Friday, September 12, 2008

Sedekah

Tadi aku ke Pasar Ramadhan bersama my sis, CheAh & Nad. Cari serba sedikit juadah, beli itu dan ini, akhirnya penuh makanan semeja. Rezeki Ramadhan, Alhamdulillah. Mudah-mudahan tak akan berlaku pembaziran. Pasar Ramadhan bukan hanya membuka pintu rezeki pada peniaga2, tapi ramai juga peminta sedekah (adakah ini satu profession?) yang menagih simpati dari para pengunjung.


Aku agak cerewet dalam menghulur sedekah kepada mereka2 ini. Aku memang berkira. Aku mengira2 sama ada orang itu memang memerlukan atau sekadar malas nak berusaha lalu meminta2. Bagi aku, sedekah biarlah ikhlas, bukan terpaksa. Bukan sekadar memberi kerana mahu mereka ini segera beredar dari meja ketika sedang makan di gerai.



Yang paling aku tidak gemari, peminta sedekah buta berjalan bertongkat yang mana di belakangnya seorang yang celik & cukup sifat sekadar memegang bahu si buta itu. Siapa yang memimpin siapa sebenarnya? Aku rasa 'rimas' bila mereka ini datang ke arah meja kami. Selalunya, bila mereka ini hampir ke meja, aku sekadar geleng kepala. Bayangkan, satu meja = RM1, kalau 100 meja? Berapa RM dah yang mereka dapat satu hari/malam? Mudahkan? Pernah didepan mata aku, seorang peminta sedekah dihantar ke lokasi dengan kereta. Mungkin mereka ini bekerja dengan 'agen'. Jadi, mereka ini terkeluar dari senarai 'ikhlas' aku.


Sebenarnya, bukan aku tidak simpati. Kalau kena pada orangnya, kena pada tempatnya, aku ikhlas. Memang aku doakan supaya mereka keluar dari kesempitan hidup. Misalnya, ada satu keluarga, suami dan isterinya buta, tapi anak mereka comel dan celik, meminta sedekah di sebuah pasar malam di kawasan rumah aku. Aku tidak pernah lupa untuk memberi barang seringgit dua kepada mereka. Menjadi rutin tiap kali ke pasar malam itu.


Tapi, alkisahnya, satu hari, aku ternampak dipoket si ayah, sekotak besar rokok Dunhill. Aduh.. sejak hari itu, hilang rasa hendak bersedekah kepada mereka. Sebabnya, bagi aku, biarlah duit yang aku sedekahkan itu, untuk makan minum & keperluan hidup mereka sekeluarga, bukannya untuk dibakar begitu saja. Maaf, anda juga sudah terkeluar dari senarai penerima.


Bagi aku, tiada gunanya, jika kita hulurkan sedekah tanpa rasa ikhlas, tapi dengan hati terpaksa.


Salam kasih.


8 comments:

su said...

kadang2 kite jadik kelirukan...dan tertanya2...nak bagi ke tak? bagi kang...mcm dia tipu kite, xbagi kesian... fening2...

adibah said...

Betul tu Su.. bila dah macam tu..hilang dah rasa ikhlas.. yang tinggal cuma rasa keliru

Ad said...

ad pun sama, susah nak bg.sbb tau diorg punya income weekly dah sama mcm monthly pekerja2 pro! dan satu lagi hal, diorg guna teknik tu sebagai career utama. Tp kalau yg OKU tp guna bakat mcm mengaji,menyayi, jual tisu atau kerepek, mmg ad akan beli.sekurang2nya mereka bukan meminta mcm tu jerr..

dan yang penting, kebanyakkan mereka ni ada agen..

adibah said...

Ad,

setuju.

Anonymous said...

Saya pun nak minta sedekah tolong antar saya ke kia service centre pls pls.....

adibah said...

KMTS,

setuju!

Anonymous said...

tima kasih :)

adibah said...

KMTS,

sesama kasih ;-)