Tuesday, September 2, 2008

Nota Ringkas Panduan Sepanjang Ramadhan



1. Mesti keluar rumah seawal 4.30pm kalau nak ke Pasar Ramadhan. Masa diambil untuk sampai ke Pasar Ramadhan hari ini adalah 60 minit. Biasanya, untuk ke lokasi yang sama hanyalah 10minit!

2. Tak perlu guna "short-cut" atau "jalan alternative" untuk ke Pasar Ramadhan yang kononnya mengelakkan "traffic jam". Bila keadaan orang berpusu2 ini, short-cut dan jalan alternative pun, jadi tumpuan semua pemandu. Sama je sesaknya!

3. Kuih yang dijual "Lima, Dua Ringgit" bukanlah harga diskaun sebenarnya. Jangan tertipu untuk beli sampai 5. Kalau beli satu pun, tetap pada harga yang sama 40sen. 5x40sen = RM2. Sama kan? Tak perlu beli sehingga 5 keping, kalau akhirnya dibuang begitu sahaja.

4. Harga N.Briyani Gam di Pasar Ramadhan. Tahun 2007 berada di paras RM6-00. Tahun 2008, harganya RM7-00! Tahun 2008 => 8 => KAYA => TOKEY kaya => CUSTOMER geleng kepala, urut dada!

5. Kebanyakan gerai2 di Pasar Ramadhan yang aku pergi tadi, menjual Roti John (3 gerai sederet) dan minuman. Mungkin produk ini, profit margin nya lebih dari produk yang lain. Paling kurang adalah gerai yang menjual lauk-pauk.

6. Buffet Ramadhan kali ini bagi pendapat aku, harganya tidak berbaloi. Habis ratusan ringgit semata-mata untuk menjamah makanan ala-kadar. Lebih baik, buat buffet di rumah sendiri, panggil seluruh ahli keluarga besar (kos untuk satu keluarga besar = kos untuk 3 orang berbuka puasa di hotel terkemuka). Selepas iftar boleh solat jemaah bersama-sama. Lebih berkat, kan?

7. Kenaikan harga minyak => kenaikan harga barang => kenaikan harga kuih raya => alternative + kreatif => buat kuih raya sendiri! Kata teman yang menjual kuih raya, tahun ni pesanan kurang dari biasa.


Salam kasih. Selamat berpuasa.

2 comments:

Unknown said...

bleh tak kampung mek pun jual kuih 5 for 2 hengget gak? melampau ok setaraf ngan kl lagaknye.

pitammmmm.....

adibah said...

Itulah kan ciktipah, sekarang ni harga minyak dah turun, takda pulak peniaga2 ni berebut-rebut nak turunkan harga barang2. Bila harga naik, semua kata "I sekarang jual stok baru". Bila harga minyak turun "I masih jual stok lama.."