Thursday, September 25, 2008

Bee Zee Day

Aduhai.. sibuk sungguh hari ni. Aku kena settle macam2 benda tadi. Balik dari kerja, terus ke Cheras Perdana, untuk amik kuih raya. Setiap tahun aku bantu MakNeng untuk jual kuih raya. Cuma tahun ni tak banyak order dari tahun2 lepas. Cuma ambil pesanan dari regular clients sahaja. Sebab tahun ni harga barang mentah naik, jadi dah tentu harga kuih pun naik. Ramai yang memilih untuk buat kuih raya sendiri dari membeli.

Dari Cheras Perdana, aku terus ke SS15 Subang Jaya untuk hantar kuih raya kat client. Sepanjang perjalanan tu, mengantuknya Allah saja yang tau. Kan malam tadi tidur 3 jam aja.. sama seperti malam2 yang lain semenjak dua menjak ni. Lepas serahkan kuih, aku teringin pulak rojak mamak kat SS15 ni.. Walaupun jam baru pukul 1.50pm, aku pergi gak kat gerai mamak tu, dan order. Itulah juadah aku waktu berbuka tadi. Sedapnyer..!

Dari SS15, aku teruskan perjalanan ke UIA, Gombak. Aku perlu hantar assignment sebelum weekend. Bersambung balik kisah mengantuknya. Aku berhenti sekejap di Petronas, cuci muka. Segar jugaklah sikit.. Sampai UIA, hari mendung dah. Assignment aku letakkan dalam kotak di luar office lecturer. Sampai ke kereta, hujan turun selebat2nya.

Dari UIA, aku straight balik rumah. Alhamdulillah, selesai dah semua urusan di siang hari. Nasib baik jalan tak jam, walaupun bergerak perlahan, tetapi lancar (macam laporan trafik je kan.. hehe). Sampai rumah, buat apa yang perlu, lepas tu terus tertidur.

Sekejap lagi, aku nak ke Stadium Bukit Jalil pulak. Nak gi amik adik2 aku yang balik cuti raya. Harap2 dipermudahkan segala urusan, insyaAllah. Hmm.. nasib baik harga minyak turun 10sen hari ini.. :-)


Salam kasih.

6 comments:

Zuer said...

ermm kak dib.. minyak turun pun tak raser ler...dlam 2 inggit jer...ermmm Thanks 4 ur hari raya wishes email to me at Bank email.

Unknown said...

sempat selesai assignment b4 raya yea. bagus..bagus.

raya kang pulun baca utk final ekzem plak tawww!!!

adibah said...

zuer,

nasib baik gak .. RM2 tu boleh cover duit tol kan.. :-)

adibah said...

ciktipah,

betul tu... kalau tak nanti mek tak selesa nak beraya.. hati risau katanya.. sebulan lagi nak exam dah.. huhuhu

Anonymous said...

saya dengaq engine perodua boleh pakai petrol RON92 je sebab dibina dgn spec guna RON92.... mungkin saudara Zuer boleh tanya tanya mana2 sumber sejauh mana benar perkara ini.saya dok pakai RON92 bertahun dah..engine ok je (hage cuma RM2.30 seliter banding RON97 RM2.45 seliter).

petrol RON92 ini pun unleaded juga spt RON97, cuma beza suhu utk ianya terbakar lebih rendah dari petrol RON97.

adibah said...

Kajangmali,

nanti saya tanya zuer ya..

thanks for the info.