Monday, July 6, 2009

Be Strong



Satu malam tu... aku YM dengan dia (which we hardly do now...). Dia bercerita tentang seorang kawan, yang diuji Allah. Bonda tersayang... sedang bertarung nyawa menghidap kanser Stage 4. Hmmm.. aku sangat faham perasaan dia.. sebab aku pernah alami perkara yang sama. Cuma situasi yang berbeza..

Back in 1998, di IJN, masa tu arwah mak sakit.. masalah jantung & diabetes.. Satu hari, Dr. A panggil kami sekeluarga (ayah, my sis and I) datang ke bilik konsultasi. Masuklah kami tiga beranak. Diterangkan itu ini.. tentang kondisi mak waktu tu.. Yang paling aku ingat sekali adalah.. "Kami dah bagi ubat yang terbaik untuk dia. I rasa tak lama. Dalam 2 bulan macam tu. Bersedialah ya.." Bayangkan..! Bagaimana perasaan kami masa tu? Keluar dari bilik konsultasi tu, kami berpeluk tiga beranak.. airmata tumpah. Tapi kami semua berjanji, jangan sesekali tunjuk wajah sedih dihadapan mak.

Sejak dari saat itu, aku tau, waktu aku untuk bersama mak dah tak lama. Sejak dari itu juga, sedaya upaya aku cuba berikan yang terbaik untuk mak. Teman mak. Suapkan makan. Sisir rambut dia setiap pagi. Bawakan 'tandas bergerak' untuk dia. Tukarkan baju bersih. Pakai kan bedak. Biar wangi. Biar mak nampak cantik sentiasa di mata aku. Layan dia seperti puteri. Manjakan dia seperti anak kecil. Dengan penuh kasih dan sayang. Aku borak2 dengan emak. Buat dia senyum. Buat dia ketawa.

Tapi dia tidak tahu.. dibelakang dia.. airmata aku begitu deras mengalir.. kata-kata Dr. A tadi sentiasa ada di ruang minda.




Untuk sesiapa sahaja, yang bonda atau ayahanda sedang bertarung nyawa.. jadilah seorang yang kuat di hadapan mereka. Inilah masanya. Peluang dari Allah untuk seorang anak memberikan terbaik kepada ayahbonda. Berkorbanlah sedikit untuk mereka. Sebab, bila sudah tiba saat mereka menghembuskan nafas terakhir.. kita sebagai anak, mudah2an akan redha dengan ketentuan Allah. Tidak akan ada rasa kesal. "Aku tak sempat jaga mak"... "Aku tak pernah pun suapkan mak".. "Aku nyesal sebab tak layan mak sebaiknya".. Semua tu tidak akan berlaku. Yang ada hanyalah keredhaan dan doa semoga arwah ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman. Yang ada hanyalah rasa rindu.



Be strong ye, adik..



Salam kasih.

4 comments:

saya kurus said...

sedih den baca entry adibah ni,
tumpah juga air mata degil den...

adibah said...

sayakurus,

cepat2 lap air mata.. nanti orang nampak.. malu!! haha

zino said...

mem baru mengalami nya bulan lepas...

adibah said...

zino,

yeah.. berat mata memandang.. berat lagi bahu yang memikul..

kena kuat semangat..!