Monday, September 15, 2008

Iftar Di Tg. Harapan

Ahad lepas, ke kedai seafood kat Tg . Harapan, Port Klang lagi. Kali ini untuk berbuka puasa, yang ditaja oleh my auntie. Thank you, Cik.. :-) Kami sampai awal, dalam jam 5.30petang untuk mengelak jam & untuk mendapat meja yang strategik.



Masa mula2 sampai tu, hari masih cerah lagi. Saja je snap gambar sampan/bot tu, untuk mengisi masa lapang. Hari semakin lama semakin kelam. Dan bila dah senja tu, ada kapal kontena yang lalu dekat dengan restoran tu. Permandangan yang unik. Cantik sangat. Ramai yang bawa DSLR mencari lokasi terbaik untuk snap photo. Aku yang cuma berbekalkan digital camera ni, cuma snap sekadar yang terdaya je la... Best je tengok diorang beraksi dengan DSLR masing2. Jeles tau..! :-)



Di restoran ni, disediakan kurma, beberapa potong kuih & drinking water percuma untuk iftar. Kami order biasa-biasa saja. Tapi, yang pasti, udang kali ini lebih menarik dari yang kami pesan dulu. Dulu kami pesan udang pedas, tapi kali ini kami pesan udang tiga rasa.


Cuma, pada pendapat peribadi aku, rasanya lebih baik pihak restoran ni keudarakan Azan Maghrib untuk menandakan masuk waktu berbuka, daripada buat pengumuman ala2 Crew Leader nak bagi pengumuman kapal terbang nak landing.


Salam kasih.

2 comments:

KajangMaliTalakSombong said...

kat restoren tu ada jual nasi kerabu tak?

Sept_11 said...

KMTS,

nasi kerabu takda, nasi keselasa ada :P