa?"

"Teksi untuk ke KLIA"

"Oh.. dari mana?"

"Dari KLIA. Sapa2 nak gi airport, boleh naik keta tu"

"Oh.. dari Kelantan ke?"

Huh? Aku pelik.. Awatnya Kelantan? Then, aku gelak giler.. gelak sorang2 okay..! Bila aku tengok plat number baru aku perasan..

Perhatikan plat number Limo tu...
LIMO = 5 (dialect Kelantan)
A
ku gelak.. gelak.. dan gelak.. Dikna.. Dikna.. macam macam..! Aku memang tak pernah terfikir sampai ke situ bila tengok plat number Limo KLIA ni...


p/s: Aku duk cari dikir barat di imeem.com and I found this cute song..! Aku rasa aku cuma faham 85% lirik tu. Any volunteer translator? Enjoy the song!


Salam kasih.

Tuesday, September 16, 2008

Iftar @ Pizza Hut, Pavilion

"Buka mana today" Aku terima sms dari AC. Since tak da apa2 plan, AC ajak kami (my sisters and I) join dia buka puasa di Pizza Hut, Pavilion together with Ryzal yang buka puasa dgn sahabat2nya.



Dah beberapa hari Dikna demam tak kebah2. On & off. Tapi doktor dah confirm bukan demam denggi, Alhamdulillah. Rajin2 makin ubat ye dik. Tengok lah tu.. siap boleh baring, tunggu time berbuka puasa. Pizza Hut sediakan kurma untuk semua. Terima kasih ya..



Ryzal is a junior in the entertainment industry. Dia bertambah dikenali ramai lepas berlakon sebagai Salman, dalam telefilem Jelatang. Baru je selesai shooting di KL, terus dia ke Pavilion ni untuk bertemu sahabat2nya. Harap2 dia semakin hari semakin berjaya, InsyaAllah.


AC & Mrs together with SIL. Oleh kerana lama dah tak jumpa, macam2 cerita dihapdate katanya. While Ryzal was bz with his sabahat2, we were bz gossiping! Hehe. Hmm.. tadi makan apa ye... The three sisters berkongsi makanan ni..



JCo donut.. nasib baik tak perlu beratur masa beli.. phew!!

Dikna & Ryzal

AC nampak lebih ceria sejak dah berumahtangga ni. Katanya "bila dah kawin ni.. baru kau rasa, hidup kau bermula. And u learn a lot!". Doa2kan lah aku AC ye.. Thanks to AC & Ryzal for the lovely iftar. Dah lama tak keluar ramai2 macam ni kan since everyone is busy with life. Ciktipah, jangan jeles na... Jom datang KL, kita keluar sama lagi.


Salam kasih.

Kerja Sekolah


Ada lagi satu kerja sekolah a.k.a case study nak disiapkan before weekend. Salah satu cabaran bila study part time ini adalah untuk siapkan assignment/coursework on time. Ada je sebab yang boleh menggangu workflow untuk siapkan kerja2 sekolah. Nasib baik juga, aku payah nak tidur sejak kebelakangan ni. Macam sekarang ni, aku masih belum tidur, walaupun dalam masa 4 jam lagi aku perlu ke office. Stress kot? Jadi, aku gunakan peluang ini, untuk buat segala assignment/coursework yang perlu disiapkan.

Tapi, dah masuk waktu perlu tidur. Aku perlu tidur. Mesti. Good nite everyone.

Salam kasih.