Tuesday, July 14, 2009

Beautifully Imperfect

Salah sorang kawan aku di FB, uploadkan video ni di profile page nya. Satu iklan yang bertajuk "Funeral". Tentang beautiful imperfections.

Beautiful imperfections, adalah sesuatu yang miracle. Sesuatu yang takkan dapat dicari oleh pasangan2 yang baru sedang bercinta. Yang baru kenal antara satu sama lain. Nak sendawa pun cover. Gelak pun cover. Kentut tak pernah sekali. Korek hidung.... hahahah giler?? Semuanya duk cover.. kerana cuba menjadi yang perfect. Sempurna dari pangkal tudung hingga ke hujung kaki. Takut nanti tidak diterima kerana terlihat kecacatan dan kekurangan. Takut hilang cinta.

Tapi percayalah wahai anda2 yang sedang bercinta;

  • gelak terbahak
  • tidur berdengkur
  • kentut
  • sendawa
  • korek idung
itu semuanya adalah REALITI. Tak percaya? Lihatlah mak & ayah kita... atuk&nenek kita bagaimana...? Tidak sempurna. Sebab tiada siapa pun antara kita yang sempurna.. Tapi itulah yang indahnya... Lihatlah video ini...





Aku juga inginkan seseorang yang beautifully imperfect.. yang mungkin ada kekurangan dan cacat cela di mata orang lain.. tapi indah di mata aku.. Dan seseorang yang boleh terima kenyataan.. yang aku juga tidak sempurna... ada kekurangan... Seperti kata wanita dalam video itu..

".. in the end, these small things that you remember, the imprefection... that make them perfect to you..."





Tahukah anda.. video klip dari Singapura itu adalah arahan Yasmin Ahmad?




Salam kasih.

14 comments:

mamai said...

kejujuran itu penting dalam bercinta...bercinta tak semestinya bersatu tak gitu

adiwarnatasya said...

Kanda,
"Betul tu semua manusia ada kekurangan, tiada yang sempurna:)Hanya mereka yang boleh menerima kekurangan sahaja yang ikhlas menerima":)

adibah said...

mamai,

betul.. tapi bila cinta.. memang harap penghujungnya adalah SATU :-)

adibah said...

Tasya,

ye.. setuju..

ZULKIFLI BIN MOHAMED said...

Salam Adibah,

"kesempurnaan relatif sifatnya, tetap berbeza dalam pandangan setiap mata",

"umpama melihat dua syiling dari dua muka yang berbeda - jika nilainya 20 sen tetaplah 20 sen, kalaupun tanpa melihat dari sisi angkanya".

re: "ya, saya ada mengikuti catatan Adibah dengan Patung Cendana, tentang ziarah ke sebelah sini - termasuklah ke Kemaman, lain kali bolehlah jalan lebih lama lagi ke sini - dengan makluman yang awal".

Khairul Onggon said...

mena koh.. stiap kekurangan ahernya akan jadi benda nok paling best, kenangan terindah yerrr... :)

adibah said...

Zul,

insyaAllah, kalau ke sana lagi.. saya bagitau awal2.. boleh minum kopi peng Hai Peng... yummy!

adibah said...

Onggon,

Ya lah.. bila dah sikda.. barulah kita sedar.. kita menar2 kehilangan.. Gittew..!

patungcendana said...

nice... :-)

adibah said...

patung,

:-)

zino said...

kita di lahirkan berbeza diantara satu sama lain.. mempunyai kelebihan dan kekurangan.. mempunyai kelemahan dan kekuatan.. dan apabila kita berpasangan ia menjadi pelengkap di antara satu sama lain..

adibah said...

zino,

betul.. melengkapkan apa yang kurang.. akhirnya bila dah berdua, menjadi sempurna..

afiq said...

owhh iklan iteww sgt menyentuh hati....yasmin ahmd da bes!

adibah said...

afiq,


kannnnnnn!!! sedih occay..!