Friday, July 31, 2009

Salam Takziah Untuk Teman


Jam 6 pagi...


Hari ni kami ada makan2, ada teman yang belanja. Alhamdulillah.. murah rezeki kami.. Kemudian jam 6 pagi, Zahari terima call dari isteri, katanya "mak dah takda.." Terus dia letak telefon, sedih, mengalir airmata. Ke hulu ke hilir... panik.. tidak tau nak buat apa. Salah seorang dari kami tenangkan dia.. 10 minit selepas itu, baru dia mampu untuk balik ke rumah.

"Innalillahi wainna ilaihi rojiun......."

Arwah maknya sakit tua. Sebagai anak yang soleh, setiap hari, dia akan luangkan masa 40 minit, untuk balik ke rumah maknya, tukarkan pampers, bersihkan, kemaskan ibunya.. suapkan makanan.. kemudian kembali semua ke ofis. Aku pasti, selepas ini, dia akan rindukan semua itu... dan terasa sangat kehilangan.



6.40am pagi.


Keadaan tenang. Seperti biasa. Sambung kerja.. dan curi2 makan. Kemudian, Fara bersuara, "Fara terima sms. ayah hubby tak sedaq dah kat IJN". Dia pula tak keruan. Aduh... Aku terus serah diri.. untuk teman dia, hantar dia ke IJN dalam keadaan tak sedap hati sebenarnya.. Beberapa meter dari kereta, telefon Fara berbunyi lagi. Dia terdiam. Tak bergerak. Kaku. Sambil tangan menutup mulut. menahan suara yang menangis. Telefon masih di telinga.. Aku tanya dia "Ayah hubby dah takda?". Dia hanya mampu mengangguk.

"Innalillahi wainna ilaihi rojiun......."

IJN, yang pernah menjadi tempat permainan aku tahun lepas, bila arwah ayah keluar masuk hospital. Teringat segala kenangan di IJN bila sampai di sana. Aku teman Fara ke wad, dan kemudian teman dia ke surau, untuk pinjam Surah Yassin dan Al-Quran. Aku pesan dengan dia, "Fara kena kuat, okay.. ".


Untuk kawan2 aku ini, semoga tabah menerima kehilangan mereka yang tersayang.. Bersedihlah.. tetapi perlu ada kekuatan. Takziah untuk Zahari yang kehilangan mak tersayang dan Fara yang kehilangan ayah mertuanya.


Kuasa Allah, hari ini sahaja.. dalam tempoh masa kurang dari sejam, dua kali aku ucapkan kalimah:

Inalillahi wainna ilaihi rojiun....



Al-fatihah...

8 comments:

saya kurus said...

kematian datang bila bila masa tanpa ditunggu tanpa dijemput. Tiada orang pernah bersedia... aku, kau ,dia dan siapa saja...
Alfatihah...
Alfatihah...
Alfatihah...

adibah said...

sayakurus,

setuju..!

mamai said...

keberangkatan yang tak pernah kita ketahui bila masanya...

Edzlin said...

Al-Fatihah. Takziah kepada mereka.

adibah said...

mamai,

sungguh..! hari Jumaat ini... buat aku menangis banyak kali..

adibah said...

edzlin,

insyaAllah kakDib sampaikan pada mereka. thanks ye..

Lyn Yusoff said...

takziah pada mereka.
semoga rohnya di tempatkan di kalangan org2 yg beriman dan beramal soleh. Amin

adibah said...

lyn,

terima kasih..

InsyaAllah..