Friday, September 5, 2008

Nak Ngomel Sikit..

Kenapa..
Tiap kali bila harga minyak naik
Waima naik 1 sen sekalipun..
Semua peniaga jadi panik
Harga barang jualan juga perlu naik
Bila ditanya kenapa?
Peningkatan kos,
"Stok barang baru semuanya"
Peruncit kata angkara pemborong
Pemborong kata angkara pengedar
Pengedar angkara pengeluar
Masing-masing menunding jari
Pada yang lain
Macam cerita dalam lagu Bangau Oh Bangau

Bangau => kurus? => ikan => tak timbul? => rumput panjang sangat

Tapi sekarang
Bila harga minyak turun
Masing-masing senyap aja..
Takda pula ura-ura
Barang nak turun harga
Sampaikan harga kuih Dua Ringgit, Lima
Mungkin alasannya
Harga bahan mentah mahal
Tanya pada retailer;
"Ini stok lama.. harga 'datang' memang mahal" katanya..
Mangsanya.. kita yang jadi pengguna


Sedar tak kita?
Sekarang ni
Siapa yang jadi peniaga2?
Di pasar malam, pasar biasa, kedai runcit dan kedai makan segala?
Kalau malam, kedai tomyam orang Siam
Waktu siang, nasi campur, orang Seberang
Kedai runcit mereka juga
Kedai pakaian mereka juga
Bangla & Pakistan, kedai karpet & perhiasan



Nak buat macamana ya...?


p/s : The owner told me that market price for brand new bike is RM9+++. And now the owner is selling the 1 year old bike at RM5.5K. Low milage. Accident-free. Calar-free. Sungguh berpatutan harganya!


Salam kasih.

6 comments:

su said...

a ah kan? betul tuh!skrg makin menjadi2 betul brg mahal!x pulak turunkn harga brg bile harga minyak da turun...

Sept_11 said...

Sue,

Betul Sue, yang terima kesannya kita.. kan? Lagi2 nak raya ni.. kebanyakan barang naik harga.

CikTipah said...

bukan barang saja naik uols, malahan badan mek pun ikut sama naik katanye. cuma dibulan posa ni leh kurang sket kot. tp tgk laa raya kang. hambekkk... berdabel2 kaedahnya.

cmne exam uols? good luck yea. matilaaa...dah abis exam baru nak wish gudluck semua. hiksss....

Sept_11 said...

ciktipah,

midterm exam tadi berlangsung dengan jayanya..

"Yang ditanya ayam, yang dijawab itik" hehehe.


*pensan

kajangMaliTalakSombong said...

minyak naik, barang naik, makanan naik, api naik, air naik tapi cik Sept_11 jgn biaq BP naik iye....makan ubat selalu..

Sept_11 said...

KMTS,

InsyaAllah...